Thursday, February 17, 2011

Program Maulidur Rasul 1432 H


Aturcara Penuh Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1432 H Anjuran Surau Al - Mustaqim Taman Jawi Indah pada 26 Februari 2011:

8.15 pagi - 9.15 pagi Perarakan bermula di Surau Al - Mustaqim

9.15 pagi - 10.00 pagi Rehat

10.00 pagi - 11.30 pagi Majlis Marhaban

11.30 pagi - 11.40 pagi - Majlis Penganugerahan Tokoh Maulidur Rasul 1432 H

11.40 pagi - 12.45 tengah hari Ceramah Ustaz Wan Nizam Bin Abdullah Sabil ' Muhammad SAW Teladan Releven Sepanjang Zaman'

12.45 tengah hari - Jamuan Makan

1.30 petang - Solat Zohor

2.30 petang - Majlis Tamat

Seluruh Muslimin dan Muslimat Dijemput Hadir

Monday, February 14, 2011

Tafsir Ayat 90 Surah Ali Imran

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah, Lagi Maha Mengasihani

Bahawasanya segala orang kafir dengan Isa kemudian daripada beriman mereka itu dengan Musa kemudian bertambah mereka itu kufur dengan Muhammad, maka tidak diterima taubat mereka itu apabila nyawa di gargarah, dan bermula mereka itu, mereka itulah orang yang sesat sekaliannya.

Ayat 90 Surah Ali Imran menyatakan orang Yahudi yang mulanya beriman kepada Nabi Musa as dan kitab Taurat menjadi kafir kerana mengengkari kenabian Nabi Isa as dan kitab Injil.

Kemudian bertambah kekafiran orang Yahudi apabila menolak kerasulan Nabi Muhammad saw dan kitab Al Quran.

Taubat mereka in tidak diterima sekiranya dilakukan ketika nyawa berada di gargarah. Gargarah bererti halkum. Pintu taubat akan tertutup apabila nyawa manusia berada di gargarah iaitu berada dalam keadaan tenat atau nazak disaat menjelangnya kematian.

Maka inilah permulaan orang-orang Yahudi menjadi orang-orang yang sesat kerana keengganan mereka menuruti jalan Allah.

Padahal berita mengenai kedatangan Nabi Isa as, kitab Injil, Nabi Muhammad saw dan kitab Al – Quran telah diceritakan di dalam kitab Taurat. Penolakkan kepercayaan orang Yahudi kepada Nabi Isa as, kitab Injil, Nabi Muhammad saw dan kitab Al – Quran secara langsung membawa erti penolakkan mereka kepada isi kandungan Kitab Taurat yang mereka imani sebelum itu. Disebabkan hal berkenaan mereka menjadi kafir sesudah dahulunya mereka beriman.

Sepatutnya orang Yahudi yang menjadi pengikut Nabi Musa as dan kitab Taurat, apabila datangnya Nabi Isa as dan kitab Injil hendaklah beriman kepada keduanya. Walaubagaimanapun mereka berdegil ingin berpegang kepada kitab Taurat walaupun kedatangan kitab Injil telah memansuhkan kitab Taurat. Selepas kedatangan Nabi Muhammad saw dan kitab Al –Quran Nur Karim, maka kitab Injil pula dimansuhkan.

Peristiwa ini menjelaskan penolakkan orang-orang Yahudi daripada beriman kepada Nabi Isa as, Nabi Muhammad saw, kitab Injil dan kitab Al Quran Nur Karim.

Sunday, February 6, 2011

Kuliah Tafsir Nurul Insan (ayat 90-97 Surah Ali Imran


Kuliah Ustaz Shamsuri b Ahmad (didengar melalui mp3) tafsiran ayat 90 - 97 Surah Ali Imran. Kitab Tafsir Nurul Insan Jilid 1 Muka surat 125.

Beberapa siri posting akan dibuat agar kita semua dapat mengambil pengajaran darinya.

Friday, February 4, 2011

Penerangan

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

Semua artikel di dalam blog ini diambil dari internet, buku-buku agama, ceramah agama, program bacaan kitab dsb. Semua dikumpulkan disini bagi bacaan semua terutamanya diri ini dalam menghayati dan menghidupkan tradisi ilmu serta meneladani suruhan Nabi Muhammad saw agar menyampaikan kepada manusia walaupun sepatah ayat dari Rasullullah saw.

