Friday, March 26, 2010

Muazin...


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang..

Kisah yang baru kudengar sebentar tadi mengenai seorang soleh yang sedang melakukan tawaf di Mekkah. Ketika beliau sedang melakukan tawaf terdengar seorang hamba Allah memegang kelambu Kaabah sambil berdoa " Ya Allah aku tidak memerlukan yang lain-lain kecuali Engkau matikanlah aku dalam Islam". Hamba Allah tadi berdoa sedemikian berkali kali sehingga menimbulkan tanda tanya kepada orang soleh berkenaan.

Apabila selesai melakukan ibadat tawaf, beliau menunggu Hamba Allah tersebut untuk bertanya perihal lakunya. Dengan takdir Allah bertemulah keduanya, maka orang soleh menyampaikan hajatnya kepada Hamba Allah yang misteri itu.

Maka berkisahlah akan Hamba Allah akan perihal abangnya sorang Muazin. Muazin yang telah melakukan tugasnya dengan ikhlas selama 40 tahun. Apabila sampai waktu nazaknya meminta kitab Al-Quran. Sewaktu terbaring dikatil dikelilingi sanak saudara dan rakan taulan, maka berkatalah dia sambil memegang kitab Al - Quran 'Demi Allah.. bersaksilah bahawa aku ini Nasrani' sejurus kemudian matilah dia dalam keadaan kafir kepada Allah. Maka gemparlah sanak saudara dan rakan taulan perihal kejadian tersebut.

Disebabkan peristiwa itu Hamba Allah tadi tidak lagi berdoa kepada Allah untuk yang lain selain daripada memohon dimatikan di dalam Islam. Orang soleh tadi bertanya amalan abangnya selain daripada menjadi Muazin. Maka dijawaplah hamba Allah tersebut bahawa abangnya suka melihat aurat perempuan, memikat perempuan dan suka melihat aurat dan bermain dengan amrad ( kanak -kanak lelaki belum baligh).

Pengajaran: Disamping melakukan kebajikan kita hendaklah menghindari maksiat. Selalulah kita berdoa kepada Allah SWT agar kita hidup sebagai Mukmin dan mati sebagai Mukmin. Berdoalah semoga kita memperolehi sebaik-baik kesudahan. Amin...

No comments:

Post a Comment