Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang...
Kisah yang kudengar sesudah maghrib malam semalam. Allah SWT telah mengarahkan Malaikat menghancurkan dengan sehancur - hancurnya sebuah Kota kerana penduduknya lalai, berbuat maksiat dan derhaka kepada Allah. Maka turunlah Malaikat ke Kota tersebut. Sebelum melaksanakan hukuman Allah, Malaikat melakukan rondaan sekeliling Kota untuk memastikan tempat itu adalah tempat yang sama seperti firman Allah SWT. Semasa melakukan rondaan, Malaikat mendapati masih terdapat sekelompok manusia di dalam Kota itu yang sedang khusyuk beribadah kepada Allah SWT walaupun sebahagian besar penduduk Kota merupakan ahli maksiat.
Maka berangkat naiklah kembali Malaikat ke langgit untuk menghadap Allah SWT untuk memastikan kedudukan Kota. Malaikat meminta kepastian berhubung lokasi Kota yang hendak dimusnahkan kepada Allah SWT. Allah SWT berfirman bahawa Kota yang dilawati Malaikat itulah yang ditentukan untuk dihancurkan dengan sehancur hancurnya. Malaikat memaklumkan kepada Allah SWT bahawa masih terdapat sekelompok manusia di dalam Kota tersebut yang khusyuk beribadah kepada Allah SWT. Maka Allah SWT mengarahkan agar Malaikat menghancurkan terlebih dahulu kelompok ahli ibadah tersebut kemudian barulah menghancurkan penduduk kota yang lain. Ini disebabkan golongan ibadah tersebut begitu mementingkan diri dan tidak menghiraukan kemaksiatan yang berlaku dalam masyarakat mereka.
Pengajaran: Amar Makruf Nahi Mungkar.. tiada istilah 'Jangan Jaga Tepi Kain Orang' dalam kehidupan Umat Muslimin dan Muslimat..
No comments:
Post a Comment