Saturday, May 8, 2010

3 Terhina Tercela

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah, Lagi Maha Mengasihani...

       Arab mempunyai tiga berhala terbesar yang diagung-agungkan. Mereka mengerjakan haji dan menyembelihkan korban untuknya.

       Berhala yang paling tua ialah "Manat". la dibina di pinggir pantai menghala ke arah al-Musyallal di Qadid yang terletak antara Madinah dan Makkah. Semua Arab mengagungkannya dan yang paling mengagungkannya ialah kaum Aus dan Khazraj.

       Apabila Rasulullah s.a.w. keluar untuk membuka Makkah pada tahun ke-8 hijrah, Baginda mengutuskan Ali r.a. ke tempat berhala tersebut. Ali telah meruntuhkannya, seterusnya mengambil barang-barang yang dipersembahkan kepada berhala itu, lalu membawanya kepada Nabi s.a.w.. Antara barang yang diambilnya ialah; dua bilah pedang yang dihadiahkan untuk berhala itu oleh al-Harith bin Abi Syamir al-Ghassani, raja Ghassan. Al-Harith merupakan raja yang membunuh Syuja' bin Wahb al-Asadi r.a., utusan Nabi s.a.w. kepadanya yang mengajak kepada Islam. Tiada utusan Nabi s.a.w. yang dibunuh selain Syuja'.

       Berhala kedua bernama "al-Lat". Ia terletak di Toif. Merupakan sebongkah batu empat segi. Quraisy dan semua Arab mengagungkannya. Selepas Nabi s.a.w. pulang ke Madinah daripada pembukaan Makkah, rombongan Thaqif datang menemui Baginda. Mereka meminta Baginda s.a.w. membiarkan al-Lat tidak diroboh selama tiga tahun. Namun Baginda enggan menerima permintaan mereka. Mereka terus memohon penangguhan daripada Baginda dengan mengurangkan tempohnya setahun demi setahun, tetapi Baginda tetap enggan. Sehinggalah mereka meminta penangguhan untuk tempoh sebulan sahaja, namun Baginda masih enggan menerimanya. Ibnu Hisyam berkata: (Berdasarkan penjelasan mereka), Mereka ingin pemusnahan berhala tersebut ditangguhkan agar mereka terselamat daripada tindak tanduk golongan yang bodoh, wanita dan anak-pinak mereka. Mereka juga meminta penangguhan sehingga seluruh penduduk Taif memeluk Islam agar pemusnahan al-Lat tidak menimbulkan kejutan kepada kaum mereka. Namun Rasulullah enggan menerima permo-honan itu. Baginda mengutuskan Abu Suffian bin Harb dan al-Mughirah bin Syu'bah agar meruntuhkannya. Apabila al- Mughirah mula memukul dengan cangkulnya, wanita-wanita Thaqif keluar menangis meratapkan al-Lat seraya bersyair:

       Hendaklah kamu menangis sungguh-sungguh untuk si pembela, (Lantaran) mereka yang keji telah menyerahkannya (untuk diruntuhkan), Mereka (yang keji) itu tidak pandai berlawan pedang (mempertahankannya).

       Maksudnya: Alangkah hibanya! Al-Lat sebelum ini menjadi pembela kami daripada musuh musuh dan menolak bala bencana, telah diserahkan oleh orang-orang yang keji untuk diruntuhkan. Orang-orang yang keji tersebut tidak memper-tahankannya mahupun bertarung pedang demi untuknya.

