Showing posts with label Kisah Teladan. Show all posts
Showing posts with label Kisah Teladan. Show all posts

Monday, February 14, 2011

Tafsir Ayat 90 Surah Ali Imran

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah, Lagi Maha Mengasihani

Bahawasanya segala orang kafir dengan Isa kemudian daripada beriman mereka itu dengan Musa kemudian bertambah mereka itu kufur dengan Muhammad, maka tidak diterima taubat mereka itu apabila nyawa di gargarah, dan bermula mereka itu, mereka itulah orang yang sesat sekaliannya.

Ayat 90 Surah Ali Imran menyatakan orang Yahudi yang mulanya beriman kepada Nabi Musa as dan kitab Taurat menjadi kafir kerana mengengkari kenabian Nabi Isa as dan kitab Injil.

Kemudian bertambah kekafiran orang Yahudi apabila menolak kerasulan Nabi Muhammad saw dan kitab Al Quran.

Taubat mereka in tidak diterima sekiranya dilakukan ketika nyawa berada di gargarah. Gargarah bererti halkum. Pintu taubat akan tertutup apabila nyawa manusia berada di gargarah iaitu berada dalam keadaan tenat atau nazak disaat menjelangnya kematian.

Maka inilah permulaan orang-orang Yahudi menjadi orang-orang yang sesat kerana keengganan mereka menuruti jalan Allah.

Padahal berita mengenai kedatangan Nabi Isa as, kitab Injil, Nabi Muhammad saw dan kitab Al – Quran telah diceritakan di dalam kitab Taurat. Penolakkan kepercayaan orang Yahudi kepada Nabi Isa as, kitab Injil, Nabi Muhammad saw dan kitab Al – Quran secara langsung membawa erti penolakkan mereka kepada isi kandungan Kitab Taurat yang mereka imani sebelum itu. Disebabkan hal berkenaan mereka menjadi kafir sesudah dahulunya mereka beriman.

Sepatutnya orang Yahudi yang menjadi pengikut Nabi Musa as dan kitab Taurat, apabila datangnya Nabi Isa as dan kitab Injil hendaklah beriman kepada keduanya. Walaubagaimanapun mereka berdegil ingin berpegang kepada kitab Taurat walaupun kedatangan kitab Injil telah memansuhkan kitab Taurat. Selepas kedatangan Nabi Muhammad saw dan kitab Al –Quran Nur Karim, maka kitab Injil pula dimansuhkan.

Peristiwa ini menjelaskan penolakkan orang-orang Yahudi daripada beriman kepada Nabi Isa as, Nabi Muhammad saw, kitab Injil dan kitab Al Quran Nur Karim.

Saturday, May 22, 2010

Pengkhianatan 'Amru bin Luhayy

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah, Lagi Maha Mengasihani...

       Nabi Ibrahim a.s. (bapa para nabi selepas nabi Nuh a.s.) merupakan antara mereka yang memerangi ajaran keber-halaan anutan kaumnya. Sehingga kaumnya cuba membakarnya sebagaimana yang diceritakan oleh al-Quran al-Karim. Apabila Baginda datang ke Makkah, Baginda meninggalkan anaknya, Ismail a.s. dan ibunya di situ. Setelah Ismail meningkat remaja, mereka berdua sama-sama membina Kabah untuk dijadikan rumah ibadat Allah dan destinasi haji kepada orang ramai. Anak-anak Ismail semakin ramai (mereka dikenali sebagai Arab Musta'ribah, sebagaimana yang dinamakan oleh ahli-ahli sejarah).
      
       (Dari zaman ke zaman) Mereka masih tidak mengenali ajaran menyembah berhala dan patung. Kemudian menjadi satu ibadat kepada sesiapa yang mengembara meninggalkan Makkah, membawa seketul batu daripada Tanah Haram sebagai memuliakannya dan tanda kerinduan kepada Makkah. Di mana sahaja mereka singgah, mereka akan meletakkan dan bertawaf mengelilinginya sebagaimana mereka mengelilingi Kaabah. Mereka berbuat demikian untuk mengambil keberkatan dengannya, juga tanda cinta dan rindu mereka kepada Tanah Haram. Amalan ini berterusan sehinggalah 'Amru bin Luhayy membawa masuk amalan menyembah berhala kepada mereka (ahli sejarah mengatakan kejadian ini berlaku 500 tahun sebelum perutusan Nabi). Dia merupakan orang pertama yang mengubah agama Ismail a.s..

       Asal-usulnya adalah seperti berikut: Dia merupakan penjaga pintu Kaabah selepas pengusiran Jurhum dari Makkah dan kawasan sekitarnya. Tak lama selepas itu, dia ditimpa sakit yang teruk. Dia diberitahu: "Di Balqa', Syam terdapat sebuah mata air panas (sekarang ini, tempat itu dikenali sebagai al-Hammah), jika kamu ke sana, kamu akan sembuh." Lalu dia ke sana dan mandi di situ. Dia kemudiannya sembuh. Dia mendapati penduduk di situ menyembah berhala, lantas bertanya: "Apa ini?" Mereka menjawab: "Kami meminta hujan turun dan kemenangan menewaskan musuh dengan patung-patung ini." Lantas, dia meminta mereka memberikan sebahagian patung tersebut kepadanya. Mereka memberikan kepadanya. Kemudian dia membawa patung itu ke Makkah dan menegakkannya di sekeliling Kaabah. Selepas itu. penyembahan berhala tersebar luas di semenanjung tanah Arab, hinggakan setiap penghuni rumah di Makkah mempunyai sebuah berhala yang mereka sembah di rumah.
      
       Apabila mereka mahu bermusafir, perkara terakhir yang diperlakukan di rumahnya ialah mengusap-usap berhala tersebut. Apabila pulang daripada musafir, perkara pertama yang dilakukan setelah memasuki rumahnya ialah mengusap-usap berhala tersebut. Setelah itu, penyembahan berhala di kalangan Arab menjadi-jadi. Ada di antara mereka yang membina rumah berhala. Ada pula yang membina patung. Sesiapa yang tidak mampu membina patung mahupun rumah berhala, dia mendirikan seketul batu di Tanah Haram atau di mana-mana yang mereka rasa bagus untuk menempatkannya. Dia kemudiannya mengelilinginya sebagaimana dia mengelilingi Baitullah. Ketika musafir dan singgah di sesuatu tempat, seseorang itu akan mengutip empat ketul batu. Dia akan memilih batu manakah yang paling bagus, lalu menjadikannya sebagai tuhan. Tiga ketul batu lagi dijadikan sebagai batu alas periuk. Apabila berangkat, dia meninggalkannya. Apabila berhenti di perhentian yang lain, dia akan melakukan perbuatan yang sama.

(Sumber dari internet)

Kisah Khurafah / Khurafat

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah, Lagi Maha Mengasihani...

Aisyah meriwayatkan,

Maksudnya:

"Pada suatu malam, Rasullullah s.a.w, bercerita kepada isteri-isterinya baginda. Seorang dari mereka berkata, "Cerita itu hanyalah dongengan (khurafah).' Maka Rasullullah s.a.w bertanya, 'Tahukah kalian apa itu khurafah? Khurafah adalah seorang laki-laki dari suku Udzrah (suku terkenal di Yaman) yang ditawan oleh bangsa jin hingga dia tinggal bersama mereka dalam waktu lama. Kemudian para jin itu mengembalikannya ke dunia manusia sehingga dia menceritakan kepada orang - orang tentang keanehan - keanehan yang ia lihat di dunia jin. Maka orang-orang kemudian berkata, ' Itu hanya cerita Khurafah.'"

(Riwayat Tirmidzi dan Ahmad)

Thursday, May 13, 2010

Bukan sebarang remaja

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah, Lagi Maha Mengasihani...

Pengutusan Tentera Usamah bin Zaid r.a
       Usaha terakhir Rasulullah s.a.w. ialah mempersiapkan satu angkatan tentera ke Syam di bawah pimpinan Usamah bin Zaid bagi menyebar dan mempertahankan dakwah. la juga merupakan usaha menghalang serangan penceroboh dan tindakan proaktif untuk berhadapan dengan musuh yang menunggu-nunggu peluang menyerang negara Islam yang baru ditegakkan.

