Wednesday, April 7, 2010

Dua Pintu

Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam...
                                                     Ayat 29 Surah Ad - Dukhan

 29. Mereka (ketika dibinasakan) itu tidak ditangisi oleh langit dan bumi ( iaitu penduduk keduanya) (1617) dan mereka pula tidak diberi tempoh lagi.

(1167) Rasullullah (s.a.w) semasa menerangkan maksud ayat ini ada menyatakan, bahawa Fir'aun dan orang - orangnya yang telah binasa itu tidak pernah melakukan sesuatu amal yang baik di muka bumi, yang menjadikan bumi menangisi kehilangan mereka dan tidak ada pula perkataan atau amal mereka yang baik yang naik ke langit, yang menjadikan langit menangisi kehilangan mereka.

Dalam setengah hadith Nabi ada menyatakan, bahawa tiap - tiap seorang hamba Allah mempunyai dua pintu di langit, sebuah pintu tempat amalnya naik dan yang sebuah lagi tempat rezekinya turun; maka apabila seseorang mu'min mati ternyata kehilangannya kepada kedua pintu itu, lalu menangisinya.

Dalam hadith yang lain ada menerangkan bahawa bumi menangisi kematian seseorang yang beriman selama empat puluh hari. Dalam hadith yang lain pula menyatakan: bahawa apabila seseorang mu'min meninggal dunia, ia ditangisi oleh tempat ibadatnya di bumi dan tempat naik amalnya yang baik di langit. 

Dipetik dari Tafsir Pimpinan Ar - Rahman Kepada Pengertian AL - QURAN (30) Juz Cetakan Kedua Belas Dar Al - Kitab - Malaysia .

No comments:

Post a Comment