Friday, April 9, 2010

Semak Semula Pengetahuan Anda Tentang Wudhuk


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah, Lagi Maha Mengasihani...

Fardu wudhuk ada 6 perkara :
1. Niat menunaikan fardu wudhuk
2. Membasuh muka dari tempat tumbuh rambut di atas kepala hingga penghujung tempat tumbuh janggut dan dari di antara dua anak telinga dan wajib menyampaikan air keseluruh tempat dan bulu mata, misai, janggut dan sebagainya.
3. Membasuh kedua-dua tangan hingga ke siku
4. Menyapu sedikit air di bahagian kepala
5. Membasuh kedua-dua kaki hingga kedua buku lali.
6. Tertib iaitu didahulukan mengikut giliran yang ditentukan

Sunat-sunat wudhuk
1. Membaca Basmallah
2. Membasuh tangan hingga pergelangan tangan
3. Berkumur-kumur
4. Memasukkan air ke dalam hidung
5. Menyapu seluruh kepala
6. Membasuh kedua-dua telinga
7. Membasuh/menyapu setiap anggota 3 kali.
8. Menyelati jari tangan, jari kaki, misai & janggut
9. Mendahului anggota kanan daripada anggota kiri.
10. Mualat (berturut)
11. Tidak bercakap-cakap semasa wudhuk kecuali perlu
12. Bersugi
13. Membaca 2 Kalimah syahadat sesudah wudhuk
14. Berdoa sesudah wudhuk

Syarat - syarat sah wudhuk ada 6 perkara:
1. Beragama Islam
2. Mumaiyiz
3. Suci daripada haid dan nifas
4. Dengan air suci dan menyucikan
5. Tidak ada satu halangan yang menghalang air sampai ke kulit
6. Mengetahui yang mana sunat dan wajib

Perkara - perkara yang membatalkan wudhuk:
1. Keluar sesuatu benda daripada salah satu dari 2 saluran kemaluan (qubul / dubur) kecuali air mani.
2. Hilang akal kerana mabuk, pitam, pengsan, gila atau sakit.
3. Bersentuh kulit tanpa lapik antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram.
4. Menyentuh kemaluan (qubul/dubur) perempuan,lelaki atau diri sendiri dgn tapak tangan atau perut jari.
5. Tidur berbaring batal wudhuknya sama ada tetap atau tidak papan punggungnya. Tetapi orang tidur duduk yang tetap papan punggungnya tidak terbatal wudhuknya.

*Dipetik dari Buku 'Indahnya Hidup Bersyariat' Dato' Ismail Kamus dan Buku 'Asas-Asas Fardu Ain' Ustaz Sulaiman Endut

No comments:

Post a Comment