       Baginda memerintahkan beliau untuk menginjakkan kaki di sempadan al-Balqa' dan ad-Darum di bumi Palestin. Angkatan tentera tersebut terdiri daripada golongan Muhajirin, Ansor dan orang Islam yang tinggal di sekeliling Madinah. Tiada seorang pun yang terkecuali. Ketika angkatan tersebut berkumpul di Madinah bersedia untuk berangkat, Rasulullah s. a.w mula jatuh sakit; Sakit yang berakhir dengan kewafatan Baginda.

       Oleh itu, bala tentera tersebut menangguhkan perjalanan mereka kerana menunggu sehingga Rasul sembuh. Mereka juga ingin mendapat saranan dan petunjuk Baginda. Namun beberapa hari selepas itu Rasulullah s.a.w. wafat. Allah telah memilih Baginda untuk kembali ke pangkuan- Nya. Iaitu setelah Baginda menunaikan amanat, menyampaikan risalah dan mempersiapkan seluruh semenanjung tanah Arab untuk membawa panji-panji Islam. Mereka telah bersedia untuk menyebarkan peradaban dan ajarannya ke segenap ceruk bumi. Ketika itu tentera Islam juga telah mampu untuk memikul beban amanah yang membawa impak besar kepada sejarah. Baginda diwafatkan selepas tersedia anggota tentera yang layak untuk mengharungi siri pertempuran demi amanah tersebut. Para panglima berkaliber untuk memimpin peperangan dan tokoh-tokoh agung lagi soleh untuk menguruskan negara telah berjaya dilahirkan.

       Selawat dan salam Allah ke atas Rasul-Nya. Semoga Allah membalas Baginda dengan sebaik-baik balasan bagi pihak kita dan kemanusiaan. Jika bukan kerana Baginda dan tenteranya yang setia, jika bukan kerana tenteranya menunaikan amanah selepas Baginda, nescaya sekarang ini kita berada dalam kesesatan yang nyata.

       Allah telah memuliakan Rasul-Nya dengan kemuliaan yang tidak pernah diberikan kepada para Nabi sebelum Baginda. Usia Baginda dipanjangkan sehingga Baginda dapat menyaksikan hasil dakwah dan perjuangannya melitupi seluruh semenanjung tanah Arab. Dakwah Baginda membersihkan bumi Arab daripada berhala untuk selama-lamanya. Dakwah Baginda juga menjadikan mereka yang meruntuhkan berhala dengan tangan-tangan mereka sendiri merasa gembira dengan nikmat Allah yang telah menyelamat-kan mereka daripada kesesatan. Padahal merekalah yang menyembah, sujud dan memohon pendampingan dengan berhala tersebut. Baginda juga membentuk mereka agar bersedia menjelajah muka bumi membawa cahaya petunjuk yang dikurniakan Allah kepada mereka untuk manusia.

       Generasi yang menyembah dan mempertuhankan berhala. Hidup semasa jahiliah dalam keadaan alpa di samping memiliki keupayaan dan bakat yang tidak tersusun. Kemudian generasi inilah yang bertindak memecahkan berhala dan membangunkan negara Arab yang pertama dalam keseluruhan sejarah Arab. Negara yang ditegakkan tersebut berperanan memikul risalah, menggariskan objektif dan bertindak sebagai guru juga penyelamat kepada bangsa lain di sekelilingnya. Mereka merupakan peneroka yang bangga dengan petunjuk, cahaya dan kebaikan yang dibawa. Mereka bersimpati dengan kejahilan, kegelapan dan keruntuhan yang dialami oleh bangsa-bangsa lain. Sedangkan sebelum ini, Arab kagum dan mengagungkan bangsa-bangsa tersebut. Bahkan mereka tunduk kepada mereka dalam politik, pemikiran dan sosial. Ini merupakan peristiwa yang unik dalam sejarah dahulu mahupun moden. Pengutusan Usamah merupakan simbol kepada peristiwa tersebut dan hasil produk risalah yang bertuah lagi berkat ini.

       Selanjutnya, Rasulullah s.a.w. telah melantik Usamah bin Zaid memimpin angkatan tentera tersebut padahal beliau adalah seorang remaja berusia 20 tahun. Di bawah kepimpinannya terdapat tokoh veteran Muhajirin dan Ansor seperti Abu Bakar, Umar, Othman, Ali dan lain-lain tokoh yang terlebih dahulu memeluk Islam dan telah terbukti keperwiraan mereka. Mereka juga lebih tua dan berkedudukan berbanding Usamah. Tindakan Rasulullah ini mempamerkan salah satu sunnah Islam yang terpuji. la memansuhkan perbezaan antara manusia yang berdasarkan kemegahan, usia dan jasa. la juga mengutamakan keupayaan yang baik tanpa mengira usia dan kedudukannya. Seterusnya, sejarah telah mengesahkan bahawa ia tidak pernah melahirkan tokoh yang agung dan berkaliber seperti tokoh-tokoh agung ini. Namun mereka redha untuk berada di bawah kepimpinan Usamah yang muda belia. Ini menunjukkan sejauh mana tahap penga-suhan jiwa dan akhlak yang telah mereka capai, hasil daripada usaha, petunjuk, didikan dan tunjuk ajar Rasulullah s.a.w.

       Melantik Usamah menjadi ketua kepada tokoh-tokoh seperti Abu Bakar, Umar, Othman dan Ali merupakan peristiwa besar yang tak pernah dialami oleh mana-mana bangsa. Ia merupakan sejarah pertama yang menunjukkan kewajipan membuka ruang kepada keupayaan dan kepintaran para remaja, juga kewajipan membenarkan mereka memimpin urusan-urusan jika mereka berkelayakan. Sekiranya orang Islam selepas itu sentiasa mengingati pengajaran besar ini, nescaya bencana dan mala petaka akan lenyap daripada sejarah Islam. Begitu juga keributan dan fitnah yang mengganggu gugat tiang negara Islam dan melemahkan kekuatannya akan hilang.

       Alangkah bijaknya tindakan Rasulullah yang disokong oleh wahyu langit. Baginda juga dikurniakan kebijaksanaan, pendapat yang tepat, pandangan yang jauh dan kemampuan politik yang hebat. Keistimewaan ini tidak diberikan kepada para nabi sebelum Baginda. la juga tidak diketahui terdapat pada mana-mana tokoh besar sejarah sebelum dan selepas Baginda. Semoga Allah meredhai Usamah yang masih muda belia. Tahniah kepada beliau kerana mendapat kepercayaan Rasulullah berkenaan keupayaannya untuk memimpin, kejujuran azamnya dan keislamannyayang baik. Tahniah sekali lagi kepada beliau kerana telah dijadikan Baginda sebagai contoh teladan kepada remaja-remaja kita yang beriman lagi beramal.

(Sumber dari internet)

Selembah Unta, Lembu & Kambing

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah, Lagi Maha Mengasihani...

Dari Abu Hurairah r.a. bahwasanya ia mendengar Nabi s.a.w. bersabda:

"Sesungguhnya ada tiga orang dari kaum Bani Israil, yaitu orang supak - yakni belang belang kulitnya, orang botak dan orang buta.

Allah hendak menguji mereka itu, kemudian mengutus seorang malaikat kepada mereka. Ia mendatangi orang supak lalu berkata: "Keadaan yang bagaimanakah yang amat tercinta bagimu?"

 Orang supak berkata: "Warna yang baik dan kulit yang bagus, juga lenyaplah kiranya penyakit yang menyebabkan orang orang merasa jijik padaku ini."

Malaikat itu lalu mengusapnya dan lenyaplah kotoran kotoran itu dari tubuhnya dan dikaruniai -oleh Allah Ta'ala - warna yang baik dan kulit yang bagus.

Malaikat itu berkata pula: "Harta macam apakah yang amat tercinta bagimu?"

Orang itu menjawab: "Unta." Atau katanya: "Lembu," yang merawikan Hadis ini sangsi - apakah unta ataukah lembu. Ia lalu dikaruniai unta yang bunting, kemudian malaikat berkata:

"Semoga Allah memberi keberkahan untukmu dalam unta ini."

