Friday, April 30, 2010

Solat

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah, Lagi Maha Mengasihani...

       Kefardhuan solat pada malam Isra' dan Mi'raj menunjukkan hikmah kenapa solat disyariatkan. Allah seolah-olah berfirman kepada hamba-hamba-Nya yang beriman: Sekiranya Mi'raj Rasul kamu dengan jasad dan roh ke langit merupakan mukjizat, kamu pula diperuntukkan solat lima waktu setiap hari, sebagai mi'raj (anak tangga) untuk kamu naik menemui-Ku dengan roh dan hati kamu. Jadikan solat lima kali sehari sebagai peningkatan roh yang boleh mengangkat kamu daripada tenggelam dalam hawa dan syahwat kamu, serta memperlihatkan kamu kebesaran, kekuasaan dan keesaan Aku. Ini mendorong kamu untuk memimpin muka bumi ini, bukan dengan cara memperhamba, menguasai dan menakluki (orang lain). Bahkan melalui jalan kebaikan dan ketinggian, juga dengan cara kesucian dan peningkatan roh menerusi jalan solat.

Thursday, April 29, 2010

Bani Hashim

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah, Lagi Maha Mengasihani...

Bani Hasyim merupakan keturunan Quraisy yang paling mulia. Manakala Quraisy pula adalah kabilah 'Arab yang paling mulia dan berketurunan bersih. Mereka juga memiliki kedudukan yang paling tinggi di kalangan bangsa Arab. Diriwayatkan daripada al-Abbas r.a., daripada Rasulullah s.a.w., Baginda bersabda:

“Sesungguhnya Allah mencipta makhluk ini, lalu Dia menciptakan aku daripada sebaik-baik makhluk dan daripada sebaik-baik kelompok mereka (manusia). Dia juga menjadikan aku daripada sebaik-baik kumpulan di antara dua kumpulan (Arab dan bukan Arab). Kemudian Dia meneliti pemilihan kabilah-kabilah secara rapi, maka Dia menciptakan aku daripada sebaik-baik kabilah (Quraisy). Kemudian Dia meneliti pemilihan keluarga keluarga secara rapi, maka Dia menciptakan aku daripada sebaik-baik keluarga (Bani Hasyim). Sementara aku adalah sebaik-baik jiwa (sehingga dipilih menjadi rasul dan penutup segala nabi) dan sebaik-baik keluarga di kalangan mereka. (asal-usul keturunan ibu bapa dan nenek moyang Baginda tiada yang lahir daripada perzinaan, bahkan melalui pernikahan yang sah)”.

(Riwayat at-Tirmizi dengan sanad yang sahih).

Oleh kerana keturunan Baginda s.a.w. adalah mulia di kalangan Quraisy, kita tidak temui isu keturunan menjadi bahan celaan mereka terhadap Nabi s.a.w.. Ini disebabkan kemuliaan keturunan Baginda cukup jelas kepada mereka. Quraisy telah mencela Baginda dengan banyak isu yang direka-reka tetapi bukan dalam isu keturunan.

Tuesday, April 27, 2010

Wali


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah, Lagi Maha Mengasihani...

Dari Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah SAW telah bersabda : " Sesungguhnya Allah Ta'ala berfirman : Barangsiapa yang memusuhi waliKu ( orang yang setia padaku ), maka sesungguhnya aku mengisytiharkan perang terhadapnya. Dan tiada seorang hambaku yang bertaqarrub ( beramal ) kepadaKu dengan sesuatu yang lebih Ku cintai hanya dari ia menunaikan semua yang ku fardhukan ke atas dirinya. Dan hendaklah hambaKu sentiasa bertaqarrub dirinya kepadaKu dengan nawafil ( ibadat sunat ) sehingga Aku mencintainya. Maka apabila Aku telah mencintainya, nescaya adalah Aku sebagai pendengarannya yang ia mendengar dengannya, dan sebagai penglihatannya yang ia melihat dengannya, dan sebagai tangannya yang ia bertindak dengannya, dan sebagai kakinya yang ia berjalan dengannya. Dan sekiranya ia meminta kepadaKu nescaya Aku berikan kepadanya, dan sekiranya ia memohon perlindungan kepadaKu nescaya Aku lindungi ia.

Sunday, April 25, 2010

Buih Di Lautan

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah, Lagi Maha Mengasihani...
Hadis Abu Hurairah r.a:

Rasulullah s.a.w bersabda: Sesiapa yang membaca: لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ dalam sehari sebanyak seratus kali,
       nescaya dia mendapat pahala sebagaimana memerdekakan sepuluh orang hamba.
Dia juga diampunkan seratus kejahatan,
       dibuat untuknya benteng sebagai pelindung dari syaitan pada hari tersebut hingga ke petang.
       Tidak diganjarkan kepada orang lain lebih baik daripadanya kecuali orang tersebut melakukan amalan lebih banyak daripadanya. Manakala mereka yang berkata: سُبْحَانَ اللَّهِ وَبِحَمْدِهِ dalam sehari sebanyak seratus kali nescaya terhapuslah segala dosanya sekalipun dosanya itu banyak seperti buih di lautan.

Nombor Hadith Dalam Sahih Muslim : 4857

Bumbung

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah, Lagi Maha Mengasihani...

Hadis Abu Hurairah r.a katanya:

Rasulullah s.a.w pernah bersabda: Seorang Nabi pernah berperang dan dia berkata kepada kaumnya:
       Tidak dibenarkan mengikutiku seorang lelaki mempunyai isteri yang hendak disetubuhinya,
       juga seorang lelaki yang sudah mendirikan sebuah bangunan namun dia belum menaikkan bumbungnya.
       Demikian pula dengan seorang lelaki yang telah membeli seekor kambing atau seekor unta hamil, sehingga dia menunggu kelahiran anak ternakannya tersebut.

