Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a., Rasullullah s.a.w bersabda bahawa seekor semut telah mengigit seorang nabi. Kemudian nabi tersebut telah memerintahkan supaya dibakar sarang semut itu. Lalu terbakarlah sarang semut bersama sekalian semut didalamnya. Maka Allah mewahyukan kepadanya, “Adakah hanya kerana seekor semut yang mengigitmu lalu engkau memusnahkan suatu umat yang sentiasa bertasbih kepada Tuhannya?”
1. Membunuh semut adalah dilarang, sebagaimana dilarang membunuh haiwan lain melainkan jika binatang itu membahayakan.
2. Seluruh haiwan sebenarnya bertasbih kepada Allah.
3. Hukum membakar binatang (sarang binatang) dalam syariat sebelum Nabi Muhammad s.a.w diperbolehkan, sedangkan pada syariat Nabi Muhammad s.a.w adalah dilarang.
4. Dosa kejahatan seseorang tidak akan dibebankan kepada orang lain, berdasarkan firman Allah,
(18) Dan (ketahuilah), seseorang pemikul tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain dan jika seseorang yang berat tanggungnya (dengan dosa), memanggil (orang lain) untuk menolong memikul sama bebanan itu, tidak akan dapat dipikul sedikitpun daripadanya, walaupun orang yang diminta pertolongannya itu dari kerabatnya sendiri. Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) hanyalah memberi peringatan kepada orang-orang yang takut (melanggar hukum-hukum) Tuhan semasa mereka tidak dilihat orang dan semasa mereka tidak melihat azab Tuhan, serta mereka mendirikan sembahyang dan sesiapa yang membersihkan dirinya (dari segala yang dilarang) maka sesungguhnya dia melakukan pembersihan itu untuk kebaikan dirinya sendiri dan (ingatlah), kepada Allah jualah tempat kembali.
(Surah Fathir Ayat Ke – 18)
Surah Fathir merupakan surah ke 35, mengandungi 45 ayat dan tergolong dalam surah Al – Makkiyah.
No comments:
Post a Comment