       Berhala ketiga bernama "al-'Uzza" ( Uzza adalah batang pohon kurma yang disembah oleh Bani Ghatfan. Mereka mendirikan di atasnya sebuah pondok. Uzza mempunyai penjaga. (Mu'jam Buldan).). Ia berada di sebelah kanan sesiapa yang bermusafir dari Makkah ke Iraq. Kaum Quraisy mengagungkannya. Apabila al-Quran turun mengutuk berhala itu juga berhala-berhala yang lain, Quraisy merasa amat marah. Ketika Abu Uhaihah iaitu Said bin al-'As bin Umaiyah bin 'Abd Syams bin 'Abd Manaf sakit nazak, Abu Lahab datang menziarahinya. Abu Lahab mendapatinya menangis, lantas bertanya: "Apakah yang menyebabkan kamu menangis wahai Abu Uhaihah? Adakah kamu menangis kerana kematian yang pasti?" Dia menjawab: "Tidak. Tetapi aku bimbang al-'Uzza tidak akan disembah lagi selepas (kematian) aku!" Abu Lahab berkata: "Demi Allah! Semasa hayatmu ia tidak disembah keranamu. Begitu juga selepas ketiadaanmu, penyembahannya tidak akan ditinggalkan kerana kematianmu." Lantas Abu Uhaihah berkata: "Sekarang, aku tahu bahawa aku mempunyai pengganti!" Kesungguhan Abu Uhaihah berpenat lelah menyembah berhala itu menakjubkan Abu Lahab

       Pada tahun pembukaan Makkah, Nabi s.a.w. memanggil Khalid bin al-Walid dan memerintahkannya untuk bertolak memusnahkan berhala tersebut. Apabila Khalid sampai kepada berhala itu, penjaganya, Dubayyah bin Harami asy-Syaibani berseru:

       Wahai Uzza lawanlah dengan keras, janganlah kamu mendustakan, Lemparkan kain selendang dan sinsingkan baju untuk melawan Khalid, Sekiranya kamu tidak membunuh Khalid pada hari ini, Kamu akan menanggung kehinaan segera dan membantunya mengalahkanmu.

       Lantas Khalid berkata: Wahai 'Uzza, keingkaran untuk kamu bukan keampunan, Aku lihat Allah telah menghinamu.

       Mereka mendakwa berhala itu berupa seorang wanita habsyi yang berambut kusut masai. Wanita itu meletakkan tangannya di atas bahunya dan berada dalam batang pokok yang ditebang oleh Khalid. Dia telah menentang Khalid dalam rupa bentuk sedemikian. Khalid memenggalnya mengakibatkan kepalanya terbelah. Rupa-rupanya wanita itu hitam seperti arang. Apabila Khalid memberitahu Rasulullah tentang perlaksanaan tugas tersebut, Baginda a.s. bersabda: "Itulah al-Uzza. Tiada lagi al-Uzza selepas ini bagi Arab. Ia tidak akan disembah lagi selepas hari ini". (Dalam Mu'jam al-Buldan menukilkan satu riwayat daripada Abu Soleh daripada Abdullah bin Abbas r.a., beliau berkata: Uzza merupakan syaitan betina yang mendiami antara tiga batang pokok di tengah-tengah kebun tamar. Apabila berlaku pembukaan Kota Makkah, Rasulullah s.a.w. telah mengutus Khalid bin al-Walid. sabdanya: "Pergilah kamu ke tengah-tengah kebun tamar dan kamu akan berjumpa dengan tiga batang pohon tamar. Tembanglah batang yang pertama." Lalu Khalia pergi dan menebang pohon yang pertama. Kemudian beliau kembali bertemu dengan Rasulullah, lalu Baginda bertanya: "Adakah kamu menjumpai sesuatu?" "Tidak"; jawab Khalid. "Tebang pohon yang kedua."; arah Baginda s.a.w.. Beliau pergi melaksanakan arahan tersebut dan kembali bertemu dengan Rasulullah. Baginda bertanya: "Adakah kamu menjumpai sesuatu?" "Tidak"; jawab Khalid "Tebang pohon yang ketiga."; arah Baginda s.a.w. lagi. Apabila beliau berhadapa-dengan pohon ketiga, keluar seekor syaitan betina berambut kusut masai dan meletakkan dua tangannya di atas bahu sambil menampakkan taringnya. Lalu Khalid memancung kepalanya)

Tahun Gajah

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah, Lagi Maha Mengasihani...

       Tahun Gajah (bahasa Arab: عام الفيل‎, `Âm al-Fîl) diperkirakan terjadi pada tahun 570 Masihi & 52 tahun sebelum Hijrah. Nama tahun ini diambil sempena peristiwa penyerangan Kota Makkah sebelum Islam oleh Tentera Bergajah Abrahah. Nabi Muhammad s.a.w. dilahirkan pada tahun ini.[1]


Wednesday, May 5, 2010

5


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah, Lagi Maha Mengasihani...