Maka beliau pergi berperang. Apabila tiba di sebuah kampung pada waktu Asar, beliau berkata kepada matahari: Wahai matahari! Kamu diperintahkan dan aku pun juga diperintahkan. Lalu beliau berdoa: Ya Allah! Tahanlah matahari itu sebentar untukku. Maka matahari pun berhenti kerana diperintahkan oleh Allah. Lalu beliau berkata: Himpunlah oleh kamu segala harta rampasan. Setelah mengumpulkan harta hasil rampasan perang tersebut, tiba-tiba ada percikan api dari atas langit yang kelihatannya akan membakar harta tersebut, namun mendadak api itu berhenti dan tidak mahu membakarnya.

Lalu Nabi a.s berkata: Di antara kamu ada yang telah menyorokkan harta rampasan perang ini. Maka hendaklah setiap orang dari semua kabilah segera berbaiah kepadaku. Maka mereka pun beramai-ramai datang membaiah kepada Rasul dengan menjabat tangan beliau. Kemudian beliau kembali bersabda: Di antara kamu pasti ada yang telah menyoroknya. Hendaklah setiap kabilah dari kamu berbaiah kepadaku. Mereka pun berebut-rebut datang berbaiah kepada Nabi a.s, sehingga dua atau tiga orang menjabat tangan beliau secara sekaligus. Beliau berkata lagi: Di antara kamu pasti ada yang menyoroknya, kamu telah berkhianat. Kemudian mereka memberikan kepada beliau seketul emas sebesar kepala lembu lalu diletakkannya pada timbunan harta rampasan tersebut yang sudah berada di atas tanah. Tidak lama kemudian datanglah percikan api itu lalu memakannya.

Baginda bersabda: Harta rampasan perang itu sama sekali tidak dihalalkan kepada seorang pun sebelum kita. Hal itu disebabkan kerana Allah Yang Maha Mulia lagi Maha Luhur mengetahui kelemahan serta kekurangan kita. Maka Allahlah yang akan mengelokkan diri kita.

Nombor Hadith Dalam Sahih Muslim : 3287

Saturday, April 24, 2010

Lautan

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah, Lagi Maha Mengasihani...

Hadis Anas bin Malik r.a:

       Rasulullah s.a.w pernah menemui Ummu Haram binti Milhan. Baginda dijamu makanan. Ummu Haram adalah isteri kepada Ubadah bin As-Somit.

       Suatu hari Rasulullah s.a.w menemuinya (Ummu Haram) lalu menjamu baginda makan. Kemudian beliau duduk sambil menundukkan kepala. Sementara itu Rasulullah s.a.w tertidur, kemudian baginda terjaga sambil tersenyum. Beliau (Ummu Haram) bertanya: Apakah yang membuatkan engkau tersenyum, wahai Rasulullah? Rasulullah s.a.w menjawab dengan bersabda: Beberapa orang daripada umatku menawarkan diri untuk berperang di jalan Allah. Mereka menaiki kapal di tengah lautan menuju kepada raja-raja yang zalim. Ummu Haram berkata: Wahai Rasulullah, doakanlah kepada Allah semoga Dia (Allah) menjadikan aku dari kalangan mereka. Baginda pun berdoa untuk mereka.

       Setelah itu baginda merebahkan kepala lalu tidur. Kemudian baginda bangkit sambil tersenyum. Ummu Haram bertanya: Apakah yang membuatkan engkau tersenyum, wahai Rasulullah? Baginda menjawab: Beberapa orang dari ummatku menawarkan diri untuk berperang di jalan Allah seperti yang pertama tadi. Ummu Haram berkata: Wahai Rasulullah, doakanlah kepada Allah semoga aku termasuk dari kalangan mereka. Baginda lalu bersabda: Kamu adalah termasuk yang pertama daripada mereka.

       Ummu Haram binti Milhan turut mengharungi lautan sewaktu pemerintahan Muawiah. Sekembali dari laut, beliau terjatuh dari tunggangan lalu meninggal dunia.

Nombor Hadith Dalam Sahih Muslim : 3535

Friday, April 23, 2010

Biawak


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah, Lagi Maha Mengasihani...

Hadis Abu Said Al-Khudriy r.a katanya:

Rasulullah s.a.w bersabda: Kamu telah mengikuti sunnah orang-orang sebelum kamu sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta. Sehinggakan mereka masuk ke dalam lubang biawak kamu tetap mengikuti mereka. Kami bertanya: Wahai Rasulullah, apakah yang kamu maksudkan itu adalah orang-orang Yahudi dan orang-orang Nasrani? Baginda bersabda: Kalau bukan mereka, siapa lagi?.

(Nombor hadith dalam Sahih Muslim : #4822,Bab Mengikuti Sunnah Orang orang Yahudi Dan Nasrani)

Kucing


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah, Lagi Maha Mengasihani...

Hadis Abdullah bin Umar r.a:

Rasulullah s.a.w bersabda: Seorang wanita diseksa gara-gara seekor kucing. Beliau mengurungnya sampai mati, kerana kucing itulah beliau masuk Neraka. Beliau telah mengurungnya tetapi tidak memberinya makan dan minum bahkan beliau tidak mahu membiarkan kucing itu memakan serangga-serangga tanah.