Monday, June 14, 2010

AMALAN BULAN REJAB:

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah, Lagi Maha Mengasihani...
Berpuasa sunat.
Membaca Surah Al - Ikhlas 11 kali sehari atau lebih.
Membaca Al - Quran.
Banyakkan Doa dan Istighfar.
Puasa sehari - Mendapat keredhaan yang besar daripada Allah
Puasa 2 hari - Mendapat kemuliaan daripada Allah SWT
Puasa 3 hari – Diselamatkan oleh Allah dari bahaya dunia, seksa akhirat, penyakit gila dan fitnah syaitan dan dajal
Puasa 7 hari – Ditutup 7 pintu neraka
Puasa 8 hari – Dibuka7 pintu syurga,
Puasa 10 hari – Allah memakbulkan permintaannya
Puasa 15 hari - Allah akan menghapuskan dosa yang telah lalu dan menggantikan semua kejahatan dengan kebaikan
Tambahan hari puasa- menambahkan pahalanya
27 Rejab – Digalakkan membaca atau mendengar Peristiwa Israk dan Mikraj

Sunday, May 23, 2010

Berkongsilah


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah, Lagi Maha Mengasihani...

Dari Abu Huratrah r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda: "Makanan untuk dua orang itu dapat mencukupi tiga orang sedang makanan untuk tiga orang itu dapat mencukupi empat orang." (Muttafaq 'alaih)

Dari Jabir r.a., katanya: "Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: "Makanan untuk seorang itu dapat mencukupi dua orang dan makanan dua orang itu dapat mencukupi empat orang, sedang makanan empat orang itu dapat mencukupi delapan orang." (Riwayat Muslim)

Amalan Jahilliyah 2


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah, Lagi Maha Mengasihani...

"Bukanlah nabi Ibrahim itu seorang pemeluk agama Yahudi, dan bukanlah dia seorang pemeluk agama Kristian, tetapi dia seorang yang tetap di atas dasar Tauhid sebagai seorang Muslim (yang taat dan berserah bulat-bulat kepadaAllah), dan dia pula bukanlah dari orang-orang musyrik." (maksud Ali Imran: 67)

Baginda memerintahkan agar semua gambar-gambar tersebut dipadamkan. Perintah Baginda itu terus dilaksanakan.

Amalan Jahilliyah 1

Saturday, May 22, 2010

Pengkhianatan 'Amru bin Luhayy

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah, Lagi Maha Mengasihani...

       Nabi Ibrahim a.s. (bapa para nabi selepas nabi Nuh a.s.) merupakan antara mereka yang memerangi ajaran keber-halaan anutan kaumnya. Sehingga kaumnya cuba membakarnya sebagaimana yang diceritakan oleh al-Quran al-Karim. Apabila Baginda datang ke Makkah, Baginda meninggalkan anaknya, Ismail a.s. dan ibunya di situ. Setelah Ismail meningkat remaja, mereka berdua sama-sama membina Kabah untuk dijadikan rumah ibadat Allah dan destinasi haji kepada orang ramai. Anak-anak Ismail semakin ramai (mereka dikenali sebagai Arab Musta'ribah, sebagaimana yang dinamakan oleh ahli-ahli sejarah).
      
       (Dari zaman ke zaman) Mereka masih tidak mengenali ajaran menyembah berhala dan patung. Kemudian menjadi satu ibadat kepada sesiapa yang mengembara meninggalkan Makkah, membawa seketul batu daripada Tanah Haram sebagai memuliakannya dan tanda kerinduan kepada Makkah. Di mana sahaja mereka singgah, mereka akan meletakkan dan bertawaf mengelilinginya sebagaimana mereka mengelilingi Kaabah. Mereka berbuat demikian untuk mengambil keberkatan dengannya, juga tanda cinta dan rindu mereka kepada Tanah Haram. Amalan ini berterusan sehinggalah 'Amru bin Luhayy membawa masuk amalan menyembah berhala kepada mereka (ahli sejarah mengatakan kejadian ini berlaku 500 tahun sebelum perutusan Nabi). Dia merupakan orang pertama yang mengubah agama Ismail a.s..