Hadis Jabir bin Abdullah Al-Ansariy r.a katanya:


Rasulullah s.a.w bersabda:

Aku diberi 5 perkara yang tidak pernah diberikan kepada seorang Nabi pun sebelumku.

1. Semua Nabi sebelumku hanya diutuskan khusus kepada kaumnya sahaja, sedangkan aku diutuskan kepada manusia yang berkulit merah dan hitam iaitu seluruh manusia.

2. Dihalalkan untukku harta rampasan perang, sedangkan ianya tidak pernah dihalalkan kepada seorang Nabi pun sebelumku.

3. Disediakan untukku bumi yang subur lagi suci sebagai tempat untuk sujud iaitu sembahyang. Maka sesiapa pun apabila tiba waktu sembahyang walau di mana saja dia berada hendaklah dia mendirikan sembahyang.

4. Aku juga diberikan pertolongan secara dapat menakutkan musuh dari jarak perjalanan selama satu bulan.

5. Aku juga diberikan hak untuk memberi syafaat


Nombor Hadis Dalam Sahih Muslim [Dalam Bahasa Arab sahaja]: 810

Tuesday, May 4, 2010

Adakah dia telah diutuskan?

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah, Lagi Maha Mengasihani...

Hadis Anas bin Malik r.a katanya:


Rasulullah s.a.w bersabda: Aku telah didatangi Buraq. Iaitu seekor binatang yang berwarna putih, lebih besar dari keldai tetapi lebih kecil dari baghal. Ia merendahkan tubuhnya sehinggalah perut buraq tersebut mencecah bumi.
 
Baginda bersabda lagi:
 
Tanpa membuang masa, aku terus menungganginya sehinggalah sampai ke Baitulmuqaddis.
 
Baginda bersabda lagi:
 
Aku mengikatnya pada tiang masjid sebagaimana yang biasa dilakukan oleh para Nabi.
 
Baginda bersabda lagi:
 
Sejurus kemudian aku masuk ke dalam masjid dan mendirikan sembahyang sebanyak dua rakaat. Setelah selesai aku terus keluar, secara tiba-tiba aku didatangi dengan semangkuk arak dan semangkuk susu oleh Jibril a.s. Aku memilih susu.
 
Lalu Jibril a.s berkata:
 
Engkau telah memilih fitrah.

Lalu Jibril a.s membawaku naik ke langit. Ketika Jibril a.s meminta agar dibukakan pintu, kedengaran suara bertanya:
 
Siapakah engkau?
 
Dijawabnya: Jibril.
 
Jibril a.s ditanya lagi:
 
Siapakah bersamamu?
 
Jibril a.s menjawab: Muhammad.
 
Jibril a.s ditanya lagi:
 
Adakah dia telah diutuskan?
 
Jibril a.s menjawab: Ya, dia telah diutuskan.
 
Lalu dibukakan pintu kepada kami. Ketika aku bertemu dengan Nabi Adam a.s, beliau menyambutku serta mendoakan aku dengan kebaikan.
 
Seterusnya aku dibawa naik ke langit kedua. Jibril a.s meminta supaya dibukakan pintu. Kedengaran suara bertanya lagi:
 
Siapakah engkau?
 
Dijawabnya: Jibril. Jibril a.s ditanya lagi:
 
Siapakah bersamamu?
 
Jibril a.s menjawab: Muhammad.
 
Jibril a.s ditanya lagi:
 
Adakah dia telah diutuskan?
 
Jibril a.s menjawab: Ya, dia telah diutuskan.
 
Pintu pun dibukakan kepada kami. Ketika aku bertemu dengan Isa bin Mariam dan Yahya bin Zakaria, mereka berdua menyambutku dan mendoakan aku dengan kebaikan.
 
Aku dibawa lagi naik langit ketiga. Jibril a.s meminta supaya dibukakan pintu. Kedengaran suara bertanya lagi:
 
Siapakah engkau?
 
Dijawabnya: Jibril.
 
Jibril a.s ditanya lagi:
 
Siapakah bersamamu?
 
Jibril a.s menjawab: Muhammad.
 