(Nombor hadith dalam Sahih Muslim : #4160,Bab Haram Membunuh Kucing)

Wednesday, April 21, 2010

Matahari

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah, Lagi Maha Mengasihani...

Hadis Abu Hurairah r.a:

Rasulullah s.a.w bersabda: Hari Kiamat tidak akan berlaku sehinggalah matahari terbit dari arah barat. Seandainya seluruh manusia beriman kepada Allah s.w.t ketika matahari terbit dari arah barat, maka pada waktu itu لَا يَنْفَعُ نَفْسًا إِيمَانُهَا لَمْ تَكُنْ آمَنَتْ مِنْ قَبْلُ أَوْ كَسَبَتْ فِي إِيمَانِهَا خَيْرًا Yang bermaksud: Tidak berfaedah lagi iman seseorang yang tidak beriman sebelumnya atau tidak berusaha melakukan kebaikan terhadap imannya.

Nombor Hadith Dalam Sahih Muslim : 226


Hadis Abu Zar r.a:


Suatu Hari Nabi s.a.w bersabda: Tahukah kamu ke mana matahari ini pergi? Para sahabat menjawab: Allah dan RasulNyalah yang lebih mengetahui. Lantas Rasulullah s.a.w bersabda: Perjalanan matahari ini berakhir di suatu tempat yang telah ditetapkan di bawah Arasy, lalu merebahkan diri untuk bersujud. Ia tetap berada dalam keadaan tersebut, sehinggalah diperintahkan kepadanya: Bangunlah dan kembalilah ke tempat mana kamu datang. matahari kemudiannya kembali sehinggalah ia terbit dan beredar sebagaimana biasa. matahari terus beredar lagi sehingga sampai di suatu tempat yang ditetapkan di bawah Arasy lalu merebahkan lagi dirinya untuk bersujud. Ia juga tetap berada dalam keadaan demikian sehinggalah diperintahkan kepadanya: Bangunlah dan kembalilah ke tempat mana kamu datang. matahari kembali lagi sehinggalah ia terbit dan beredar sebagaimana biasa tanpa diketahui oleh manusia dan berakhir pada tempat yang telah ditetapkan di bawah Arasy, lalu bersujud dan tetap dalam keadaan demikian, sehinggalah akhirnya diperintahkan kepadanya: Bangunlah dan terbitlah dari sebelah barat. Rasulullah s.a.w terus bersabda: Tahukah kamu bilakah ianya akan berlaku? Ianya akan berlaku ketika mana لَا يَنْفَعُ نَفْسًا إِيمَانُهَا لَمْ تَكُنْ آمَنَتْ مِنْ قَبْلُ أَوْ كَسَبَتْ فِي إِيمَانِهَا خَيْرًا Yang bermaksud: Tidak berfaedah lagi iman seseorang yang tidak beriman sebelumnya atau tidak berusaha melakukan kebaikan terhadap imannya.

Nombor Hadith Dalam Sahih Muslim : 228

Sunday, April 18, 2010

Ikan


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah, Lagi Maha Mengasihani...

Dari Ibnu Mas'ud Radliyallaahu 'anhu berkata bahwa Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam bersabda: "Janganlah membeli ikan dalam air karena ia tidak jelas." Riwayat Ahmad. Ia memberi isyarat bahwa yang benar hadits ini mauquf.

Hadis riwayat Jabir bin Abdullah ra., ia berkata:

       Rasulullah saw. mengutus kami dan mengangkat Abu Ubaidah ra. sebagai pemimpin untuk mencegat kafilah dagang Quraisy. Beliau membekali kami dengan sekarung kurma karena tidak menemukan bekal lain lalu Abu Ubaidah ra. pun memberikan kepada masing-masing kami sebuah kurma. Kemudian aku bertanya: Apakah yang kamu sekalian perbuat dengan sebuah kurma itu? Ia menjawab: Kami mengisapnya seperti anak kecil mengisap kemudian kami meminum air yang ada di dalamnya hingga cukuplah bagi kami dari siang sampai malam. Kemudian kami memukulkan tongkat-tongkat kami ke daun-daunan lalu kami basahi dengan air untuk kami minum.

       Selanjutnya kami menuju tepi laut, di sana tampaklah oleh kami seperti bukit pasir yang besar sekali. Lalu kami pun segera mendatanginya dan ternyata ia adalah seekor binatang laut yang disebut ikan paus. Abu Ubaidah ra. berkata: Ikan ini sudah jadi bangkai (kita tidak dapat memakannya). Kemudian ia berkata lagi: Tidak apa-apa, kita adalah utusan Rasulullah saw. di jalan Allah sedangkan kamu sekalian dalam keadaan terpaksa, maka makanlah! Kami yang berjumlah 300 orang lalu menetap di sana selama sebulan hingga kami pun menjadi gemuk.

       Ia berkata: Aku telah menyaksikan sendiri, kami menampung dengan tempat air minyak ikan yang keluar dari lubang matanya serta memotong-motong dagingnya sebesar kijang atau banteng. Lalu Abu Ubaidah ra. mengambil 13 orang di antara kami diperintahkan khusus untuk melubangi matanya dan ia juga mengambil salah satu tulang rusuk ikan itu. Kemudian ia membebani unta yang paling besar yang ada pada kami untuk mengangkutnya dan ia pun berjalan di bawahnya (sambil menuntun) serta kami dapat berbekal dengan dagingnya yang telah direbus setengah matang.