Malaikat itu seterusnya mendatangi orang botak, kemudian berkata: "Keadaan yang bagaimanakah yang amat tercinta bagimu?"

Orang botak berkata: "Rambut yang bagus dan lenyaplah kiranya apa-apa yang menyebabkan orang-orang merasa jijik padaku ini."

Malaikat itu lalu mengusapnya dan lenyaplah botak itu dari kepalanya dan ia dikarunia rambut yang bagus.

Malaikat berkata pula: "Harta macam apakah yang amat tercinta bagimu?"

Ia berkata: "Lembu." lapun lalu dikarunia lembu yang bunting dan malaikat itu berkata:

"Semoga Allah memberikan keberkahan untukmu dalam lembu ini."

Akhirnya malaikat itu mendatangi orang buta lalu berkata: "Keadaan bagaimanakah yang amat tercinta bagimu?"

Orang buta menjawab: "Yaitu hendaknya Allah mengembalikan penglihatanku padaku sehingga aku dapat melihat semua orang."

Malaikat lalu mengusapnya dan Allah mengembalikan lagi penglihatan padanya.

Malaikat berkata pula: "Harta macam apakah yang amat tercinta bagimu?"

Ia menjawab: "Kambing." lapun dikarunia kambing yang bunting - hampir beranak.

Yang dua ini - unta dan lembu melahirkan anak-anaknya dan yang ini - kambing - juga melahirkan anaknya.

Kemudian yang seorang - yang supak - mempunyai selembah penuh unta dan yang satunya lagi - yang botak - mempunyai selembah lembu dan yang lainnya lagi - yang buta - mempunyai selembah kambing.

Malaikat itu lalu mendatangi lagi orang - yang asalnya - supak dalam rupa seperti orang supak itu dahulu keadannya - yakni berpakaian serba buruk - dan berkata: "Saya adalah orang miskin, sudah terputus semua sebab-sebab untuk dapat memperoleh rezeki bagiku dalam bepergianku ini. Maka tidak ada yang dapat menyampaikan maksudku pada hari ini kecuali Allah kemudian dengan pertolonganmu pula. Saya meminta padamu dengan atas nama Allah yang telah mengaruniakan padamu warna yang baik dan kulit yang bagus dan pula harta yang banyak, sudi kiranya engkau menyampaikan maksudku dalam bepergianku ini - untuk sekedar bekal perjalanannya."

Orang supak itu menjawab: "Keperluan-keperluanku masih banyak sekali." Jadi enggan memberikan sedekah padanya.

Malaikat itu berkata lagi: "Seolah-olah saya pernah mengenalmu. Bukankah engkau dahulu seorang yang berpenyakit supak yang dijijiki oleh seluruh manusia, bukankah engkau dulu seorang fakir, kemudian Allah mengaruniakan harta padamu?"

Orang supak dahulu itu menjawab: "Semua harta ini saya mewarisi dari nenek-moyangku dulu dan merekapun dari nenek-moyangnya pula."

Malaikat berkata pula: "Jikalau engkau berdusta dalam pendakwaanmu - uraianmu yang menyebutkan bahwa harta itu adalah berasal dari warisan, maka Allah pasti akan menjadikan engkau kembali seperti keadaanmu semula.

Malaikat itu selanjutnya mendatangi orang - yang asalnya -botak, dalam rupa - seperti orang botak dulu - dan keadaannya -yang hina dina, kemudian berkata kepadanya sebagaimana yang dikatakan kepada orang supak dan orang botak itu menolak permintaannya seperti halnya orang supak itu pula. Akhirnya malaikat itu berkata: "Jikalau engkau berdusta, maka Allah pasti akan menjadikan engkau kembali sebagaimana keadaanmu semula."

Seterusnya malaikat itu mendatangi orang - yang asalnya - buta dalam rupanya - seperti orang buta itu dahulu - serta keadaannya - yang menyedihkan, kemudian ia berkata: "Saya adalah orang miskin dan anak jalan - maksudnya sedang bepergian dan kehabisan bekal, sudah terputus semua sebab-sebab untuk dapat memperoleh rezeki bagiku dalam bepergianku ini, maka tidak ada yang dapat menyampaikan maksudku pada hari ini, kecuali Allah kemudian dengan pertolonganmu pula. Saya meminta padamu dengan atas nama Allah yang mengembalikan penglihatan untukmu yaitu seekor kambing yang dapat saya gunakan untuk menyampaikan tujuanku dalam bepergian ini."

Orang buta dahulu itu berkata: "Saya dahulu pernah menjadi orang buta, kemudian Allah mengembalikan penglihatan padaku. Maka oleh sebab itu ambillah mana saja yang engkau inginkan dan tinggalkanlah mana saja yang engkau inginkan. Demi Allah saya tidak akan membuat kesukaran padamu - karena tidak meluluskan permintaanmu -pada hari ini dengan sesuatu yang engkau ambil karena mengharapkan keridhaan Allah 'Azzawajalla."

Malaikat itu lalu berkata: "Tahanlah hartamu - artinya tidak diambil sedikitpun, sebab sebenarnya engkau semua ini telah diuji, kemudian Allah telah meridhai dirimu dan memurkai pada dua orang sahabatmu - yakni si supak dan si botak."  (Muttafaq alaih)

Tuesday, May 11, 2010

Dengan nama Allah, Tuhan anak ini

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah, Lagi Maha Mengasihani...

Dari Shuhaib r.a. bahwasanya Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Dahulu ada seorang raja dari golongan ummat yang sebelum engkau semua, ia mempunyai seorang ahli sihir. Setelah penyihir itu tua, ia berkata kepada raja:

"Sesungguhnya saya ini telah tua, maka itu kirimkanlah padaku seorang anak yang akan saya beri pelajaran ilmu sihir."

Kemudian raja itu mengirimkan padanya seorang anak untuk diajarinya. Anak ini di tengah perjalanannya apabila seseorang rahib -pendeta Nasrani - berjalan di situ, iapun duduklah padanya dan mendengarkan ucapan-ucapannya. Apabila ia telah datang di tempat penyihir - yakni dari pelajarannya, iapun melalui tempat rahib tadi dan terus duduk di situ - untuk mendengarkan ajaran-ajaran Tuhan yang disampaikan olehnya. Selanjutnya apabila datang di tempat penyihir, iapun dipukul olehnya - kerana kelambatan datangnya. Hal yang sedemikian itu diadukan oleh anak itu kepada rahib, lalu rahib berkata:

"Jikalau engkau takut pada penyihir itu, katakanlah bahwa engkau ditahan oleh keluargamu dan jikalau engkau takut pada keluargamu, maka katakanlah bahwa engkau ditahan oleh penyihir."


Pada suatu ketika di waktu ia dalam keadaan yang sedemikian itu, lalu tibalah ia di suatu tempat dan di situ ada seekor binatang yang besar dan menghalang-halangi orang banyak - untuk berlalu di jalanan itu. Anak itu lalu berkata:

"Pada hari ini saya akan mengetahui, apakah penyihir itu yang lebih baik ataukah pendeta itu yang lebih baik?"

Iapun lalu mengambil sebuah batu kemudian berkata:

"Ya Allah, apabila perkara pendeta itu lebih dicintai di sisiMu daripada perkara penyihir, maka bunuhlah binatang ini sehingga orang orang banyak dapat berlalu."

Selanjutnya binatang itu dilemparnya dengan batu tadi, kemudian dibunuhnya dan orang-orang pun berlalulah. Ia lalu mendatangi rahib dan memberitahukan hal tersebut. Rahib itupun berkata:

"Hai anakku, engkau sekarang adalah lebih mulia daripadaku sendiri. Keadaanmu sudah sampai di suatu tingkat yang saya sendiri dapat memakluminya.Sesungguhnya engkau akan terkena cobaan, maka jikalau engkau terkena cobaan itu, janganlah menunjuk kepadaku."

Anak itu lalu dapat menyembuhkan orang buta dan berpenyakit lepra serta dapat mengobati orang banyak dari segala macam penyakit. Hal itu didengar oleh kawan seduduk - yakni sahabat karib - raja yang telah menjadi buta. Ia datang pada anak itu dengan membawa beberapa hadiah yang banyak jumlahnya, kemudian berkata:

"Apa saja yang ada di sisimu ini adalah menjadi milikmu, apabila engkau dapat menyembuhkan aku."

