Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang...
Membaca Surah Ad- Dukhaan pada Malam Jumaat (boleh juga dibaca pada siang hari)
(Ad- Dukhaan adalah surah ke 44 mempunyai 59 ayat)
Kelebihannya:
1. Diampunkan Dosanya.
(Hadits riwayat Ibnu Sinni 679, At – Tarmidzi 2891 daripada Abu Hurairah ‘r’ anhu lihat At – Tazkaar Imam Al – Qurthubi hal 283, Al – Azkaar Imam Nawawi 334, Al Kasha’ish Imam Sayuti 172)
2. 70 Ribu Malaikat Beristiqhfar Untuknya.
(Hadits riwayat At – Tarmidzi 2890 daripada Abu Hurairah ‘r’ anhu lihat At – Tazkaar Imam Al – Qurthubi hal 284, Al – Azkaar Imam Nawawi 334, Al Kasha’ish Imam Sayuti 173)
3. Dibina Sebuah Mahligai Dalam Syurga.
(Hadits ini dinyatakan oleh Al – Haitsami dlm Majmu’uz Zawa’id menisbahkan kepada At – Thabrani dalam Al- Kabir daripada Abu Umamah ‘r’ anhu lihat At – Tazkaar Imam Al – Qurthubi hal 284, Al Kasha’ish Imam Sayuti 174)
4. Diampunkan Dosa Dan Dikahwinkan Dengan Bidadari Syurga
(Hadits riwayat Ad – Darumi 3424 daripada Abu Rafi ‘r’ anhu Lihat At – Tazkaar Imam Al – Qurthubi hal 283, Al Kasha’ish Imam Sayuti 174)