       Ketika tiba di Madinah, kami segera menemui Rasulullah saw. untuk menceritakan kejadian itu kepada beliau. Lalu beliau menjawab: Itu adalah rezeki yang diberikan Allah kepada kamu sekalian. Apakah masih ada sisa dagingnya pada kamu sekalian untuk diberikan kepada kami? Lalu kami pun mengirimkan sebagian dagingnya kepada Rasulullah saw. kemudian beliau memakannya. (Shahih Muslim No.3576)

Adab Minum


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

755. Dari Ibnu Abbas raaniailahu 'anhuma, katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Janganlah engkau semua minum sekaligus seperti minumnya unta, tetapi minumlah dua kali atau tiga kali. Bacalah Bismillah jikalau engkau semua memulai minum dan bacalah Alhamdulillah jikalau engkau semua angkat - yakni selesai minum."

Diriwayatkan oleh Imam Termidzi dan ia mengatakan bahwa ini adalah Hadis hasan.

Saturday, April 17, 2010

Fungsi Iman...

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah, Lagi Maha Mengasihani...

Iman memainkan peranan yang penting dalam mengekang/ mendidik hawa nafsu (yang merupakan anasir dalaman) dan benteng pertahanan dari segala thagut, Iblis dan bala tenteranya serta fitnah Dajjal Al - Masih dan lain - lain (anasir luaran).

Semut

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah, Lagi Maha Mengasihani...


Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a., Rasullullah s.a.w bersabda bahawa seekor semut telah mengigit seorang nabi. Kemudian nabi tersebut telah memerintahkan supaya dibakar sarang semut itu. Lalu terbakarlah sarang semut bersama sekalian semut didalamnya. Maka Allah mewahyukan kepadanya, “Adakah hanya kerana seekor semut yang mengigitmu lalu engkau memusnahkan suatu umat yang sentiasa bertasbih kepada Tuhannya?”


Riwayat al – Bukhari 3219; Muslim, 2241; Abu Daud, 5265; Ahmad, 2/313; al-Nasa’i; Ibn Hibban, 7/463, al – Baghawi, 12/197.


Pengajaran

1. Membunuh semut adalah dilarang, sebagaimana dilarang membunuh haiwan lain melainkan jika binatang itu membahayakan.

2. Seluruh haiwan sebenarnya bertasbih kepada Allah.

3. Hukum membakar binatang (sarang binatang) dalam syariat sebelum Nabi Muhammad s.a.w diperbolehkan, sedangkan pada syariat Nabi Muhammad s.a.w adalah dilarang.

4. Dosa kejahatan seseorang tidak akan dibebankan kepada orang lain, berdasarkan firman Allah,




(18) Dan (ketahuilah), seseorang pemikul tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain dan jika seseorang yang berat tanggungnya (dengan dosa), memanggil (orang lain) untuk menolong memikul sama bebanan itu, tidak akan dapat dipikul sedikitpun daripadanya, walaupun orang yang diminta pertolongannya itu dari kerabatnya sendiri. Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) hanyalah memberi peringatan kepada orang-orang yang takut (melanggar hukum-hukum) Tuhan semasa mereka tidak dilihat orang dan semasa mereka tidak melihat azab Tuhan, serta mereka mendirikan sembahyang dan sesiapa yang membersihkan dirinya (dari segala yang dilarang) maka sesungguhnya dia melakukan pembersihan itu untuk kebaikan dirinya sendiri dan (ingatlah), kepada Allah jualah tempat kembali.

(Surah Fathir Ayat Ke – 18)

Surah Fathir merupakan surah ke 35, mengandungi 45 ayat dan tergolong dalam surah Al – Makkiyah.

Monday, April 12, 2010

Ilmu


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah, Lagi Maha Mengasihani...

34 - Dari Ka'ab bin Malik ra., dari Nabi s.a.w., sabdanya: "Sesiapa yang menuntut ilmu, dengan tujuan bermegah-megah menandingi alim ulama dengan ilmunya itu, atau dengan tujuan bertengkar dan bertegang urat dengan orang-orang yang jahil dengan ilmunya itu, atau pun dengan tujuan menarik dengan ilmunya itu perhatian orang ramai memujinya, nescaya Allah akan memasukkannya ke dalam neraka. " (Tirmizi dan Ibnu Majah)

Hadis yang ketiga puluh empat ini mengingatkan:

Penuntut-penuntut ilmu supaya jangan bertujuan selain dari mentaati Allah serta mendapat keredhaan-Nya.

Huraiannya:

Dalam hadis ini, Rasulullah s.a.w. menyatakan bahawa tiga perkara yang tidak sepatutnya dijadikan tujuan bagi menuntut ilmu agama:

1 - Bermegah-megah menandingi alim ulama.

2 - Bertengkar dengan orang-orang jahil.

3 - Mendapat pujian orang ramai.

Sesiapa yang menjadikan salah satu dan tiga perkara yang tersebut sebagai tujuannya dalam mempelajari ilmu agama, maka amatlah buruk balasannya, kerana sikap dan tujuannya yang demikian bukan sahaja merosakkan dirinya sendiri bahkan juga membawa kerosakan kepada agama Allah yang dibawa oleh RasulNya.

Kejadian yang demikian dapat disaksikan di mana-mana; ada di antara orang-orang yang mempelajari ilmu agama tetapi perbuatannya memburukkan Islam. Ada pula yang tidak beramal menurut ilmu dan ajaran Islam yang dipelajarinya, kerana amal bakti itu bukan menjadi tujuannya; pada hal tujuan yang tunggal bagi menuntut ilmu agama itu ialah untuk mencapai keredhaan Allah Taala dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya.

