Thursday, February 17, 2011

Program Maulidur Rasul 1432 H


Aturcara Penuh Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1432 H Anjuran Surau Al - Mustaqim Taman Jawi Indah pada 26 Februari 2011:

8.15 pagi - 9.15 pagi Perarakan bermula di Surau Al - Mustaqim

9.15 pagi - 10.00 pagi Rehat

10.00 pagi - 11.30 pagi Majlis Marhaban

11.30 pagi - 11.40 pagi - Majlis Penganugerahan Tokoh Maulidur Rasul 1432 H

11.40 pagi - 12.45 tengah hari Ceramah Ustaz Wan Nizam Bin Abdullah Sabil ' Muhammad SAW Teladan Releven Sepanjang Zaman'

12.45 tengah hari - Jamuan Makan

1.30 petang - Solat Zohor

2.30 petang - Majlis Tamat

Seluruh Muslimin dan Muslimat Dijemput Hadir

Monday, February 14, 2011

Tafsir Ayat 90 Surah Ali Imran

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah, Lagi Maha Mengasihani

Bahawasanya segala orang kafir dengan Isa kemudian daripada beriman mereka itu dengan Musa kemudian bertambah mereka itu kufur dengan Muhammad, maka tidak diterima taubat mereka itu apabila nyawa di gargarah, dan bermula mereka itu, mereka itulah orang yang sesat sekaliannya.

Ayat 90 Surah Ali Imran menyatakan orang Yahudi yang mulanya beriman kepada Nabi Musa as dan kitab Taurat menjadi kafir kerana mengengkari kenabian Nabi Isa as dan kitab Injil.

Kemudian bertambah kekafiran orang Yahudi apabila menolak kerasulan Nabi Muhammad saw dan kitab Al Quran.

Taubat mereka in tidak diterima sekiranya dilakukan ketika nyawa berada di gargarah. Gargarah bererti halkum. Pintu taubat akan tertutup apabila nyawa manusia berada di gargarah iaitu berada dalam keadaan tenat atau nazak disaat menjelangnya kematian.

Maka inilah permulaan orang-orang Yahudi menjadi orang-orang yang sesat kerana keengganan mereka menuruti jalan Allah.

Padahal berita mengenai kedatangan Nabi Isa as, kitab Injil, Nabi Muhammad saw dan kitab Al – Quran telah diceritakan di dalam kitab Taurat. Penolakkan kepercayaan orang Yahudi kepada Nabi Isa as, kitab Injil, Nabi Muhammad saw dan kitab Al – Quran secara langsung membawa erti penolakkan mereka kepada isi kandungan Kitab Taurat yang mereka imani sebelum itu. Disebabkan hal berkenaan mereka menjadi kafir sesudah dahulunya mereka beriman.

Sepatutnya orang Yahudi yang menjadi pengikut Nabi Musa as dan kitab Taurat, apabila datangnya Nabi Isa as dan kitab Injil hendaklah beriman kepada keduanya. Walaubagaimanapun mereka berdegil ingin berpegang kepada kitab Taurat walaupun kedatangan kitab Injil telah memansuhkan kitab Taurat. Selepas kedatangan Nabi Muhammad saw dan kitab Al –Quran Nur Karim, maka kitab Injil pula dimansuhkan.

Peristiwa ini menjelaskan penolakkan orang-orang Yahudi daripada beriman kepada Nabi Isa as, Nabi Muhammad saw, kitab Injil dan kitab Al Quran Nur Karim.

Sunday, February 6, 2011

Kuliah Tafsir Nurul Insan (ayat 90-97 Surah Ali Imran


Kuliah Ustaz Shamsuri b Ahmad (didengar melalui mp3) tafsiran ayat 90 - 97 Surah Ali Imran. Kitab Tafsir Nurul Insan Jilid 1 Muka surat 125.

Beberapa siri posting akan dibuat agar kita semua dapat mengambil pengajaran darinya.

Friday, February 4, 2011

Penerangan

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

Semua artikel di dalam blog ini diambil dari internet, buku-buku agama, ceramah agama, program bacaan kitab dsb. Semua dikumpulkan disini bagi bacaan semua terutamanya diri ini dalam menghayati dan menghidupkan tradisi ilmu serta meneladani suruhan Nabi Muhammad saw agar menyampaikan kepada manusia walaupun sepatah ayat dari Rasullullah saw.

Monday, June 14, 2010

AMALAN BULAN REJAB:

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah, Lagi Maha Mengasihani...
Berpuasa sunat.
Membaca Surah Al - Ikhlas 11 kali sehari atau lebih.
Membaca Al - Quran.
Banyakkan Doa dan Istighfar.
Puasa sehari - Mendapat keredhaan yang besar daripada Allah
Puasa 2 hari - Mendapat kemuliaan daripada Allah SWT
Puasa 3 hari – Diselamatkan oleh Allah dari bahaya dunia, seksa akhirat, penyakit gila dan fitnah syaitan dan dajal
Puasa 7 hari – Ditutup 7 pintu neraka
Puasa 8 hari – Dibuka7 pintu syurga,
Puasa 10 hari – Allah memakbulkan permintaannya
Puasa 15 hari - Allah akan menghapuskan dosa yang telah lalu dan menggantikan semua kejahatan dengan kebaikan
Tambahan hari puasa- menambahkan pahalanya
27 Rejab – Digalakkan membaca atau mendengar Peristiwa Israk dan Mikraj

Sunday, May 23, 2010

Berkongsilah


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah, Lagi Maha Mengasihani...

Dari Abu Huratrah r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda: "Makanan untuk dua orang itu dapat mencukupi tiga orang sedang makanan untuk tiga orang itu dapat mencukupi empat orang." (Muttafaq 'alaih)

Dari Jabir r.a., katanya: "Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: "Makanan untuk seorang itu dapat mencukupi dua orang dan makanan dua orang itu dapat mencukupi empat orang, sedang makanan empat orang itu dapat mencukupi delapan orang." (Riwayat Muslim)