Jibril a.s ditanya lagi:
 
Adakah dia telah diutuskan?
 
Jibril a.s menjawab: Ya, dia telah diutuskan.
 
Pintu pun dibukakan kepada kami. Ketika aku bertemu dengan Nabi Yusuf a.s ternyata dia telah dikurniakan sebahagian dari keindahan. Dia terus menyambut aku dan mendoakan aku dengan kebaikan.
 
Aku dibawa lagi naik ke langit keempat.
 
Jibril a.s meminta supaya dibukakan pintu. Kedengaran suara bertanya lagi:
 
Siapakah engkau?
 
Dijawabnya: Jibril.
 
Jibril a.s ditanya lagi:
 
Siapakah bersamamu?
 
Jibril a.s menjawab: Muhammad.
 
Jibril a.s ditanya lagi:
 
Adakah dia telah diutuskan?
 
Jibril a.s menjawab: Ya, dia telah diutuskan.
 
Pintu pun dibukakan kepada kami. Ketika aku bertemu dengan Nabi Idris a.s dia terus menyambutku dan mendoakan aku dengan kebaikan.
 
Firman Allah s.w.t وَرَفَعْنَاهُ مَكَانًا عَلِيًّا Yang bermaksud: Dan kami telah mengangkat ke tempat yang tinggi darjatnya.
 
Aku dibawa lagi naik ke langit kelima. Jibril a.s meminta supaya dibukakan pintu. Kedengaran suara bertanya lagi:
 
Siapakah engkau?
 
Dijawabnya: Jibril.
 
Jibril a.s ditanya lagi:
 
Siapakah bersamamu?
 
Jibril a.s menjawab: Muhammad.
 
Jibril a.s ditanya lagi:
 
Adakah dia telah diutuskan?
 
Jibril a.s menjawab: Ya, dia telah diutuskan.
 
Pintu pun dibukakan kepada kami. Ketika aku bertemu dengan Nabi Harun a.s dia terus menyambutku dan mendoakan aku dengan kebaikan.
 
Aku dibawa lagi naik ke langit keenam. Jibril a.s meminta supaya dibukakan pintu. Kedengaran suara bertanya lagi:
 
Siapakah engkau?
 
Dijawabnya: Jibril.
 
Jibril a.s ditanya lagi:
 
Siapakah bersamamu?
 
Jibril a.s menjawab: Muhammad.
 
Jibril a.s ditanya lagi:
 
Adakah dia telah diutuskan?
 
Jibril a.s menjawab: Ya, dia telah diutuskan.
 
Pintu pun dibukakan kepada kami. Ketika aku bertemu dengan Nabi Musa a.s dia terus menyambutku dan mendoakan aku dengan kebaikan.
 
Aku dibawa lagi naik ke langit ketujuh. Jibril a.s meminta supaya dibukakan. Kedengaran suara bertanya lagi:
 
Siapakah engkau?
 
Dijawabnya: Jibril.
 
Jibril a.s ditanya lagi:
 
Siapakah bersamamu?
 
Jibril a.s menjawab: Muhammad.
 
Jibril a.s ditanya lagi:
 
Adakah dia telah diutuskan?
 
Jibril a.s menjawab: Ya, dia telah diutuskan.
 
Pintu pun dibukakan kepada kami. Ketika aku bertemu dengan Nabi Ibrahim a.s dia sedang berada dalam keadaan menyandar di Baitul Makmur. Keluasannya setiap hari memuatkan tujuh puluh ribu malaikat. Setelah keluar mereka tidak kembali lagi kepadanya.
 
Kemudian aku dibawa ke Sidratul Muntaha. Daun-daunnya besar umpama telinga gajah manakala buahnya pula sebesar tempayan.
 
Baginda bersabda: Ketika baginda merayau-rayau meninjau kejadian Allah s.w.t, baginda dapati kesemuanya aneh-aneh. Tidak seorang pun dari makhluk Allah yang mampu menggambarkan keindahannya.
 
Lalu Allah s.w.t memberikan wahyu kepada baginda dengan mewajibkan sembahyang lima puluh waktu sehari semalam.
 