Sunday, April 11, 2010

5 vs 5

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah, Lagi Maha Mengasihani…

143- Dari `Amr bin Maimun al-Audi r.a., katanya: Rasulullah s.a.w., bersabda kepada seorang, menasihatkannya: "Rebutlah peluang lima keadaan sebelum datangnya lima yang lain, - keadaan mudamu sebelum datangnya keadaan tuamu dan keadaan sihatmu sebelum datangnya keadaan sakitmu dan keadaanmu berada sebelum datangnya keadaanmu berhajat dan keadaan lapangmu sebelum datangnya keadaan sibukmu dan keadaanmu masih hidup sebelum datangnya matimu." (Tirmizi)

Dalam hadis ini Rasulullah s.a.w menggalakkan umatnya supaya tiap-tiap seorang merebut peluang yang masih terbuka untuk mengerjakan amal-amal kebajikan, kerana amal-amal yang baik sahajalah yang menyebabkan seseorang diredhai Allah dan berjaya di dunia dan di akhirat.

Dalam hadis ini, junjungan kita s.a.w. menerangkan: Bahawa peluang-peluang yang baik terdapat dalam lima keadaan dan akan lenyap apabila berlaku keadaan-keadaan yang sebaliknya.

Pertama -Semasa seseorang itu muda dan kuat, dan akan lenyap semasa ia tua dan lemah.

Kedua -Semasa ia sihat dan segar dan akan lenyap apabila ia ditimpa penyakit.

Ketiga – Semasa ia senang mewah dan akan lenyap apabila ia miskin dan memerlukan bantuan.

Keempat – Semasa ia lapang dan akan lenyap apabila ia sibuk dengan sesuatu yang tak dapat dielak.

Kelima – Semasa ia masih hidup, dan akan lenyap apabila ia meninggal dunia dan terhenti segala amal usahanya.

101

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah, Lagi Maha Mengasihani...

       Buku ‘101 KISAH & PENGAJARAN DARIPADA AL – QURAN, AL – HADIS & HAYATUS SAHABAH’ ini mempersembahkan cerita daripada sirah yang disampaikan dalam bentuk mudah dan menarik. Setiap cerita dimulakan dengan dengan gambar lukisan yang berkaitan sirah tersebut supaya pembaca dapat mengambarkan peristiwa itu dengan lebih dekat dan jelas lagi. Paling penting dicatatkan sumber cerita tersebut. Bagi petikan daripada ayat Al – Quran, disertakan surah dan nombor ayatnya. Bagi petikan hadis, disertakan perawinya. Begitu juga kisah para sahabat, disertakan sumber ceritanya. Ini menjadikan ia suatu cerita yang lebih berautentik.
       Setiap kisah menyenaraikan pengajaran yang dapat diambil daripada cerita tersebut. Bagaimana pembaca boleh menggunakan buku ini dengan bermanafaat?

1. Mengambil teladan daripada perlakuan yang baik untuk beramal.

2. Bahan ilmiah untuk menghayati sirah para nabi dan rasul.

3. Bahan untuk pelajar aksikan dalam pertandingan bercerita di peringkat sekolah, daerah dan negeri.

4. Bahan untuk pelajar menulis karangan dalam bahasa Melayu, bahasa Inggeris atau bahasa Arab.

5. Bahan untuk tazkirah, usrah, ceramah, pidato, bahas dan sebagainya.


Penulis: Al – Ustaz Haji Zahazan Mohamed ; Penerbit : Telaga Biru Sdn Bhd.

Saturday, April 10, 2010

Bahasa Tanpa Pertuturan (NonVerbaL)

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah, Lagi Maha Mengasihani...

Secara khusus, bahasa tanpa pertuturan (nonverbal) yang boleh dilihat atau dirasai ketika seseorang itu sedang berkomunikasi ialah:

1. Air/ mimik muka (seperti pucat ketika takut, merah padam apabila marah, senyum berseri apabila gembira, mata terbeliak apabila terkejut dan sebagainya);

2. Gerakan sebarang anggota badan (seperti lambaian tangan, tepukan, ketukan jari - jari ke atas meja, pukulan, gelengan kepala, dan sebagainya);

3. Nada suara yang mengiringi ucapan seperti lembut, lantang, nyaring, 'sexy', menengking dan sebagainya;

4. Kedudukan badan ketika berkomunikasi (dekat/jauh);

5. Penampilan diri (kemas, menawan atau sebaliknya);

6. Sentuhan (belaian fizikal, ciuman, dan sebagainya)

7. Pemberian sesuatu hadiah / penghargaan.

Cara Menangani Konflik Rumah Tangga / Pasangan 2

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah, Lagi Maha Mengasihani...

5. Apabila berdepan dengan sesuatu isu atau masalah, pasangan perlu beri pendapat secara terbuka, tidak mengkritik atau menyerang pasangan. Perbincangan hendaklah dijalankan dengan sikap tolak ansur.

6. Setiap pasangan yang inginkan keharmonian dan kebahagian rumah tangga hendaklah bertimbang rasa, mesra, bersikap terbuka, sedia menerima pandangan pasangan terhadap dirinya. Sikap cepat melenting hendaklah dijauhkan dan biasakan diri meminta maaf bila menyedari kesalahan sendiri. Tunjukkan kasih mesra yang ikhlas dengan mencari kekuatan dalam hubungan suami isteri.

7. Jauhkan dari mendapat nasihat atau panduan daripada mereka yang tidak mempunyai kepakaran atau tidak menyukai diri suami isteri.