       Asal-usulnya adalah seperti berikut: Dia merupakan penjaga pintu Kaabah selepas pengusiran Jurhum dari Makkah dan kawasan sekitarnya. Tak lama selepas itu, dia ditimpa sakit yang teruk. Dia diberitahu: "Di Balqa', Syam terdapat sebuah mata air panas (sekarang ini, tempat itu dikenali sebagai al-Hammah), jika kamu ke sana, kamu akan sembuh." Lalu dia ke sana dan mandi di situ. Dia kemudiannya sembuh. Dia mendapati penduduk di situ menyembah berhala, lantas bertanya: "Apa ini?" Mereka menjawab: "Kami meminta hujan turun dan kemenangan menewaskan musuh dengan patung-patung ini." Lantas, dia meminta mereka memberikan sebahagian patung tersebut kepadanya. Mereka memberikan kepadanya. Kemudian dia membawa patung itu ke Makkah dan menegakkannya di sekeliling Kaabah. Selepas itu. penyembahan berhala tersebar luas di semenanjung tanah Arab, hinggakan setiap penghuni rumah di Makkah mempunyai sebuah berhala yang mereka sembah di rumah.
      
       Apabila mereka mahu bermusafir, perkara terakhir yang diperlakukan di rumahnya ialah mengusap-usap berhala tersebut. Apabila pulang daripada musafir, perkara pertama yang dilakukan setelah memasuki rumahnya ialah mengusap-usap berhala tersebut. Setelah itu, penyembahan berhala di kalangan Arab menjadi-jadi. Ada di antara mereka yang membina rumah berhala. Ada pula yang membina patung. Sesiapa yang tidak mampu membina patung mahupun rumah berhala, dia mendirikan seketul batu di Tanah Haram atau di mana-mana yang mereka rasa bagus untuk menempatkannya. Dia kemudiannya mengelilinginya sebagaimana dia mengelilingi Baitullah. Ketika musafir dan singgah di sesuatu tempat, seseorang itu akan mengutip empat ketul batu. Dia akan memilih batu manakah yang paling bagus, lalu menjadikannya sebagai tuhan. Tiga ketul batu lagi dijadikan sebagai batu alas periuk. Apabila berangkat, dia meninggalkannya. Apabila berhenti di perhentian yang lain, dia akan melakukan perbuatan yang sama.

(Sumber dari internet)

Kisah Khurafah / Khurafat

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah, Lagi Maha Mengasihani...

Aisyah meriwayatkan,

Maksudnya:

"Pada suatu malam, Rasullullah s.a.w, bercerita kepada isteri-isterinya baginda. Seorang dari mereka berkata, "Cerita itu hanyalah dongengan (khurafah).' Maka Rasullullah s.a.w bertanya, 'Tahukah kalian apa itu khurafah? Khurafah adalah seorang laki-laki dari suku Udzrah (suku terkenal di Yaman) yang ditawan oleh bangsa jin hingga dia tinggal bersama mereka dalam waktu lama. Kemudian para jin itu mengembalikannya ke dunia manusia sehingga dia menceritakan kepada orang - orang tentang keanehan - keanehan yang ia lihat di dunia jin. Maka orang-orang kemudian berkata, ' Itu hanya cerita Khurafah.'"

(Riwayat Tirmidzi dan Ahmad)

Sunday, May 16, 2010

Pokok dan Tiupan Angin

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah. Lagi Maha Mengasihani...

Hadis Abu Hurairah r.a katanya:

Rasulullah s.a.w pernah bersabda: Perumpamaan orang mukmin seperti tanaman. Tidak henti-henti angin meniupnya dan orang mukmin sentiasa menerima cubaan. Sedangkan perumpamaan orang munafik seperti sepohon pokok yang kuat tidak boleh digoyangkan sehinggalah ia ditebang

Nombor Hadis Dalam Sahih Muslim [Dalam Bahasa Arab sahaja]: 5024

Pokok Sedekah

Azam Syahid

Allah Cemburu

2 Nikmat

Sunan Sittah

Thursday, May 13, 2010

Bukan sebarang remaja

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah, Lagi Maha Mengasihani...

Pengutusan Tentera Usamah bin Zaid r.a
       Usaha terakhir Rasulullah s.a.w. ialah mempersiapkan satu angkatan tentera ke Syam di bawah pimpinan Usamah bin Zaid bagi menyebar dan mempertahankan dakwah. la juga merupakan usaha menghalang serangan penceroboh dan tindakan proaktif untuk berhadapan dengan musuh yang menunggu-nunggu peluang menyerang negara Islam yang baru ditegakkan.

       Baginda memerintahkan beliau untuk menginjakkan kaki di sempadan al-Balqa' dan ad-Darum di bumi Palestin. Angkatan tentera tersebut terdiri daripada golongan Muhajirin, Ansor dan orang Islam yang tinggal di sekeliling Madinah. Tiada seorang pun yang terkecuali. Ketika angkatan tersebut berkumpul di Madinah bersedia untuk berangkat, Rasulullah s. a.w mula jatuh sakit; Sakit yang berakhir dengan kewafatan Baginda.

