Showing posts with label Peringatan. Show all posts
Showing posts with label Peringatan. Show all posts

Sunday, May 23, 2010

Berkongsilah


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah, Lagi Maha Mengasihani...

Dari Abu Huratrah r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda: "Makanan untuk dua orang itu dapat mencukupi tiga orang sedang makanan untuk tiga orang itu dapat mencukupi empat orang." (Muttafaq 'alaih)

Dari Jabir r.a., katanya: "Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: "Makanan untuk seorang itu dapat mencukupi dua orang dan makanan dua orang itu dapat mencukupi empat orang, sedang makanan empat orang itu dapat mencukupi delapan orang." (Riwayat Muslim)

Sunday, May 16, 2010

Pokok dan Tiupan Angin

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah. Lagi Maha Mengasihani...

Hadis Abu Hurairah r.a katanya:

Rasulullah s.a.w pernah bersabda: Perumpamaan orang mukmin seperti tanaman. Tidak henti-henti angin meniupnya dan orang mukmin sentiasa menerima cubaan. Sedangkan perumpamaan orang munafik seperti sepohon pokok yang kuat tidak boleh digoyangkan sehinggalah ia ditebang

Nombor Hadis Dalam Sahih Muslim [Dalam Bahasa Arab sahaja]: 5024

Pokok Sedekah

Azam Syahid

Allah Cemburu

2 Nikmat

Sunan Sittah

Saturday, April 17, 2010

Fungsi Iman...

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah, Lagi Maha Mengasihani...

Iman memainkan peranan yang penting dalam mengekang/ mendidik hawa nafsu (yang merupakan anasir dalaman) dan benteng pertahanan dari segala thagut, Iblis dan bala tenteranya serta fitnah Dajjal Al - Masih dan lain - lain (anasir luaran).

Sunday, April 11, 2010

5 vs 5

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah, Lagi Maha Mengasihani…

143- Dari `Amr bin Maimun al-Audi r.a., katanya: Rasulullah s.a.w., bersabda kepada seorang, menasihatkannya: "Rebutlah peluang lima keadaan sebelum datangnya lima yang lain, - keadaan mudamu sebelum datangnya keadaan tuamu dan keadaan sihatmu sebelum datangnya keadaan sakitmu dan keadaanmu berada sebelum datangnya keadaanmu berhajat dan keadaan lapangmu sebelum datangnya keadaan sibukmu dan keadaanmu masih hidup sebelum datangnya matimu." (Tirmizi)

Dalam hadis ini Rasulullah s.a.w menggalakkan umatnya supaya tiap-tiap seorang merebut peluang yang masih terbuka untuk mengerjakan amal-amal kebajikan, kerana amal-amal yang baik sahajalah yang menyebabkan seseorang diredhai Allah dan berjaya di dunia dan di akhirat.

Dalam hadis ini, junjungan kita s.a.w. menerangkan: Bahawa peluang-peluang yang baik terdapat dalam lima keadaan dan akan lenyap apabila berlaku keadaan-keadaan yang sebaliknya.

Pertama -Semasa seseorang itu muda dan kuat, dan akan lenyap semasa ia tua dan lemah.

Kedua -Semasa ia sihat dan segar dan akan lenyap apabila ia ditimpa penyakit.

Ketiga – Semasa ia senang mewah dan akan lenyap apabila ia miskin dan memerlukan bantuan.

Keempat – Semasa ia lapang dan akan lenyap apabila ia sibuk dengan sesuatu yang tak dapat dielak.

Kelima – Semasa ia masih hidup, dan akan lenyap apabila ia meninggal dunia dan terhenti segala amal usahanya.

Wednesday, April 7, 2010

Sedekah

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah, Lagi Maha Mengasihani...

Tuntutan Bersedekah:
Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasullullah SAW bersabda : "Siapa yang bersedekah dengan sebutir kurma dari usaha yang halal, maka Allah akan menerimanya dengan baik, lalu dipelihara-Nya seperti kamu memelihara anak kambing atau anak unta sehingga sedekahmu itu bertambah besar menjadi sebesar gunung atau lebih besar daripada itu"- Muslim

Tuntutan Bersedekah, Memanafaatkan Ilmu & Mendidik Anak Menjadi Soleh:
“Apabila mati anak Adam, maka telah terputuslah amalannya melainkan 3 perkara ; Sedekah Jariah, atau Ilmu yang memunafaatkannya, atau Anak soleh yang mendo’akan keatasnya” [Hadith diriwayatkan oleh Muslim, Abu Daud, Tirmudzi, al-Nasaa'i, dan al-Bukhari].

