Mengenang Kembali Sambutan April Fool di zaman - zaman jahil dahulu...
Satu hari yang khusus yang membolehkan tipu daya dikenakan kepada saudara mara, rakan taulan, para guru, anak-anak, majikan dan sebagainya. Alasan mengeratkan perhubungan, menceriakan suasana, sambutan semua peringkat dan pelbagai alasan diberikan untuk merayakan April Fool ini.
Dari Ibnu Umar r.a. katanya: Saya dengar Rasulullah SAW bersabda, “Bagi tiap-tiap orang yang khianat (penipu) ada bendera yang dipancangkan tanda khianatnya di hari kiamat kelak..” (Hadis riwayat Bukhari)
Rasulullah SAW telah bersabda yang maksudnya, “Jika kamu bercakap dengan saudaramu percakapan yang ia mempercayainya, sedangkan kamu membohonginya, sesungguhnya perbuatan ini merupakan pengkhianatan besar.” (Hadis riwayat Abu Daud).
Sabda Rasulullah SAW yang maksudnya, “Ada empat perkara, sesiapa yang melakukannya maka ia adalah seorang munafik tulen. Sesiapa yang melakukan satu daripada empat perkara itu, maka ia mempunyai salah satu daripada sifat munafik, hingga dia meninggalkannya. (Empat sifat itu ialah) apabila dipercayai ia khianat, apabila bercakap ia berdusta, apabila berjanji ia mungkir dan apabila bertengkar ia mengenepikan kebenaran. (Menegakkan benang basah).” (Hadis riwayat Ahmad)
Jauhi perbuatan berbohong ini dan elakkan dari menyertai sambutan April Fool. Ambillah pengajaran dari cerita kanak - kanak pengembala kambing dan serigala.
No comments:
Post a Comment