Tatakala baginda turun dan bertemu Nabi Musa a.s, dia bertanya:
 
Apakah yang telah difardukan oleh Tuhanmu kepada umatmu?
 
Baginda bersabda:
 
Sembahyang lima puluh waktu.
 
Nabi Musa a.s berkata:
 
Kembalilah kepada Tuhanmu, mintalah keringanan kerana umatmu tidak akan mampu melaksanakannya. Aku pernah mencuba Bani Israel dan memberitahu mereka.
 
Baginda bersabda:
 
Baginda kemudiannya kembali kepada Tuhan dan berkata:
 
Wahai Tuhanku, berilah keringanan kepada umatku.
 
Lalu Allah s.w.t mengurangkan lima waktu sembahyang dari baginda.
 
Baginda kembali kepada Nabi Musa a.s dan berkata:
 
Allah telah mengurangkan lima waktu sembahyang dariku.
 
Nabi Musa a.s berkata:
 
Umatmu masih tidak mampu melaksanakannya. Kembalilah kepada Tuhanmu, mintalah keringanan lagi.
 
Baginda bersabda:
 
Baginda tak henti-henti berulang-alik antara Tuhan dan Nabi Musa a.s,
 
sehinggalah Allah s.w.t berfirman Yang bermaksud:
 
Wahai Muhammad! Sesungguhnya aku fardukan hanyalah lima waktu sehari semalam. Setiap sembahyang fardu diganjarkan dengan sepuluh ganjaran. Oleh yang demikian, bererti lima waktu sembahyang fardu sama dengan lima puluh sembahyang fardu. Begitu juga sesiapa yang berniat, untuk melakukan kebaikan tetapi tidak melakukanya, nescaya akan dicatat baginya satu kebaikan. Jika dia melaksanakannya, maka dicatat sepuluh kebaikan baginya.
 
Sebaliknya sesiapa yang berniat ingin melakukan kejahatan, tetapi tidak melakukannya, nescaya tidak sesuatu pun dicatat baginya. Seandainya dia melakukannya, maka dicatat sebagai satu kejahatan baginya.
 
Baginda turun hingga sampai kepada Nabi Musa a.s, lalu aku memberitahu kepadanya. Dia masih lagi berkata:
 
Kembalilah kepada Tuhanmu, mintalah keringanan.
 
Baginda menyahut:
 
Aku terlalu banyak berulang alik kepada Tuhan, sehingga menyebabkan aku malu kepada-Nya
 
Nombor Hadis Dalam Sahih Muslim [Dalam Bahasa Arab sahaja]: 234

Monday, May 3, 2010

Rawatan Barah Kritikal

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah, Lagi Maha Mengasihani...

Terdapat set rawatan barah (air untuk minum dan mandi serta minyak zaitun untuk diurut yang telah dibaca ayat-ayat penyembuh/ Shifa untuk rawatan selama 21 hari berturut-turut) berharga RM 180.00.

Kepada Sesiapa Yang Berhajat Bolehlah Menghubungi:

Ustaz Ismail Shafiee Al Bakapi
Markas Asas Tahfiz Al - Quran Darul Itqan (Ad - Diniah)
14200 Sungai Bakap, Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang.
019 - 400 1391 / 019 - 472 1391 (PB(P) 002)

'Manusia Berikhtiar, Allah Menentukan'

Sunday, May 2, 2010

60 Hasta




Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah, Lagi Maha Mengasihani...

Hadis Abu Hurairah r.a katanya:

Rasulullah s.a.w pernah bersabda: Allah telah menjadikan Nabi Adam setinggi enam puluh hasta. Setelah menciptakannya Allah berfirman: Pergi dan berikan salam kepada kumpulan itu. Mereka adalah sekumpulan Malaikat yang sedang duduk, maka dengarlah jawapan mereka kepadamu kerana salam itu adalah salam penghormatan untukmu dan keturunanmu. Maka Nabi Adam pergi dan mengucapkan: السَّلَامُ عَلَيْكُمْ Mereka menjawab: السَّلَامُ عَلَيْكَ وَرَحْمَةُ اللَّهِ Mereka menambahkan وَرَحْمَةُ اللَّهِ Maka rupa bentuk setiap manusia yang akan memasuki Syurga adalah seperti Nabi Adam. Ketinggiannya enam puluh hasta. Setelah Nabi Adam, rupa bentuk (ketinggian) manusia terus berkurang hingga sekarang
Nombor Hadis Dalam Sahih Muslim [Dalam Bahasa Arab sahaja]: 5075