       Oleh itu, bala tentera tersebut menangguhkan perjalanan mereka kerana menunggu sehingga Rasul sembuh. Mereka juga ingin mendapat saranan dan petunjuk Baginda. Namun beberapa hari selepas itu Rasulullah s.a.w. wafat. Allah telah memilih Baginda untuk kembali ke pangkuan- Nya. Iaitu setelah Baginda menunaikan amanat, menyampaikan risalah dan mempersiapkan seluruh semenanjung tanah Arab untuk membawa panji-panji Islam. Mereka telah bersedia untuk menyebarkan peradaban dan ajarannya ke segenap ceruk bumi. Ketika itu tentera Islam juga telah mampu untuk memikul beban amanah yang membawa impak besar kepada sejarah. Baginda diwafatkan selepas tersedia anggota tentera yang layak untuk mengharungi siri pertempuran demi amanah tersebut. Para panglima berkaliber untuk memimpin peperangan dan tokoh-tokoh agung lagi soleh untuk menguruskan negara telah berjaya dilahirkan.

       Selawat dan salam Allah ke atas Rasul-Nya. Semoga Allah membalas Baginda dengan sebaik-baik balasan bagi pihak kita dan kemanusiaan. Jika bukan kerana Baginda dan tenteranya yang setia, jika bukan kerana tenteranya menunaikan amanah selepas Baginda, nescaya sekarang ini kita berada dalam kesesatan yang nyata.

       Allah telah memuliakan Rasul-Nya dengan kemuliaan yang tidak pernah diberikan kepada para Nabi sebelum Baginda. Usia Baginda dipanjangkan sehingga Baginda dapat menyaksikan hasil dakwah dan perjuangannya melitupi seluruh semenanjung tanah Arab. Dakwah Baginda membersihkan bumi Arab daripada berhala untuk selama-lamanya. Dakwah Baginda juga menjadikan mereka yang meruntuhkan berhala dengan tangan-tangan mereka sendiri merasa gembira dengan nikmat Allah yang telah menyelamat-kan mereka daripada kesesatan. Padahal merekalah yang menyembah, sujud dan memohon pendampingan dengan berhala tersebut. Baginda juga membentuk mereka agar bersedia menjelajah muka bumi membawa cahaya petunjuk yang dikurniakan Allah kepada mereka untuk manusia.

       Generasi yang menyembah dan mempertuhankan berhala. Hidup semasa jahiliah dalam keadaan alpa di samping memiliki keupayaan dan bakat yang tidak tersusun. Kemudian generasi inilah yang bertindak memecahkan berhala dan membangunkan negara Arab yang pertama dalam keseluruhan sejarah Arab. Negara yang ditegakkan tersebut berperanan memikul risalah, menggariskan objektif dan bertindak sebagai guru juga penyelamat kepada bangsa lain di sekelilingnya. Mereka merupakan peneroka yang bangga dengan petunjuk, cahaya dan kebaikan yang dibawa. Mereka bersimpati dengan kejahilan, kegelapan dan keruntuhan yang dialami oleh bangsa-bangsa lain. Sedangkan sebelum ini, Arab kagum dan mengagungkan bangsa-bangsa tersebut. Bahkan mereka tunduk kepada mereka dalam politik, pemikiran dan sosial. Ini merupakan peristiwa yang unik dalam sejarah dahulu mahupun moden. Pengutusan Usamah merupakan simbol kepada peristiwa tersebut dan hasil produk risalah yang bertuah lagi berkat ini.

       Selanjutnya, Rasulullah s.a.w. telah melantik Usamah bin Zaid memimpin angkatan tentera tersebut padahal beliau adalah seorang remaja berusia 20 tahun. Di bawah kepimpinannya terdapat tokoh veteran Muhajirin dan Ansor seperti Abu Bakar, Umar, Othman, Ali dan lain-lain tokoh yang terlebih dahulu memeluk Islam dan telah terbukti keperwiraan mereka. Mereka juga lebih tua dan berkedudukan berbanding Usamah. Tindakan Rasulullah ini mempamerkan salah satu sunnah Islam yang terpuji. la memansuhkan perbezaan antara manusia yang berdasarkan kemegahan, usia dan jasa. la juga mengutamakan keupayaan yang baik tanpa mengira usia dan kedudukannya. Seterusnya, sejarah telah mengesahkan bahawa ia tidak pernah melahirkan tokoh yang agung dan berkaliber seperti tokoh-tokoh agung ini. Namun mereka redha untuk berada di bawah kepimpinan Usamah yang muda belia. Ini menunjukkan sejauh mana tahap penga-suhan jiwa dan akhlak yang telah mereka capai, hasil daripada usaha, petunjuk, didikan dan tunjuk ajar Rasulullah s.a.w.