8. Amalkan teknik komunikasi berkesan dalam pergaulan suami isteri.

Petikan dari buku ' Memasuki Gerbang Perkahwinan' Jakim Cetakan Keenam 2000.

Cara Menangani Konflik Rumah Tangga / Pasangan

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah, Lagi Maha Mengasihani...

Terdapat 2 cara untuk menangani konflik yang berlaku iaitu dengan cara:

1. Mengelak keadaan yang boleh menimbulkan konflik sebagai langkah mencegah berlaku konflik.

2. Mengadakan proses menyelesaikan masalah mengikut punca, bentuk dan tahap konflik yang dihadapi oleh pasangan.

Persediaan Diri Untuk Mengelak Konflik Dengan Cara:

1. Kesan perubahan di peringkat awal dengan memperhatikan air muka, gerak geri dan percakapan.

2. Elakkan dari bersangka buruk kepada pasangan.

3. Segera tangani sesuatu isu yang berpotensi mengeruh keadaan tanpa menyimpan, mengumpul dan melewat-lewatkan tindakan yang boleh menyebabkan keadaan bertambah parah.

4. Apabila menyedari kelemahan atau kesilapan pasangan, bantu pasangan, beri motivasi untuk membuat perubahan atau baiki kesilapan.

Bersambung... Insya Allah...

Friday, April 9, 2010

Semak Semula Pengetahuan Anda Tentang Wudhuk


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah, Lagi Maha Mengasihani...

Fardu wudhuk ada 6 perkara :
1. Niat menunaikan fardu wudhuk
2. Membasuh muka dari tempat tumbuh rambut di atas kepala hingga penghujung tempat tumbuh janggut dan dari di antara dua anak telinga dan wajib menyampaikan air keseluruh tempat dan bulu mata, misai, janggut dan sebagainya.
3. Membasuh kedua-dua tangan hingga ke siku
4. Menyapu sedikit air di bahagian kepala
5. Membasuh kedua-dua kaki hingga kedua buku lali.
6. Tertib iaitu didahulukan mengikut giliran yang ditentukan

Sunat-sunat wudhuk
1. Membaca Basmallah
2. Membasuh tangan hingga pergelangan tangan
3. Berkumur-kumur
4. Memasukkan air ke dalam hidung
5. Menyapu seluruh kepala
6. Membasuh kedua-dua telinga
7. Membasuh/menyapu setiap anggota 3 kali.
8. Menyelati jari tangan, jari kaki, misai & janggut
9. Mendahului anggota kanan daripada anggota kiri.
10. Mualat (berturut)
11. Tidak bercakap-cakap semasa wudhuk kecuali perlu
12. Bersugi
13. Membaca 2 Kalimah syahadat sesudah wudhuk
14. Berdoa sesudah wudhuk

Syarat - syarat sah wudhuk ada 6 perkara:
1. Beragama Islam
2. Mumaiyiz
3. Suci daripada haid dan nifas
4. Dengan air suci dan menyucikan
5. Tidak ada satu halangan yang menghalang air sampai ke kulit
6. Mengetahui yang mana sunat dan wajib

Perkara - perkara yang membatalkan wudhuk:
1. Keluar sesuatu benda daripada salah satu dari 2 saluran kemaluan (qubul / dubur) kecuali air mani.
2. Hilang akal kerana mabuk, pitam, pengsan, gila atau sakit.
3. Bersentuh kulit tanpa lapik antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram.
4. Menyentuh kemaluan (qubul/dubur) perempuan,lelaki atau diri sendiri dgn tapak tangan atau perut jari.
5. Tidur berbaring batal wudhuknya sama ada tetap atau tidak papan punggungnya. Tetapi orang tidur duduk yang tetap papan punggungnya tidak terbatal wudhuknya.

*Dipetik dari Buku 'Indahnya Hidup Bersyariat' Dato' Ismail Kamus dan Buku 'Asas-Asas Fardu Ain' Ustaz Sulaiman Endut

Semak Semula Pengetahuan Anda Tentang Wudhuk 1 (J)

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah, Lagi Maha Mengasihani...

JAWAPAN
BAHAGIAN A. 
A.6

BAHAGIAN B.
(1) BETUL
(2) SALAH
(3) SALAH
(4) SALAH
(5) SALAH
(6) BETUL
(7) BETUL
(8) BETUL
(9) SALAH
(10) SALAH
(11) BETUL
(12) SALAH
(13) SALAH
(14) SALAH
(15) SALAH
(16) SALAH
(17) SALAH
(18) SALAH
(19) SALAH
(20) BETUL 

BAHAGIAN C
B.6

BAHAGIAN D
(1) YA
(2) YA
(3) YA
(4) YA
(5) YA
(6) YA
(7) BUKAN
(8) BUKAN

BAHAGIAN E
(1) BATAL
(2) BATAL
(3) BATAL
(4) BATAL
(5) BATAL

Thursday, April 8, 2010

Semak Semula Pengetahuan Anda Tentang Wudhuk 1 (S)


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah, Lagi Maha Mengasihani...