Anak itu berkata:

"Sesungguhnya saya tidak dapat menyembuhkan siapapun, hanyasanya Allah Ta'ala yang dapat menyembuhkannya. Maka jikalau Tuan suka beriman kepada Allah Ta'ala, saya akan berdoa kepada Allah, semoga Dia suka menyembuhkan Tuan".

Kawan raja itu lalu beriman kepada Allah Ta'ala, kemudian Allah menyembuhkannya. Ia lalu mendatangi raja terus duduk di dekatnya sebagaimana duduknya yang sudah-sudah.

Raja kemudian bertanya:

"Siapakah yang mengembalikan penglihatanmu itu?" Maksudnya: Siapakah yang menyembuhkan butamu itu?

Kawannya itu menjawab: "Tuhanku."

Raja bertanya: "Adakah engkau mempunyai Tuhan lain lagi selain dari diriku?"

Ia menjawab: "Tuhanku dan Tuhanmu adalah Allah."

Kawannya itu lalu ditindak oleh raja tadi dan terus-menerus diberikan siksaan padanya, sehingga kawannya itu menunjuk kepada anak yang menyebabkan kesembuhannya. Anak itupun didatangkan. Raja berkata padanya:

"Hai anakku, kiranya sihirmu sudah sampai ke tingkat dapat menyembuhkan orang buta dan yang berpenyakit lepra dan engkau dapat melakukan ini dan dapat pula melakukan itu."


Anak itu berkata: "Sesungguhnya saya tidak dapat menyembuhkan seseorangpun, hanyasanya Allah Ta'ala jualah yang menyembuhkannya."

Anak itupun ditindaknya, dan terus-menerus diberikan siksaan padanya, sehingga ia menunjuk kepada pendeta.


Pendetapun didatangkan, kemudian kepadanya dikatakan: "Kembalilah dari agamamu!" Maksudnya supaya meninggalkan agama Nasrani dan beralih menyembah raja dan patung patung.


Pendeta itu enggan mengikuti perintahnya. Raja meminta supaya diberi gergaji, kemudian diletakkanlah gergaji itu di tengah kepalanya. Kepala itu dibelahnya sehingga jatuhlah kedua belahan kepala tersebut. Selanjutnya didatangkan pula kawan seduduk raja dahulu itu, lalu kepadanya dikatakan:

"Kembalilah dari agamamu itu!" Iapun enggan menuruti perintahnya. Kemudian diletakkan pulalah gergaji itu di tengah kepalanya lalu dibelahnya, sehingga jatuhlah kedua belahannya itu. Seterusnya didatangkan pulalah anak itu. Kepadanya dikatakan:

"Kembalilah dari agamamu." lapun menolak ajakannya.


Kemudian anak itu diberikan kepada sekeIompok sahabatnya lalu berkata:

"Pergilah membawa anak ini ke gunung ini atau itu, naiklah dengannya ke gunung itu. Jikalau engkau semua telah sampai di puncaknya, maka apabila anak ini kembali dari agamanya, bolehlah engkau lepaskan, tetapi jika tidak, maka lemparkanlah ia dari atas gunung itu." Sahabat sahabatnya itu pergi membawanya, kemudian menaiki gunung, lalu anak itu berkata:

"Ya Allah, lepaskanlah hamba dari orang-orang ini dengan kehendakMu."

Kemudian gunung itupun bergerak keras dan orang-orang itu jatuhlah semuanya. Anak itu lalu berjalan menuju ke tempat raja. Raja berkata:

"Apa yang dilakukan oleh kawan-kawanmu?" Ia menjawab:


"Allah Ta'ala telah melepaskan aku dari tindakan mereka".

Anak tersebut terus diberikan kepada sekelompok sahabat-sahabatnya yang lain lagi dan berkata:

"Pergilah dengan membawa anak ini daiam sebuah tongkang dan berlayarlah sampai di tengah lautan. Jikalau ia kembali dari agamanya - maka lepaskanlah ia, tetapi jika tidak, maka lemparkanlah ke lautan itu."

Orang-orang bersama-sama pergi membawanya, lalu anak itu berkata:

"Ya Allah, lepaskanlah hamba dari orang-orang ini dengan kehendakMu."

Tiba-tiba tongkang itu terbalik, maka tenggelamlah semuanya. Anak itu sekali lagi berjalan ke tempat raja. Rajapun berkatalah:

"Apakah yang dikerjakan oleh kawan-kawanmu?"

Ia menjawab: "Allah Ta'ala telah melepaskan aku dari tindakan mereka."

Selanjutnya ia berkata pula pada raja:

"Tuan tidak dapat membunuh saya, sehingga Tuan suka melakukan apa yang kuperintahkan."

Raja bertanya: "Apakah itu?" Ia menjawab:

"Tuan kumpulkan semua orang di lapangan menjadi satu dan Tuan salibkan saya di batang pohon, kemudian ambillah sebatang anak panah dari tempat panahku ini, lalu letakkanlah anak panah itu pada busurnya, lalu ucapkanlah:


"Dengan nama Allah, Tuhan anak ini," terus lemparkanlah anak panah itu. Sesungguhnya apabila Tuan mengerjakan semua itu, tentu Tuan dapat membunuhku."


Raja mengumpulkan semua orang di suatu padang luas. Anak itu disalibkan pada sebatang pohon, kemudian mengambil sebuah anak panah dari tempat panahnya, lalu meletakkan anak panah di busur, terus mengucapkan:

"Dengan nama Allah, Tuhan anak ini."

Anak panah dilemparkan dan jatuhlah anak panah itu pada pelipis anak tersebut. Anak itu meletakkan tangannya di pelipisnya, kemudian meninggal dunia.


Orang-orang yang berkumpul itu sama berkata: "Kita semua beriman kepada Tuhannya anak ini."

Raja didatangi dan kepadanya dikatakan: "Adakah Tuan mengetahui apa yang selama ini Tuan takutkan? Benar-benar, demi Allah, apa yang Tuan takutkan itu telah tiba - yakni tentang keimanan seluruh rakyatnya. Orang-orang semuanya telah beriman."


Raja memerintahkan supaya orang-orang itu digiring di celah-celah bumi - yang bertebing dua kanan-kiri - yaitu di pintu lorong jalan. Celah-celah itu dibelahkan dan dinyalakan api di situ, Ia berkata:

"Barangsiapa yang tidak kembali dari agamanya, maka lemparkanlah ke dalam celah-celah itu," atau dikatakan: "Supaya melemparkan dirinya sendiri ke dalamnya."

Orang banyak melakukan yang sedemikian itu - sebab tidak ingin kembali menjadi kafir dan musyrik lagi, sehingga ada seorang wanita yang datang dengan membawa bayinya. Wanita ini agaknya ketakutan hendak menceburkan diri ke dalamnya. Bayinya itu lalu berkata:

"Hai ibunda, bersabarlah, kerana sesungguhnya ibu adalah menetapi atas kebenaran." (Riwayat Muslim)

Dzirwatul jabal artinya puncaknya gunung. Ini boleh dibaca dengan kasrahnya dzal mu'jamah atau dhammahnya. Alqurquur dengan didhammahkannya kedua qafnya, adalah suatu macam dari golongan perahu. Ashsha'id di sini artinya bumi yang menonjol (bukit).


Alukhduud ialah beberapa belahan di bumi seperti sungai kecil. Adhrama artinya menyalakan. Inkafa-at artinya berubah. Taqaa-'asat, artinya terhenti atau tidak berani maju dan pula merasa ketakutan.

Tawasul


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah, Lagi Maha Mengasihani...

Dari Abu Abdur Rahman, yaitu Abdullah bin Umar bin al-Khaththab radhiallahu 'anhuma, katanya: Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Ada tiga orang dari golongan orang-orang sebelummu sama berangkat bepergian, sehingga terpaksalah untuk menempati sebuah gua guna bermalam, kemudian merekapun memasukinya. Tiba-tiba jatuhlah sebuah batu besar dari gunung lalu menutup gua itu atas mereka. Mereka berkata bahwasanya tidak ada yang dapat menyelamatkan engkau semua dari batu besar ini melainkan jikalau engkau semua berdoa kepada Allah Ta'ala dengan menyebutkan perbuatanmu yang baik-baik.