       Melantik Usamah menjadi ketua kepada tokoh-tokoh seperti Abu Bakar, Umar, Othman dan Ali merupakan peristiwa besar yang tak pernah dialami oleh mana-mana bangsa. Ia merupakan sejarah pertama yang menunjukkan kewajipan membuka ruang kepada keupayaan dan kepintaran para remaja, juga kewajipan membenarkan mereka memimpin urusan-urusan jika mereka berkelayakan. Sekiranya orang Islam selepas itu sentiasa mengingati pengajaran besar ini, nescaya bencana dan mala petaka akan lenyap daripada sejarah Islam. Begitu juga keributan dan fitnah yang mengganggu gugat tiang negara Islam dan melemahkan kekuatannya akan hilang.

       Alangkah bijaknya tindakan Rasulullah yang disokong oleh wahyu langit. Baginda juga dikurniakan kebijaksanaan, pendapat yang tepat, pandangan yang jauh dan kemampuan politik yang hebat. Keistimewaan ini tidak diberikan kepada para nabi sebelum Baginda. la juga tidak diketahui terdapat pada mana-mana tokoh besar sejarah sebelum dan selepas Baginda. Semoga Allah meredhai Usamah yang masih muda belia. Tahniah kepada beliau kerana mendapat kepercayaan Rasulullah berkenaan keupayaannya untuk memimpin, kejujuran azamnya dan keislamannyayang baik. Tahniah sekali lagi kepada beliau kerana telah dijadikan Baginda sebagai contoh teladan kepada remaja-remaja kita yang beriman lagi beramal.

(Sumber dari internet)

Wahai hamba-hambaKU


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah, Lagi Maha Mengasihani...

Dari Said bin Abdul Aziz dari Rabi'ah bin Yazid dari Abu Idris al- Khawlani dari Abu Zar, yaitu Jundub bin Junadah r.a. dari Nabi s.a.w., dalam sesuatu yang diriwayatkan dari Allah Tabaraka wa Ta'ala, bahwasanya Allah berfirman - ini adalah Hadis Qudsi:

"Hai hamba-hambaKu, sesungguhnya Aku mengharamkan pada diriku sendiri akan menganiaya dan menganiaya itu Kujadikan haram di antara engkau sekalian. Maka dari itu, janganlah engkau sekalian saling menganiaya.

Wahai hamba-hambaKu, engkau semua itu tersesat, kecuali orang yang Kuberi petunjuk. Maka itu mohonlah petunjuk padaKu, engkau semua tentu Kuberi petunjuk itu

Wahai hamba-hambaKu, engkau semua itu lapar, kecuali orang yang Kuberi makan. Maka mohonlah makan padaKu, engkau semua tentu Kuberi makanan itu.

Wahai hamba-hambaKu, engkau semua itu telanjang, kecuali orang yang Kuberi pakaian. Maka mohonlah pakaian padaKu, engkau semua tentu Kuberi pakaian itu.

Wahai hamba-hambaKu, sesungguhnya engkau semua itu berbuat kesalahan pada malam dan siang hari dan Aku inilah yang mengampunkan segala dosa. Maka mohon ampunlah padaKu, pasti engkau semua Kuampuni.

Wahai hamba-hambaKu, sesungguhnya engkau semua itu tidak dapat membahayakan Aku.
Maka andaikata dapat, tentu engkau semua akan membahayakan Aku.  Lagi pula engkau semua itu tidak dapat memberikan kemanfaatan padaKu. Maka andaikata dapat, tentu engkau semua akan memberikan kemanfaatan itu padaKu.

Wahai hamba-hambaKu, andaikata orang yang paling mula-mula - awal - hingga yang paling akhir, juga semua golongan manusia dan semua golongan jin, sama bersatu padu seperti hati seseorang yang paling taqwa dari antara engkau semua, hal itu tidak akan menambah keagungan sedikitpun pada kerajaanKu.