SOALAN

A .Fardu wudhuk ada berapa perkara :
A. 6     B. 13     C. 17     D. 20


B.Betul atau Salah:
Perkara - perkara berikut merupakan fardu wudhuk

1. Niat menunaikan fardu wudhuk     BETUL / SALAH

2. Membaca Basmallah     BETUL / SALAH

3. Membasuh tangan hingga pergelangan tangan BETUL / SALAH

4. Berkumur-kumur     BETUL / SALAH

5. Memasukkan air ke dalam hidung     BETUL / SALAH

6. Membasuh muka     BETUL / SALAH

7. Membasuh kedua-dua tangan hingga ke siku. BETUL / SALAH

8. Menyapu sedikit air di bahagian kepala. BETUL / SALAH

9. Menyapu seluruh kepala     BETUL / SALAH

10. Membasuh kedua-dua telinga     BETUL / SALAH

11. Membasuh kedua-dua kaki hingga kedua buku lali. BETUL / SALAH

12. Membasuh/menyapu setiap anggota 3 kali. BETUL / SALAH

13. Menyelati jari tangan, jari kaki, misai & janggut. BETUL / SALAH

14. Mendahului anggota kanan daripada anggota kiri. BETUL / SALAH

15.Mualat (berturut).     BETUL / SALAH

16. Tidak bercakap-cakap semasa wudhuk kecuali perlu. BETUL / SALAH

17. Bersugi.     BETUL / SALAH

18. Membaca 2 Kalimah syahadat sesudah wudhuk. BETUL / SALAH

19. Berdoa sesudah wudhuk     BETUL / SALAH

20. Tertib iaitu didahulukan mengikut giliran yg ditentukan. BETUL / SALAH

C. Syarat - syarat sah wudhuk ada berapa perkara:

A. 5      B. 6      C. 7      D. 8

D. Di antara berikut manakah syarat-syarat sah wudhuk

1. Beragama Islam.     YA / BUKAN

2. Mumaiyiz      YA / BUKAN

3. Suci daripada haid dan nifas      YA / BUKAN

4. Dengan air suci dan menyucikan      YA / BUKAN

5. Tidak ada satu halangan yg menghalang air sampai ke kulit.YA/BUKAN

6. Mengetahui yang mana sunat dan wajib      YA / BUKAN

7. Telah masuk waktu solat      YA / BUKAN

8. Menghadap kiblat      YA / BUKAN

E. Di antara berikut perkara manakah yang membatalkan wudhuk:
 
1. Keluar sesuatu benda drpd salah 1 dr 2 saluran kemaluan kecuali mani. BATAL/TIDAK

2. Hilang akal krn mabuk, pitam, pengsan, gila atau sakit. BATAL/TIDAK

3. Bersentuh kulit tanpa lapik antara lelaki dan perempuan yg bkn mahram. BATAL/TIDAK

4. Menyentuh kemaluan (qubul / dubur) dgn tapak tangan atau perut jari. BATAL/TIDAK

5. Tidur berbaring (bukan tidur duduk) yg tdk tetap papan punggungnya. BATAL/TIDAK

Wednesday, April 7, 2010

Dua Pintu

Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam...
                                                     Ayat 29 Surah Ad - Dukhan

 29. Mereka (ketika dibinasakan) itu tidak ditangisi oleh langit dan bumi ( iaitu penduduk keduanya) (1617) dan mereka pula tidak diberi tempoh lagi.

(1167) Rasullullah (s.a.w) semasa menerangkan maksud ayat ini ada menyatakan, bahawa Fir'aun dan orang - orangnya yang telah binasa itu tidak pernah melakukan sesuatu amal yang baik di muka bumi, yang menjadikan bumi menangisi kehilangan mereka dan tidak ada pula perkataan atau amal mereka yang baik yang naik ke langit, yang menjadikan langit menangisi kehilangan mereka.

Dalam setengah hadith Nabi ada menyatakan, bahawa tiap - tiap seorang hamba Allah mempunyai dua pintu di langit, sebuah pintu tempat amalnya naik dan yang sebuah lagi tempat rezekinya turun; maka apabila seseorang mu'min mati ternyata kehilangannya kepada kedua pintu itu, lalu menangisinya.

Dalam hadith yang lain ada menerangkan bahawa bumi menangisi kematian seseorang yang beriman selama empat puluh hari. Dalam hadith yang lain pula menyatakan: bahawa apabila seseorang mu'min meninggal dunia, ia ditangisi oleh tempat ibadatnya di bumi dan tempat naik amalnya yang baik di langit. 

Dipetik dari Tafsir Pimpinan Ar - Rahman Kepada Pengertian AL - QURAN (30) Juz Cetakan Kedua Belas Dar Al - Kitab - Malaysia .

Sedekah

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah, Lagi Maha Mengasihani...

Tuntutan Bersedekah:
Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasullullah SAW bersabda : "Siapa yang bersedekah dengan sebutir kurma dari usaha yang halal, maka Allah akan menerimanya dengan baik, lalu dipelihara-Nya seperti kamu memelihara anak kambing atau anak unta sehingga sedekahmu itu bertambah besar menjadi sebesar gunung atau lebih besar daripada itu"- Muslim

Tuntutan Bersedekah, Memanafaatkan Ilmu & Mendidik Anak Menjadi Soleh:
“Apabila mati anak Adam, maka telah terputuslah amalannya melainkan 3 perkara ; Sedekah Jariah, atau Ilmu yang memunafaatkannya, atau Anak soleh yang mendo’akan keatasnya” [Hadith diriwayatkan oleh Muslim, Abu Daud, Tirmudzi, al-Nasaa'i, dan al-Bukhari].

Tuntutan Amar Makruf Nahi Mungkar:
Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi s.a.w., sabdanya: "Sesiapa yang mengajak ke jalan mengerjakan sesuatu amal yang baik, adalah baginya pahala sebanyak pahala orang-orang yang menurutnya, dengan tidak mengurangi sedikit pun pahala itu dari pahala-pahala mereka; dan (sebaliknya) sesiapa yang mengajak ke jalan mengerjakan sesuatu amal yang menyesatkan, adalah ia menanggung dosa sebanyak dosa orang-orang yang menurutnya, dengan tidak mengurangi sedikit pun dosa itu dan dosa-dosa mereka." -Muslim, Abu Daud dan Tirmizi

Tuesday, April 6, 2010

Amalan 2


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah, Lagi Maha Mengasihani...