Seorang dari mereka itu berkata: "Ya Allah. Saya mempunyai dua orang tua yang sudah tua-tua serta lanjut usianya dan saya tidak pernah memberi minum kepada siapapun sebelum keduanya itu, baik kepada keluarga ataupun hamba sahaya.

Kemudian pada suatu hari amat jauhlah saya mencari kayu - yang dimaksud daun-daunan untuk makanan ternak. Saya belum lagi pulang pada kedua orang tua itu sampai mereka tertidur. Selanjutnya sayapun terus memerah minuman untuk keduanya itu dan keduanya saya temui telah tidur. Saya enggan untuk membangunkan mereka ataupun memberikan minuman kepada seseorang sebelum keduanya, baik pada keluarga atau hamba sahaya. Seterusnya saya tetap dalam keadaan menantikan bangun mereka itu terus-menerus dan gelas itu tetap pula di tangan saya, sehingga fajarpun menyingsinglah, Anak-anak kecil sama menangis kerana kelaparan dan mereka ini ada di dekat kedua kaki saya. Selanjutnya setelah keduanya bangun lalu mereka minum minumannya. Ya Allah, jikalau saya mengerjakan yang sedemikian itu dengan niat benar-benar mengharapkan keridhaanMu, maka lapanglah kesukaran yang sedang kita hadapi dari batu besar yang menutup ini."

Batu besar itu tiba tiba membuka sedikit, tetapi mereka belum lagi dapat keluar dari gua.

Yang lain berkata: "Ya Allah, sesungguhnya saya mempunyai seorang anak paman wanita - jadi sepupu wanita - yang merupakan orang yang tercinta bagiku dari sekalian manusia - dalam sebuah riwayat disebutkan: Saya mencintainya sebagai kecintaan orang orang lelaki yang amat sangat kepada wanita - kemudian saya menginginkan dirinya, tetapi ia menolak kehendakku itu, sehingga pada suatu tahun ia memperoleh kesukaran. lapun mendatangi tempatku, lalu saya memberikan seratus dua puluh dinar padanya dengan syarat ia suka menyendiri antara tubuhnya dan antara tubuhku -maksudnya suka dikumpuli dalam seketiduran. Ia berjanji sedemikian itu. Setelah saya dapat menguasai dirinya - dalam sebuah riwayat lain disebutkan: Setelah saya dapat duduk di antara kedua kakinya - sepupuku itu lalu berkata: "Takutlah engkau pada Allah dan jangan membuka cincin - maksudnya cincin di sini adalah kemaluan, maka maksudnya ialah jangan melenyapkan kegadisanku ini - melainkan dengan haknya - yakni dengan perkawinan yang sah -, lalu sayapun meninggalkannya, sedangkan ia adalah yang amat tercinta bagiku dari seluruh manusia dan emas yang saya berikan itu saya biarkan dimilikinya. Ya Allah, jikalau saya mengerjakan yang sedemikian dengan niat untuk mengharapkan keridhaanMu, maka lapangkanlah kesukaran yang sedang kita hadapi ini."

Batu besar itu kemudian membuka lagi, hanya saja mereka masih juga belum dapat keluar dari dalamnya.

Orang yang ketiga lalu berkata: "Ya Allah, saya mengupah beberapa kaum buruh dan semuanya telah kuberikan upahnya masing-masing, kecuali seorang lelaki. Ia meninggalkan upahnya dan terus pergi. Upahnya itu saya perkembangkan sehingga ber-tambah banyaklah hartanya tadi. Sesudah beberapa waktu, pada suatu hari ia mendatangi saya, kemudian berkata: Hai hamba Allah, tunaikanlah sekarang upahku yang dulu itu. Saya berkata: Semua yang engkau lihat ini adalah berasal dari hasil upahmu itu, baik yang berupa unta, lembu dan kambing dan juga hamba sahaya. Ia berkata: Hai hamba Allah, janganlah engkau memperolok-olokkan aku. Saya menjawab: Saya tidak memperolok-olokkan engkau. Kemudian orang itupun mengambil segala yang dimilikinya. Semua digiring dan tidak seekorpun yang ditinggalkan. Ya Allah, jikalau saya mengerjakan yang sedemikian ini dengan niat mengharapkan keridhaanMu, maka lapangkanlah kita dari kesukaran yang sedang kita hadapi ini."

Batu besar itu lalu membuka lagi dan merekapun keluar dari gua itu.

(Muttafaq 'alaih)

Keterangan:

Ada beberapa kandungan yang penting-penting dalam Hadis di atas, yaitu:

(a) Kita disunnahkan berdoa kepada Allah di kala kita sedang dalam keadaan yang sulit, misalnya mendapatkan malapetaka, kekurangan rezeki dalam kehidupan, sedang sakit dan lain-lain.


(b) Kita disunnahkan bertawassul dengan amal perbuatan kita sendiri yang shalih, agar kesulitan itu segera lenyap dan diganti dengan kelapangan oleh Allah Ta'ala.

Bertawassul artinya membuat perantaraan dengan amal shalih itu, agar permohonan kita dikabulkan olehNya. Bertawassul dengan cara seperti ini tidak ada seorang ulamapun yang tidak membolehkan. Jadi beliau-beliau itu sependapat tentang bolehnya.

Juga tidak diperselisihkan oleh para alim-ulama perihal bolehnya bertawassul dengan orang shalih yang masih hidup, sebagai-mana yang dilakukan oleh Sayidina Umar r.a. dengan bertawassul kepada Sayidina Abbas, agar hujan segera diturunkan.

Yang diperselisihkan ialah jikalau kita bertawassul dengan orang-orang shalih yang sudah wafat, maksudnya kita memohonkan sesuatu kepada Allah Ta'ala dengan perantaraan beliau-beliau yang sudah di dalam kubur agar ikut membantu memohonkan supaya doa kita dikabulkan. Sebagian alim-ulama ada yang membolehkan dan sebagian lagi tidak membolehkan.

Jadi bukan orang-orang shalih itu yang dimohoni, tetapi yang dimohoni tetap Allah Ta'ala jua, tetapi beliau-beliau dimohon untuk ikut membantu mendoakan saja. Kalau yang dimohoni itu orang-orang yang sudah mati, sekalipun bagaimana juga shalihnya, semua alim-ulama Islam sependapat bahwa perbuatan sedemikian itu haram hukumnya. Sebab hall itu termasuk syirik atau menyekutukan sesuatu dengan Allah Ta'ala yang Maha Kuasa Mengabulkan segala permohonan.

Namun demikian hal-hal seperti di atas hanya merupakan soal-soal furu'iyah (bukan akidah pokok), maka jangan hendaknya menyebabkan retaknya persatuan kita kaum Muslimin.

Segalanya Pada Niat

      
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah; Lagi Maha Mengasihani...

Dari Amirul mu'minin Abu Hafs yaitu Umar bin Al-khaththab bin Nufail bin Abdul 'Uzza bin Riah bin Abdullah bin Qurth bin Razah bin 'Adi bin Ka'ab bin Luai bin Ghalib al-Qurasyi al-'Adawi r.a. berkata: Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda :

"Hanyasanya semua amal perbuatan itu dengan disertai niat-niatnya dan hanyasanya bagi setiap orang itu apa yang telah menjadi niatnya. Maka barangsiapa yang hijrahnya itu kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya itupun kepada Allah dan RasulNya. Dan barangsiapa yang hijrahnya itu untuk harta dunia yang hendak diperolehinya, ataupun untuk seorang wanita yang hendak dikawininya, maka hijrahnyapun kepada sesuatu yang dimaksud dalam hijrahnya itu." (Muttafaq (disepakati) atas keshahihannya Hadis ini)
 
Saidina Umar bin Khaththab r.a. itu adalah seorang khalifah dari golongan Rasyidin yang pertama kali menggunakan sebutan Amirul mu'minin pemimpin sekalian kaum mu'minin. Beliau adalah khalifah kedua sepeninggal Rasulullah s.a.w. Panggilan Amirul mu'minin itu lalu dicontoh dan diteruskan oleh khalifah Usman dan Ali radhiallahu 'anhuma, juga oleh para khalifah Bani Umayyah, Bani Abbas dan selanjutnya. Jadi di zaman khalifah Abu Bakar sebutan di atas belum digunakan.
 