http://themurkynews.blogspot.com/

Depicted in the above chart:
A. Present day modern man which averages about 6-feet tall + or - several inches or more.
B. 15-foot human skeleton found in southeast Turkey in late 1950's in the Euphrates valley during road construction. Many tombs containing giants were uncovered here.
C. Maximinus Thrax Ceaser of Rome 235-238 A.D. This was an 8' 6" skeleton.
D. Goliath was about 9 feet + or - a few inches. I Samuel 17:4 late 11th century.
E. King Og spoken of in Deuteronomy 3:11 whose iron bedstead was approximately 14-feet by 6-feet wide. King Og was at least 12-feet tall, yet some claim up to 18.
F. A 19'6" human skeleton found in 1577 A.D. under an overturned oak tree in the Canton of Lucerne.
G. 23-foot tall skeleton found in 1456 A.D. beside a river in Valence, France.
H. A 25' 6 " skeleton found in 1613 A.D. near the castle of Chaumont in France. This was claimed to be a nearly complete find.
I. Almost beyond comprehension or believability was the find of the two separate 36-foot human remains uncovered by Carthaginians somewhere between 200-600 B.C.
J. Abu Hurairah, may Allah be pleased with him, reported:

Allah's Messenger (may peace be upon him) said: Allah, the Exalted and Glorious, created Adam in his own image with his height of sixty cubits, and as He created him He told him to greet that group, which was a party of angels sitting there, and listen to the response that they give him, for it would form his greeting and that of his offspring. He then went away and said: Peace be upon you! They (the angels) said: May there be peace upon you and the Mercy of Allah, and they made an addition of "Mercy of Allah". So he who would get into Paradise would get in the form of Adam, his length being sixty cubits, then the people who followed him continued to diminish in size up to this day.

Hadith number in Sahih Muslim [Arabic only]: 5075
http://hadith.al-islam.com/bayan/display.asp?Lang=eng&ID=1621

120, 000

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

Diceritakan bahawa terdapat seramai 120, 000 orang Nabi, 313 orang daripadanya ialah rasul. Daripada 313 orang rasul ini, 25 orang daripadanya adalah wajib diketahui oleh umat Islam. 5 orang rasul sahaja menerima gelaran Ulul' Azmi iaitu Rasul Pilihan dan Agung.

Rasul Ulul'Azmi:

1. Nabi Muhammad SAW
2. Nabi Ibrahim AS
3. Nabi Musa AS
4. Nabi Isa AS
5. Nabi Nuh AS

25 Rasul Wajib Diiketahui:

1.Nabi Adam a.s.
2.Nabi Idris a.s.
3.Nabi Nuh a.s.
4.Nabi Hud a.s.
5.Nabi Salih a.s.
6.Nabi Ibrahim a.s.
7.Nabi Luth a.s. (anak saudara Nabi Ibrahim a.s)
8.Nabi Ismail a.s. (anak Nabi Ibrahim a.s.)
9.Nabi Ishaq a.s. (anak Nabi Ibrahim a.s.)
10.Nabi Ya'akub a.s. (anak Ishaq a.s.)
11.Nabi Yusuf a.s. (anak Nabi Ya'akub a.s.)
12.Nabi Ayub a.s.
13.Nabi Syu'aib a.s.
14.Nabi Musa a.s.
15.Nabi Harun a.s. (saudara Nabi Musa a.s.)
16.Nabi Zulkifli a.s.
17.Nabi Daud a.s.
18.Nabi Sulaiman a.s. (anak Nabi Daud a.s.)
19.Nabi Ilyas a.s.
20.Nabi Ilyasa’ a.s.
21.Nabi Yunus a.s.
22.Nabi Zakaria a.s.
23.Nabi Yahya a.s. (anak Nabi Zakaria a.s. & duapupu kepada Nabi Isa a.s)
24.Nabi Isa a.s.
25.Nabi Muhammad s.a.w.