(1) Sesungguhnya Kami telah mengurniakan kepadamu (wahai Muhammad) kebaikan yang banyak (di dunia dan di akhirat).

(2) Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur).

(3) Sesungguhnya orang yang bencikan engkau, Dialah yang terputus (dari mendapat sebarang perkara yang diingininya).

Amalan 2 - Surah Al - Khauthar
 
Sesiapa yang membacanya pada malam hari sebanyak 1000 kali akan dapat melihat Nabi Muhammad SAW.

Monday, April 5, 2010

70 Amalan Utk Bertemu Rasullullah SAW..

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah, Lagi Maha Mengasihani...

Amalan 1 - Surah Al - Qadr
Sesiapa yang membacanya ketika terbit dan terbenam matahari sebanyak 21 kali akan dapat melihat Nabi Muhammad SAW di dalam tidurnya.



Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

[1] Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar,
[2] Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu?

[3] Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan.
[4] Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut);
[5] Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!

Petikan dari buku '70 Amalan Untuk Bertemu Rasullullah SAW Siri 1' susunan Hanif Hj Ghazali Cetakan Kelima Edisi 2004 terbitan Nusaibah Enterprise

Sunday, April 4, 2010

Madrasah Zubaidah (Sekolah Rendah & Menengah Islam) (JPK (PPSG) 03 -/7/8)

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah, Lagi Maha Mengasihani...

Membeli Sambil Menderma. Buku - Buku Agama...

1. '70 Amalan Untuk bertemu Rasullulah SAW'
2. '60 Kisah Bertemu Rasullullah SAW'
3. '40 Amalan Penerang Hati & Penguat Ingatan'
4. 'Ayat - Ayat Pilihan Pengusir & Pembakar Jin'
5. '50 Perlindungan Diri & Kediaman'
6. '55 Amalan Wali-Wali Allah'
7. 'Lailatul Qadar Amalan & Cara Salafussoleh Memperolehinya'
8. '65 Amalan Pelembut Hati'

Buku-buku terbitan

Madrasah Zubaidah,
08400 Merbok, Kedah
Tel: 04 - 457 1880, H/P: 019 - 480 5683

Tuan/Puan yang berhasrat untuk menderma / zakat / wakaf/ pembiayaan anak - anak yatim boleh menghubungi pihak sekolah (Tel (R): 04 - 457 1880, Tel (P): 04 - 457 2486, H/P: 019 - 480 5683) atau terus melalui akaun bank:

Nama         : YAYASAN PENGAJIAN ISLAM MERBOK
Bank          : BANK ISLAM M'SIA BERHAD CAW. SG PETANI
No Akaun : 20 200 1000 2134

Friday, April 2, 2010

3 Surah

Dengan Nama Allah, Yang Maha Pemurah, Lagi Maha Mengasihani...

Surah Al - Ikhlas, Surah Al - Falaq & Surah An - Naas

Fadhilatnya: Siapa yang membaca Surah Al - Ikhlas, Surah Al - Falaq & Surah An - Naas masing - masing 3 kali di waktu pagi dan 3 kali di waktu petang nescaya ketiga -tiganya akan mencukupi kamu (untuk mendapat permeliharaan Allah) dari segala sesuatu (yang tidak diingini).

Sumber: Hadis ini diriwayatkan oleh Abu Daud, Tarmizi, Ibnu Majah. Sanadnya sahih. Menurut Tarmizi :  Hadis Hassan. Lihat Az - Azkaar An - Nawawiyah, Hal 63.

Thursday, April 1, 2010

April Fool...


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang...

Mengenang Kembali Sambutan April Fool di zaman - zaman jahil dahulu...
Satu hari yang khusus yang membolehkan tipu daya dikenakan kepada saudara mara, rakan taulan, para guru, anak-anak, majikan dan sebagainya. Alasan mengeratkan perhubungan, menceriakan suasana, sambutan semua peringkat dan pelbagai alasan diberikan untuk merayakan April Fool ini.

Dari Ibnu Umar r.a. katanya: Saya dengar Rasulullah SAW bersabda, “Bagi tiap-tiap orang yang khianat (penipu) ada bendera yang dipancangkan tanda khianatnya di hari kiamat kelak..” (Hadis riwayat Bukhari)

Rasulullah SAW telah bersabda yang maksudnya, “Jika kamu bercakap dengan saudaramu percakapan yang ia mempercayainya, sedangkan kamu membohonginya, sesungguhnya perbuatan ini merupakan pengkhianatan besar.” (Hadis riwayat Abu Daud).

Sabda Rasulullah SAW yang maksudnya, “Ada empat perkara, sesiapa yang melakukannya maka ia adalah seorang munafik tulen. Sesiapa yang melakukan satu daripada empat perkara itu, maka ia mempunyai salah satu daripada sifat munafik, hingga dia meninggalkannya. (Empat sifat itu ialah) apabila dipercayai ia khianat, apabila bercakap ia berdusta, apabila berjanji ia mungkir dan apabila bertengkar ia mengenepikan kebenaran. (Menegakkan benang basah).” (Hadis riwayat Ahmad)

Jauhi perbuatan berbohong ini dan elakkan dari menyertai sambutan April Fool. Ambillah pengajaran dari cerita kanak - kanak pengembala kambing dan serigala.