Adapun Abu Hafs itu adalah gelar kehormatan bagi Sayidina Umar r.a. Abu artinya bapak, sedang hafs artinya singa. Beliau r.a. memperoleh gelar Bapak Singa, sebab memang terkenal berani dalam segala hal, seperti dalam menghadapi musuh di medan perang, dalam menegakkan keadilan di antara seluruh rakyatnya dan tanpa pandang bulu dalam meneterapkan hukuman kepada siapapun. Ringkasnya yang salah pasti ditindak dengan keras, sedang yang teraniaya dibela dan dilindungi.


Sunday, May 9, 2010

100 bukannya 99


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah, Lagi Maha Mengasihani...

Dari Abu Said, yaitu Sa'ad bin Sinan al-Khudri r.a. bahwasanya Nabiullah s.a.w. bersabda:

"Ada seorang lelaki dari golongan ummat yang sebelummu telah membunuh Sembilan puluh sembilan manusia, kemudian ia menanyakan tentang orang yang teralim dari penduduk bumi, ialu ia ditunjukkan pada seorang pendeta. lapun mendatanginya dan selanjutnya berkata bahwa sesungguhnya ia telah membunuh sembilan puluh sembilan manusia, apakah masih diterima untuk bertaubat.

Pendeta itu menjawab: "Tidak dapat."

Kemudian pendeta itu dibunuhnya sekali dan dengan demikian ia telah menyempurnakan jumlah seratus dengan ditambah seorang lagi itu. Lalu ia bertanya lagi tentang orang yang teralim dari penduduk bumi, kemudian ditunjukkan pada seorang yang alim, selanjutnya ia mengatakan bahwa sesungguhnya ia telah membunuh seratus manusia, apakah masih diterima taubatnya.

Orang alim itu menjawab: "Ya, masih dapat. Siapa yang dapat menghalang-halangi antara dirinya dengan taubat itu. Pergilah engkau ke tanah begini-begini, sebab di situ ada beberapa kelompok manusia yang sama menyembah Allah Ta'ala, maka menyembahlah engkau kepada Allah itu bersama-sama dengan mereka dan janganlah engkau kembali ke tanahmu sendiri, sebab tanahmu adalah negeri yang buruk."

Orang itu terus pergi sehingga di waktu ia telah sampai separuh perjalanan, tiba-tiba ia didatangi oleh kematian.

Kemudian bertengkarlah untuk mempersoalkan diri orang tadi malaikat kerahmatan dan malaikat siksaan - yakni yang bertugas memberikan kerahmatan dan bertugas memberikan siksa, malaikat kerahmatan berkata:

"Orang ini telah datang untuk bertaubat sambil menghadapkan hatinya kepada Allah Ta'ala."

Malaikat siksaan berkata:

"Bahwasanya orang ini samasekali belum pernah melakukan kebaikan sedikitpun."

Selanjutnya ada seorang malaikat yang mendatangi mereka dalam bentuk seorang manusia, lalu ia dijadikan sebagai pemisah antara malaikat-malaikat yang berselisih tadi, yakni dijadikan hakim pemutusnya - untuk menetapkan mana yang benar. Ia berkata:

"Ukurlah olehmu semua antara dua tempat di bumi itu, ke mana ia lebih dekat letaknya, maka orang ini adalah untuknya - maksudnya jikalau lebih dekat ke arah bumi yang dituju untuk melaksanakan taubatnya, maka ia adalah milik malaikat kerahmatan dan jikalau lebih dekat dengan bumi asalnya maka ia adalah milik malaikat siksaan."

Malaikat-malaikat itu mengukur, kemudian didapatinya bahwa orang tersebut adalah lebih dekat kepada bumi yang dikehendaki -yakni yang dituju untuk melaksanakan taubatnya. Oleh sebab itu maka ia dijemputlah oleh malaikat kerahmatan." (Muttafaq 'alaih)

Dalam sebuah riwayat yang shahih disebutkan demikian: "Orang tersebut lebih dekat sejauh sejengkal saja pada pedesaan yang baik itu - yakni yang hendak didatangi, maka dijadikanlah ia termasuk golongan penduduknya."

Dalam riwayat lain yang shahih pula disebutkan: Allah Ta'ala lalu mewahyukan kepada tanah yang ini - tempat asalnya - supaya engkau menjauh dan kepada tanah yang ini - tempat yang hendak dituju - supaya engkau mendekat - maksudnya supaya tanah asalnya itu memanjang sehingga kalau diukur akan menjadi jauh, sedang tanah yang dituju itu menyusut sehingga kalau diukur menjadi dekat jaraknya. Kemudian firmanNya: "Ukurlah antara keduanya." Malaikat-malaikat itu mendapatkannya bahwa kepada yang ini –yang dituju - adalah lebih dekat sejauh sejengkal saja jaraknva. Maka orang itupun diampunilah dosa-dosanya."

Dalam riwayat lain lagi disebutkan: "Orang tersebut bergerak - amat susah payah kerana hendak mati - dengan dadanya ke arah tempat yang dituju itu."

Keterangan:

Uraian Hadis ini menjelaskan perihal lebih utamanya berilmu pengetahuan dalam selok-belok agama, apabila dibandingkan dengan terus beribadat tanpa mengetahui bagaimana yang semestinya dilakukan. Juga menjelaskan perihal keutamaan 'uzlah atau mengasingkan diri di saat keadaan zaman sudah boleh dikatakan rusak binasa dan kemaksiatan serta kemungkaran merajalela di mana-mana.

Saturday, May 8, 2010

3 Terhina Tercela

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah, Lagi Maha Mengasihani...

       Arab mempunyai tiga berhala terbesar yang diagung-agungkan. Mereka mengerjakan haji dan menyembelihkan korban untuknya.

       Berhala yang paling tua ialah "Manat". la dibina di pinggir pantai menghala ke arah al-Musyallal di Qadid yang terletak antara Madinah dan Makkah. Semua Arab mengagungkannya dan yang paling mengagungkannya ialah kaum Aus dan Khazraj.

       Apabila Rasulullah s.a.w. keluar untuk membuka Makkah pada tahun ke-8 hijrah, Baginda mengutuskan Ali r.a. ke tempat berhala tersebut. Ali telah meruntuhkannya, seterusnya mengambil barang-barang yang dipersembahkan kepada berhala itu, lalu membawanya kepada Nabi s.a.w.. Antara barang yang diambilnya ialah; dua bilah pedang yang dihadiahkan untuk berhala itu oleh al-Harith bin Abi Syamir al-Ghassani, raja Ghassan. Al-Harith merupakan raja yang membunuh Syuja' bin Wahb al-Asadi r.a., utusan Nabi s.a.w. kepadanya yang mengajak kepada Islam. Tiada utusan Nabi s.a.w. yang dibunuh selain Syuja'.

       Berhala kedua bernama "al-Lat". Ia terletak di Toif. Merupakan sebongkah batu empat segi. Quraisy dan semua Arab mengagungkannya. Selepas Nabi s.a.w. pulang ke Madinah daripada pembukaan Makkah, rombongan Thaqif datang menemui Baginda. Mereka meminta Baginda s.a.w. membiarkan al-Lat tidak diroboh selama tiga tahun. Namun Baginda enggan menerima permintaan mereka. Mereka terus memohon penangguhan daripada Baginda dengan mengurangkan tempohnya setahun demi setahun, tetapi Baginda tetap enggan. Sehinggalah mereka meminta penangguhan untuk tempoh sebulan sahaja, namun Baginda masih enggan menerimanya. Ibnu Hisyam berkata: (Berdasarkan penjelasan mereka), Mereka ingin pemusnahan berhala tersebut ditangguhkan agar mereka terselamat daripada tindak tanduk golongan yang bodoh, wanita dan anak-pinak mereka. Mereka juga meminta penangguhan sehingga seluruh penduduk Taif memeluk Islam agar pemusnahan al-Lat tidak menimbulkan kejutan kepada kaum mereka. Namun Rasulullah enggan menerima permo-honan itu. Baginda mengutuskan Abu Suffian bin Harb dan al-Mughirah bin Syu'bah agar meruntuhkannya. Apabila al- Mughirah mula memukul dengan cangkulnya, wanita-wanita Thaqif keluar menangis meratapkan al-Lat seraya bersyair:

       Hendaklah kamu menangis sungguh-sungguh untuk si pembela, (Lantaran) mereka yang keji telah menyerahkannya (untuk diruntuhkan), Mereka (yang keji) itu tidak pandai berlawan pedang (mempertahankannya).

