Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah, Lagi Maha Mengasihani...
SOALAN
A .Fardu wudhuk ada berapa perkara :
A. 6 B. 13 C. 17 D. 20
B.Betul atau Salah:
Perkara - perkara berikut merupakan fardu wudhuk
1. Niat menunaikan fardu wudhuk BETUL / SALAH
2. Membaca Basmallah BETUL / SALAH
3. Membasuh tangan hingga pergelangan tangan BETUL / SALAH
4. Berkumur-kumur BETUL / SALAH
5. Memasukkan air ke dalam hidung BETUL / SALAH
6. Membasuh muka BETUL / SALAH
7. Membasuh kedua-dua tangan hingga ke siku. BETUL / SALAH
8. Menyapu sedikit air di bahagian kepala. BETUL / SALAH
9. Menyapu seluruh kepala BETUL / SALAH
10. Membasuh kedua-dua telinga BETUL / SALAH
11. Membasuh kedua-dua kaki hingga kedua buku lali. BETUL / SALAH
12. Membasuh/menyapu setiap anggota 3 kali. BETUL / SALAH
13. Menyelati jari tangan, jari kaki, misai & janggut. BETUL / SALAH
14. Mendahului anggota kanan daripada anggota kiri. BETUL / SALAH
15.Mualat (berturut). BETUL / SALAH
16. Tidak bercakap-cakap semasa wudhuk kecuali perlu. BETUL / SALAH
17. Bersugi. BETUL / SALAH
18. Membaca 2 Kalimah syahadat sesudah wudhuk. BETUL / SALAH
19. Berdoa sesudah wudhuk BETUL / SALAH
20. Tertib iaitu didahulukan mengikut giliran yg ditentukan. BETUL / SALAH
C. Syarat - syarat sah wudhuk ada berapa perkara:
A. 5 B. 6 C. 7 D. 8
D. Di antara berikut manakah syarat-syarat sah wudhuk
1. Beragama Islam. YA / BUKAN
2. Mumaiyiz YA / BUKAN
3. Suci daripada haid dan nifas YA / BUKAN
4. Dengan air suci dan menyucikan YA / BUKAN
5. Tidak ada satu halangan yg menghalang air sampai ke kulit.YA/BUKAN
6. Mengetahui yang mana sunat dan wajib YA / BUKAN
7. Telah masuk waktu solat YA / BUKAN
8. Menghadap kiblat YA / BUKAN
E. Di antara berikut perkara manakah yang membatalkan wudhuk:
1. Keluar sesuatu benda drpd salah 1 dr 2 saluran kemaluan kecuali mani. BATAL/TIDAK
2. Hilang akal krn mabuk, pitam, pengsan, gila atau sakit. BATAL/TIDAK
3. Bersentuh kulit tanpa lapik antara lelaki dan perempuan yg bkn mahram. BATAL/TIDAK
4. Menyentuh kemaluan (qubul / dubur) dgn tapak tangan atau perut jari. BATAL/TIDAK
5. Tidur berbaring (bukan tidur duduk) yg tdk tetap papan punggungnya. BATAL/TIDAK
No comments:
Post a Comment