Tuntutan Amar Makruf Nahi Mungkar:
Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi s.a.w., sabdanya: "Sesiapa yang mengajak ke jalan mengerjakan sesuatu amal yang baik, adalah baginya pahala sebanyak pahala orang-orang yang menurutnya, dengan tidak mengurangi sedikit pun pahala itu dari pahala-pahala mereka; dan (sebaliknya) sesiapa yang mengajak ke jalan mengerjakan sesuatu amal yang menyesatkan, adalah ia menanggung dosa sebanyak dosa orang-orang yang menurutnya, dengan tidak mengurangi sedikit pun dosa itu dan dosa-dosa mereka." -Muslim, Abu Daud dan Tirmizi

Thursday, April 1, 2010

April Fool...


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang...

Mengenang Kembali Sambutan April Fool di zaman - zaman jahil dahulu...
Satu hari yang khusus yang membolehkan tipu daya dikenakan kepada saudara mara, rakan taulan, para guru, anak-anak, majikan dan sebagainya. Alasan mengeratkan perhubungan, menceriakan suasana, sambutan semua peringkat dan pelbagai alasan diberikan untuk merayakan April Fool ini.

Dari Ibnu Umar r.a. katanya: Saya dengar Rasulullah SAW bersabda, “Bagi tiap-tiap orang yang khianat (penipu) ada bendera yang dipancangkan tanda khianatnya di hari kiamat kelak..” (Hadis riwayat Bukhari)

Rasulullah SAW telah bersabda yang maksudnya, “Jika kamu bercakap dengan saudaramu percakapan yang ia mempercayainya, sedangkan kamu membohonginya, sesungguhnya perbuatan ini merupakan pengkhianatan besar.” (Hadis riwayat Abu Daud).

Sabda Rasulullah SAW yang maksudnya, “Ada empat perkara, sesiapa yang melakukannya maka ia adalah seorang munafik tulen. Sesiapa yang melakukan satu daripada empat perkara itu, maka ia mempunyai salah satu daripada sifat munafik, hingga dia meninggalkannya. (Empat sifat itu ialah) apabila dipercayai ia khianat, apabila bercakap ia berdusta, apabila berjanji ia mungkir dan apabila bertengkar ia mengenepikan kebenaran. (Menegakkan benang basah).” (Hadis riwayat Ahmad)

Jauhi perbuatan berbohong ini dan elakkan dari menyertai sambutan April Fool. Ambillah pengajaran dari cerita kanak - kanak pengembala kambing dan serigala.

Sunday, March 28, 2010

LIMA

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang...

5 Perkara Yang Manusia Lupa:

1. Lupa Beramal
- kerana jahil dan sifat bertangguh
2. Lupa Berdoa
- kerana selesa dengan dunia dan sombong kepada Allah SWT
3. Lupa Bertaubat
4. Lupa Kematian
5. Lupa Akhirat

5 Perkara Yang Membatalkan Pahala Amalan:

1. Suka Mencari Aib Orang Lain

2. Keras Hati

3. Kurang Rasa Malu

4. Cintakan Dunia

5. Melakukan Kezaliman Secara Berterusan

5 Perbuatan Yang Membatalkan Pahala Puasa:

1. Berbohong

2. Mengadu Domba / Batu Api

3. Bersumpah Bohong

4. Mengumpat kecuali 5 umpatan

5. Timbul Syahwat Akibat Pandangan Mata



5 Kelebihan Yang Dikurniakan Allah Kepada Umat Nabi Muhammad SAW Yang Tidak Diberikan Kepada Umat-Umat Lain:

1. Bau Mulut Orang Yang Berpuasa Lebih Harum Daripada Kasturi Disisi Allah SWT.

2. Seluruh Ikan Di Dunia Berdoa Kepada Orang - Orang Yang Ikhlas Berpuasa.

3. Syurga Dihias Setiap Hari Di Bulan Ramadhan Untuk Orang Yang Beramal Soleh

4. Dikurniakan Satu Malam Yang Lebih Baik Dari 1000 Bulan Iaitu Lailatul Qadar

5. Allah SWT Menjanjikan Keampunan Dihujung Bulan Ramadhan.


5 Adab Imam Solat Jemaah Terhadap Makmum

1. Meminta makmum meluruskan solat (menyamakan tumit) dan merapatkan saf ( merapatkan bahu) sebelum solat berjemaah.

2. Selepas Takbiratulihram, Imam memberi peluang makmum membaca Doa Iftitah / Tawajuj sebelum Imam membaca surah Al- Fathihah.

3. Imam membaca surah Al - Fatihah sehingga selesai kemudian membenarkan makmum membacanya sebelum Imam membaca surah lain. Ini bagi membolehkan makmum menghayati bacaan surah oleh Imam dan membantu Imam sekiranya Imam terlupa ayat- ayat dalam surah.

4. Membaca surah (surah panjang atau pendek) bersesuaian dengan keadaan makmum.

5. Setelah selesai memberi salam, sekiranya para makmum terdiri daripada orang-orang yang mempunyai urusan yang perlu disegerakan maka Imam hendaklah membaca doa terlebih dahulu kemudian barulah berwirid.