       Maksudnya: Alangkah hibanya! Al-Lat sebelum ini menjadi pembela kami daripada musuh musuh dan menolak bala bencana, telah diserahkan oleh orang-orang yang keji untuk diruntuhkan. Orang-orang yang keji tersebut tidak memper-tahankannya mahupun bertarung pedang demi untuknya.

       Berhala ketiga bernama "al-'Uzza" ( Uzza adalah batang pohon kurma yang disembah oleh Bani Ghatfan. Mereka mendirikan di atasnya sebuah pondok. Uzza mempunyai penjaga. (Mu'jam Buldan).). Ia berada di sebelah kanan sesiapa yang bermusafir dari Makkah ke Iraq. Kaum Quraisy mengagungkannya. Apabila al-Quran turun mengutuk berhala itu juga berhala-berhala yang lain, Quraisy merasa amat marah. Ketika Abu Uhaihah iaitu Said bin al-'As bin Umaiyah bin 'Abd Syams bin 'Abd Manaf sakit nazak, Abu Lahab datang menziarahinya. Abu Lahab mendapatinya menangis, lantas bertanya: "Apakah yang menyebabkan kamu menangis wahai Abu Uhaihah? Adakah kamu menangis kerana kematian yang pasti?" Dia menjawab: "Tidak. Tetapi aku bimbang al-'Uzza tidak akan disembah lagi selepas (kematian) aku!" Abu Lahab berkata: "Demi Allah! Semasa hayatmu ia tidak disembah keranamu. Begitu juga selepas ketiadaanmu, penyembahannya tidak akan ditinggalkan kerana kematianmu." Lantas Abu Uhaihah berkata: "Sekarang, aku tahu bahawa aku mempunyai pengganti!" Kesungguhan Abu Uhaihah berpenat lelah menyembah berhala itu menakjubkan Abu Lahab

       Pada tahun pembukaan Makkah, Nabi s.a.w. memanggil Khalid bin al-Walid dan memerintahkannya untuk bertolak memusnahkan berhala tersebut. Apabila Khalid sampai kepada berhala itu, penjaganya, Dubayyah bin Harami asy-Syaibani berseru:

       Wahai Uzza lawanlah dengan keras, janganlah kamu mendustakan, Lemparkan kain selendang dan sinsingkan baju untuk melawan Khalid, Sekiranya kamu tidak membunuh Khalid pada hari ini, Kamu akan menanggung kehinaan segera dan membantunya mengalahkanmu.

       Lantas Khalid berkata: Wahai 'Uzza, keingkaran untuk kamu bukan keampunan, Aku lihat Allah telah menghinamu.

       Mereka mendakwa berhala itu berupa seorang wanita habsyi yang berambut kusut masai. Wanita itu meletakkan tangannya di atas bahunya dan berada dalam batang pokok yang ditebang oleh Khalid. Dia telah menentang Khalid dalam rupa bentuk sedemikian. Khalid memenggalnya mengakibatkan kepalanya terbelah. Rupa-rupanya wanita itu hitam seperti arang. Apabila Khalid memberitahu Rasulullah tentang perlaksanaan tugas tersebut, Baginda a.s. bersabda: "Itulah al-Uzza. Tiada lagi al-Uzza selepas ini bagi Arab. Ia tidak akan disembah lagi selepas hari ini". (Dalam Mu'jam al-Buldan menukilkan satu riwayat daripada Abu Soleh daripada Abdullah bin Abbas r.a., beliau berkata: Uzza merupakan syaitan betina yang mendiami antara tiga batang pokok di tengah-tengah kebun tamar. Apabila berlaku pembukaan Kota Makkah, Rasulullah s.a.w. telah mengutus Khalid bin al-Walid. sabdanya: "Pergilah kamu ke tengah-tengah kebun tamar dan kamu akan berjumpa dengan tiga batang pohon tamar. Tembanglah batang yang pertama." Lalu Khalia pergi dan menebang pohon yang pertama. Kemudian beliau kembali bertemu dengan Rasulullah, lalu Baginda bertanya: "Adakah kamu menjumpai sesuatu?" "Tidak"; jawab Khalid. "Tebang pohon yang kedua."; arah Baginda s.a.w.. Beliau pergi melaksanakan arahan tersebut dan kembali bertemu dengan Rasulullah. Baginda bertanya: "Adakah kamu menjumpai sesuatu?" "Tidak"; jawab Khalid "Tebang pohon yang ketiga."; arah Baginda s.a.w. lagi. Apabila beliau berhadapa-dengan pohon ketiga, keluar seekor syaitan betina berambut kusut masai dan meletakkan dua tangannya di atas bahu sambil menampakkan taringnya. Lalu Khalid memancung kepalanya)

Tahun Gajah

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah, Lagi Maha Mengasihani...

       Tahun Gajah (bahasa Arab: عام الفيل‎, `Âm al-Fîl) diperkirakan terjadi pada tahun 570 Masihi & 52 tahun sebelum Hijrah. Nama tahun ini diambil sempena peristiwa penyerangan Kota Makkah sebelum Islam oleh Tentera Bergajah Abrahah. Nabi Muhammad s.a.w. dilahirkan pada tahun ini.[1]


Wednesday, May 5, 2010

5


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah, Lagi Maha Mengasihani...

Hadis Jabir bin Abdullah Al-Ansariy r.a katanya:


Rasulullah s.a.w bersabda:

Aku diberi 5 perkara yang tidak pernah diberikan kepada seorang Nabi pun sebelumku.

1. Semua Nabi sebelumku hanya diutuskan khusus kepada kaumnya sahaja, sedangkan aku diutuskan kepada manusia yang berkulit merah dan hitam iaitu seluruh manusia.

2. Dihalalkan untukku harta rampasan perang, sedangkan ianya tidak pernah dihalalkan kepada seorang Nabi pun sebelumku.

3. Disediakan untukku bumi yang subur lagi suci sebagai tempat untuk sujud iaitu sembahyang. Maka sesiapa pun apabila tiba waktu sembahyang walau di mana saja dia berada hendaklah dia mendirikan sembahyang.

4. Aku juga diberikan pertolongan secara dapat menakutkan musuh dari jarak perjalanan selama satu bulan.

5. Aku juga diberikan hak untuk memberi syafaat


Nombor Hadis Dalam Sahih Muslim [Dalam Bahasa Arab sahaja]: 810

Tuesday, May 4, 2010

Adakah dia telah diutuskan?

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah, Lagi Maha Mengasihani...

Hadis Anas bin Malik r.a katanya:


Rasulullah s.a.w bersabda: Aku telah didatangi Buraq. Iaitu seekor binatang yang berwarna putih, lebih besar dari keldai tetapi lebih kecil dari baghal. Ia merendahkan tubuhnya sehinggalah perut buraq tersebut mencecah bumi.
 
Baginda bersabda lagi:
 
Tanpa membuang masa, aku terus menungganginya sehinggalah sampai ke Baitulmuqaddis.
 
Baginda bersabda lagi:
 
Aku mengikatnya pada tiang masjid sebagaimana yang biasa dilakukan oleh para Nabi.
 
Baginda bersabda lagi:
 
Sejurus kemudian aku masuk ke dalam masjid dan mendirikan sembahyang sebanyak dua rakaat. Setelah selesai aku terus keluar, secara tiba-tiba aku didatangi dengan semangkuk arak dan semangkuk susu oleh Jibril a.s. Aku memilih susu.
 
Lalu Jibril a.s berkata:
 
Engkau telah memilih fitrah.

Lalu Jibril a.s membawaku naik ke langit. Ketika Jibril a.s meminta agar dibukakan pintu, kedengaran suara bertanya:
 
Siapakah engkau?
 
