Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah, Lagi Maha Mengasihani...
Arab mempunyai tiga berhala terbesar yang diagung-agungkan. Mereka mengerjakan haji dan menyembelihkan korban untuknya.
Berhala yang paling tua ialah "Manat". la dibina di pinggir pantai menghala ke arah al-Musyallal di Qadid yang terletak antara Madinah dan Makkah. Semua Arab mengagungkannya dan yang paling mengagungkannya ialah kaum Aus dan Khazraj.
Apabila Rasulullah s.a.w. keluar untuk membuka Makkah pada tahun ke-8 hijrah, Baginda mengutuskan Ali r.a. ke tempat berhala tersebut. Ali telah meruntuhkannya, seterusnya mengambil barang-barang yang dipersembahkan kepada berhala itu, lalu membawanya kepada Nabi s.a.w.. Antara barang yang diambilnya ialah; dua bilah pedang yang dihadiahkan untuk berhala itu oleh al-Harith bin Abi Syamir al-Ghassani, raja Ghassan. Al-Harith merupakan raja yang membunuh Syuja' bin Wahb al-Asadi r.a., utusan Nabi s.a.w. kepadanya yang mengajak kepada Islam. Tiada utusan Nabi s.a.w. yang dibunuh selain Syuja'.
Berhala kedua bernama "al-Lat". Ia terletak di Toif. Merupakan sebongkah batu empat segi. Quraisy dan semua Arab mengagungkannya. Selepas Nabi s.a.w. pulang ke Madinah daripada pembukaan Makkah, rombongan Thaqif datang menemui Baginda. Mereka meminta Baginda s.a.w. membiarkan al-Lat tidak diroboh selama tiga tahun. Namun Baginda enggan menerima permintaan mereka. Mereka terus memohon penangguhan daripada Baginda dengan mengurangkan tempohnya setahun demi setahun, tetapi Baginda tetap enggan. Sehinggalah mereka meminta penangguhan untuk tempoh sebulan sahaja, namun Baginda masih enggan menerimanya. Ibnu Hisyam berkata: (Berdasarkan penjelasan mereka), Mereka ingin pemusnahan berhala tersebut ditangguhkan agar mereka terselamat daripada tindak tanduk golongan yang bodoh, wanita dan anak-pinak mereka. Mereka juga meminta penangguhan sehingga seluruh penduduk Taif memeluk Islam agar pemusnahan al-Lat tidak menimbulkan kejutan kepada kaum mereka. Namun Rasulullah enggan menerima permo-honan itu. Baginda mengutuskan Abu Suffian bin Harb dan al-Mughirah bin Syu'bah agar meruntuhkannya. Apabila al- Mughirah mula memukul dengan cangkulnya, wanita-wanita Thaqif keluar menangis meratapkan al-Lat seraya bersyair:
Hendaklah kamu menangis sungguh-sungguh untuk si pembela, (Lantaran) mereka yang keji telah menyerahkannya (untuk diruntuhkan), Mereka (yang keji) itu tidak pandai berlawan pedang (mempertahankannya).
Maksudnya: Alangkah hibanya! Al-Lat sebelum ini menjadi pembela kami daripada musuh musuh dan menolak bala bencana, telah diserahkan oleh orang-orang yang keji untuk diruntuhkan. Orang-orang yang keji tersebut tidak memper-tahankannya mahupun bertarung pedang demi untuknya.