Dijawabnya: Jibril.
 
Jibril a.s ditanya lagi:
 
Siapakah bersamamu?
 
Jibril a.s menjawab: Muhammad.
 
Jibril a.s ditanya lagi:
 
Adakah dia telah diutuskan?
 
Jibril a.s menjawab: Ya, dia telah diutuskan.
 
Lalu dibukakan pintu kepada kami. Ketika aku bertemu dengan Nabi Adam a.s, beliau menyambutku serta mendoakan aku dengan kebaikan.
 
Seterusnya aku dibawa naik ke langit kedua. Jibril a.s meminta supaya dibukakan pintu. Kedengaran suara bertanya lagi:
 
Siapakah engkau?
 
Dijawabnya: Jibril. Jibril a.s ditanya lagi:
 
Siapakah bersamamu?
 
Jibril a.s menjawab: Muhammad.
 
Jibril a.s ditanya lagi:
 
Adakah dia telah diutuskan?
 
Jibril a.s menjawab: Ya, dia telah diutuskan.
 
Pintu pun dibukakan kepada kami. Ketika aku bertemu dengan Isa bin Mariam dan Yahya bin Zakaria, mereka berdua menyambutku dan mendoakan aku dengan kebaikan.
 
Aku dibawa lagi naik langit ketiga. Jibril a.s meminta supaya dibukakan pintu. Kedengaran suara bertanya lagi:
 
Siapakah engkau?
 
Dijawabnya: Jibril.
 
Jibril a.s ditanya lagi:
 
Siapakah bersamamu?
 
Jibril a.s menjawab: Muhammad.
 
Jibril a.s ditanya lagi:
 
Adakah dia telah diutuskan?
 
Jibril a.s menjawab: Ya, dia telah diutuskan.
 
Pintu pun dibukakan kepada kami. Ketika aku bertemu dengan Nabi Yusuf a.s ternyata dia telah dikurniakan sebahagian dari keindahan. Dia terus menyambut aku dan mendoakan aku dengan kebaikan.
 
Aku dibawa lagi naik ke langit keempat.
 
Jibril a.s meminta supaya dibukakan pintu. Kedengaran suara bertanya lagi:
 
Siapakah engkau?
 
Dijawabnya: Jibril.
 
Jibril a.s ditanya lagi:
 
Siapakah bersamamu?
 
Jibril a.s menjawab: Muhammad.
 
Jibril a.s ditanya lagi:
 
Adakah dia telah diutuskan?
 
Jibril a.s menjawab: Ya, dia telah diutuskan.
 
Pintu pun dibukakan kepada kami. Ketika aku bertemu dengan Nabi Idris a.s dia terus menyambutku dan mendoakan aku dengan kebaikan.
 
Firman Allah s.w.t وَرَفَعْنَاهُ مَكَانًا عَلِيًّا Yang bermaksud: Dan kami telah mengangkat ke tempat yang tinggi darjatnya.
 
Aku dibawa lagi naik ke langit kelima. Jibril a.s meminta supaya dibukakan pintu. Kedengaran suara bertanya lagi:
 
Siapakah engkau?
 
Dijawabnya: Jibril.
 
Jibril a.s ditanya lagi:
 
Siapakah bersamamu?
 
Jibril a.s menjawab: Muhammad.
 
Jibril a.s ditanya lagi:
 
Adakah dia telah diutuskan?
 
Jibril a.s menjawab: Ya, dia telah diutuskan.
 
Pintu pun dibukakan kepada kami. Ketika aku bertemu dengan Nabi Harun a.s dia terus menyambutku dan mendoakan aku dengan kebaikan.
 
Aku dibawa lagi naik ke langit keenam. Jibril a.s meminta supaya dibukakan pintu. Kedengaran suara bertanya lagi:
 
Siapakah engkau?
 
Dijawabnya: Jibril.
 
Jibril a.s ditanya lagi:
 
Siapakah bersamamu?
 
Jibril a.s menjawab: Muhammad.
 
Jibril a.s ditanya lagi:
 
Adakah dia telah diutuskan?
 
Jibril a.s menjawab: Ya, dia telah diutuskan.
 
Pintu pun dibukakan kepada kami. Ketika aku bertemu dengan Nabi Musa a.s dia terus menyambutku dan mendoakan aku dengan kebaikan.
 
Aku dibawa lagi naik ke langit ketujuh. Jibril a.s meminta supaya dibukakan. Kedengaran suara bertanya lagi:
 
Siapakah engkau?
 
Dijawabnya: Jibril.
 
Jibril a.s ditanya lagi:
 
Siapakah bersamamu?
 
Jibril a.s menjawab: Muhammad.
 
Jibril a.s ditanya lagi:
 
Adakah dia telah diutuskan?
 
Jibril a.s menjawab: Ya, dia telah diutuskan.
 
Pintu pun dibukakan kepada kami. Ketika aku bertemu dengan Nabi Ibrahim a.s dia sedang berada dalam keadaan menyandar di Baitul Makmur. Keluasannya setiap hari memuatkan tujuh puluh ribu malaikat. Setelah keluar mereka tidak kembali lagi kepadanya.
 
Kemudian aku dibawa ke Sidratul Muntaha. Daun-daunnya besar umpama telinga gajah manakala buahnya pula sebesar tempayan.
 
Baginda bersabda: Ketika baginda merayau-rayau meninjau kejadian Allah s.w.t, baginda dapati kesemuanya aneh-aneh. Tidak seorang pun dari makhluk Allah yang mampu menggambarkan keindahannya.
 
Lalu Allah s.w.t memberikan wahyu kepada baginda dengan mewajibkan sembahyang lima puluh waktu sehari semalam.
 
Tatakala baginda turun dan bertemu Nabi Musa a.s, dia bertanya:
 
Apakah yang telah difardukan oleh Tuhanmu kepada umatmu?
 
Baginda bersabda:
 
Sembahyang lima puluh waktu.
 
Nabi Musa a.s berkata:
 
Kembalilah kepada Tuhanmu, mintalah keringanan kerana umatmu tidak akan mampu melaksanakannya. Aku pernah mencuba Bani Israel dan memberitahu mereka.
 
Baginda bersabda:
 
Baginda kemudiannya kembali kepada Tuhan dan berkata:
 
Wahai Tuhanku, berilah keringanan kepada umatku.
 
Lalu Allah s.w.t mengurangkan lima waktu sembahyang dari baginda.
 
Baginda kembali kepada Nabi Musa a.s dan berkata:
 
Allah telah mengurangkan lima waktu sembahyang dariku.
 
Nabi Musa a.s berkata:
 
Umatmu masih tidak mampu melaksanakannya. Kembalilah kepada Tuhanmu, mintalah keringanan lagi.
 
Baginda bersabda:
 
Baginda tak henti-henti berulang-alik antara Tuhan dan Nabi Musa a.s,
 
sehinggalah Allah s.w.t berfirman Yang bermaksud:
 
Wahai Muhammad! Sesungguhnya aku fardukan hanyalah lima waktu sehari semalam. Setiap sembahyang fardu diganjarkan dengan sepuluh ganjaran. Oleh yang demikian, bererti lima waktu sembahyang fardu sama dengan lima puluh sembahyang fardu. Begitu juga sesiapa yang berniat, untuk melakukan kebaikan tetapi tidak melakukanya, nescaya akan dicatat baginya satu kebaikan. Jika dia melaksanakannya, maka dicatat sepuluh kebaikan baginya.
 
Sebaliknya sesiapa yang berniat ingin melakukan kejahatan, tetapi tidak melakukannya, nescaya tidak sesuatu pun dicatat baginya. Seandainya dia melakukannya, maka dicatat sebagai satu kejahatan baginya.
 
Baginda turun hingga sampai kepada Nabi Musa a.s, lalu aku memberitahu kepadanya. Dia masih lagi berkata:
 
Kembalilah kepada Tuhanmu, mintalah keringanan.
 
Baginda menyahut:
 
Aku terlalu banyak berulang alik kepada Tuhan, sehingga menyebabkan aku malu kepada-Nya
 
Nombor Hadis Dalam Sahih Muslim [Dalam Bahasa Arab sahaja]: 234