Berhala ketiga bernama "al-'Uzza" ( Uzza adalah batang pohon kurma yang disembah oleh Bani Ghatfan. Mereka mendirikan di atasnya sebuah pondok. Uzza mempunyai penjaga. (Mu'jam Buldan).). Ia berada di sebelah kanan sesiapa yang bermusafir dari Makkah ke Iraq. Kaum Quraisy mengagungkannya. Apabila al-Quran turun mengutuk berhala itu juga berhala-berhala yang lain, Quraisy merasa amat marah. Ketika Abu Uhaihah iaitu Said bin al-'As bin Umaiyah bin 'Abd Syams bin 'Abd Manaf sakit nazak, Abu Lahab datang menziarahinya. Abu Lahab mendapatinya menangis, lantas bertanya: "Apakah yang menyebabkan kamu menangis wahai Abu Uhaihah? Adakah kamu menangis kerana kematian yang pasti?" Dia menjawab: "Tidak. Tetapi aku bimbang al-'Uzza tidak akan disembah lagi selepas (kematian) aku!" Abu Lahab berkata: "Demi Allah! Semasa hayatmu ia tidak disembah keranamu. Begitu juga selepas ketiadaanmu, penyembahannya tidak akan ditinggalkan kerana kematianmu." Lantas Abu Uhaihah berkata: "Sekarang, aku tahu bahawa aku mempunyai pengganti!" Kesungguhan Abu Uhaihah berpenat lelah menyembah berhala itu menakjubkan Abu Lahab
Pada tahun pembukaan Makkah, Nabi s.a.w. memanggil Khalid bin al-Walid dan memerintahkannya untuk bertolak memusnahkan berhala tersebut. Apabila Khalid sampai kepada berhala itu, penjaganya, Dubayyah bin Harami asy-Syaibani berseru:
Wahai Uzza lawanlah dengan keras, janganlah kamu mendustakan, Lemparkan kain selendang dan sinsingkan baju untuk melawan Khalid, Sekiranya kamu tidak membunuh Khalid pada hari ini, Kamu akan menanggung kehinaan segera dan membantunya mengalahkanmu.
Lantas Khalid berkata: Wahai 'Uzza, keingkaran untuk kamu bukan keampunan, Aku lihat Allah telah menghinamu.
Mereka mendakwa berhala itu berupa seorang wanita habsyi yang berambut kusut masai. Wanita itu meletakkan tangannya di atas bahunya dan berada dalam batang pokok yang ditebang oleh Khalid. Dia telah menentang Khalid dalam rupa bentuk sedemikian. Khalid memenggalnya mengakibatkan kepalanya terbelah. Rupa-rupanya wanita itu hitam seperti arang. Apabila Khalid memberitahu Rasulullah tentang perlaksanaan tugas tersebut, Baginda a.s. bersabda: "Itulah al-Uzza. Tiada lagi al-Uzza selepas ini bagi Arab. Ia tidak akan disembah lagi selepas hari ini". (Dalam Mu'jam al-Buldan menukilkan satu riwayat daripada Abu Soleh daripada Abdullah bin Abbas r.a., beliau berkata: Uzza merupakan syaitan betina yang mendiami antara tiga batang pokok di tengah-tengah kebun tamar. Apabila berlaku pembukaan Kota Makkah, Rasulullah s.a.w. telah mengutus Khalid bin al-Walid. sabdanya: "Pergilah kamu ke tengah-tengah kebun tamar dan kamu akan berjumpa dengan tiga batang pohon tamar. Tembanglah batang yang pertama." Lalu Khalia pergi dan menebang pohon yang pertama. Kemudian beliau kembali bertemu dengan Rasulullah, lalu Baginda bertanya: "Adakah kamu menjumpai sesuatu?" "Tidak"; jawab Khalid. "Tebang pohon yang kedua."; arah Baginda s.a.w.. Beliau pergi melaksanakan arahan tersebut dan kembali bertemu dengan Rasulullah. Baginda bertanya: "Adakah kamu menjumpai sesuatu?" "Tidak"; jawab Khalid "Tebang pohon yang ketiga."; arah Baginda s.a.w. lagi. Apabila beliau berhadapa-dengan pohon ketiga, keluar seekor syaitan betina berambut kusut masai dan meletakkan dua tangannya di atas bahu sambil menampakkan taringnya. Lalu Khalid memancung kepalanya)
No comments:
Post a Comment