Wahai hamba-hambaKu, andaikata orang yang paling mula-mula - awal - hingga yang paling akhir, juga semua golongan manusia dan semua golongan jin, sama bersatu padu seperti hati seseorang yang paling curang dari antara engkau semua, hal itu tidak akan dapat mengurangi keagungan sedikitpun pada kerajaanKu.

Wahai hamba-hambaKu, andaikata orang yang paling mula-mula - awal - hingga yang paling akhir, juga semua golongan manusia dan semua golongan jin, sama berdiri di suatu tempat yang tinggi di atas bumi, lalu tiap seseorang meminta sesuatu padaKu dan tiap-tiap satu Kuberi menurut permintaannya masing-masing, hal itu tidak akan mengurangi apa yang menjadi milikKu, melainkan hanya seperti jarum bila dimasukkan ke dalam laut - jadi berkurangnya hanyalah seperti air yang melekat pada jarum tadi.

Wahai hamba-hambaKu, hanyasanya semua itu adalah amalan-amalanmu sendiri. Aku menghitungnya bagimu lalu Aku memberikan balasannya. Maka barangsiapa mendapatkan kebaikan, hendaklah ia memuji kepada Allah dan barangsiapa yang mendapatkan selain itu, hendaklah jangan menyesali kecuali pada dirinya sendiri."

Said berkata: "Abu Idris itu apabila menceriterakan Hadis ini, ia duduk di atas kedua lututnya." (Riwayat Muslim)

Kami juga meriwayatkannya dari Imam Ahmad bin Hanbal rahimahullah dan ia berkata: "Tidak sebuah pun Hadis bagi ahli Syam yang lebih mulia dari Hadis ini."

Keterangan:
Hadis yang diriwayatkan oleh Nabi s.a.w. dan berasal dari Allah semacam Hadis di atas ini juga Hadis no. 11 dan no. 95 disebut Hadis Qudsi (suci).

Bedanya dengan al-Quran ialah kalau al-Quran merupakan mu'jizat sedang Hadis Qudsi tidak. Lagi pula hanya melulu membaca saja pada al-Quran itu sudah merupakan ibadat. Yang penting kita perhatikan ialah:

(a) Menganiaya itu adalah benar-benar besar dosanya dan doanya orang yang dianiaya itu tidak akan ditolak oleh Allah yakni pasti dikabulkan sebagaimana sabda Nabi s.a.w.:

"Takutlah pada doanya orang yang dianiaya, sekalipun ia itu kaf'ir karena sesungguhnya saja tidak ada tabir yang menutup antara doa orang itu dengan Allah."

(b) Semua dosa itu dapat diampuni oleh Allah asal kita mohon ampun serta bertaubat kecuali syirik (menyekutukan Allah), sebagaimana dalam al-Quran disebutkan:

"Sesungguhnya Allah tidak suka mengampuni katau Dia disekutukan dengan lainNya dan Dia suka mengampuni yang selain itu pada orang yang dikehendaki olehNya."

(c) Kalau kita taat pada Allah, melakukan semua perintahNya, ini bukan berarti bahwa Allah memerlukan ketaatan kita. Kita taat atau tidak bagi Allah tetap saja. Maka bukannya kalau kita taat, Allah tambah mulia atau kalau kita ingkar lalu Allah kurang kemuliaanNya. Itu tidak sama sekali. Hanya saja Allah menyediakan tempat kesenangan (syurga) bagi orang yang taat dan tempat siksa (neraka) bagi orang yang ingkar.

(d) Orang yang amat taqwa yang dimaksudkan dalam Hadis ini ialah Nabi Muhammad s.a.w. dan yang paling curang itu ialah syaitan (setan) sebab syaitan itu dahulunya bernama Izazil dan termasuk dalam golongan jin.

(e) Begitu banyaknya air laut, kalau isinya hanya dikurangi oleh jarum yang melekat di situ, maka kekurangan itu tidak berarti sama sekali. Begitulah perumpamaannya andai kata Allah mengabulkan semua permohonan makhlukNya.

(Sumber dari internet)

Selembah Unta, Lembu & Kambing

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah, Lagi Maha Mengasihani...

Dari Abu Hurairah r.a. bahwasanya ia mendengar Nabi s.a.w. bersabda:

"Sesungguhnya ada tiga orang dari kaum Bani Israil, yaitu orang supak - yakni belang belang kulitnya, orang botak dan orang buta.

Allah hendak menguji mereka itu, kemudian mengutus seorang malaikat kepada mereka. Ia mendatangi orang supak lalu berkata: "Keadaan yang bagaimanakah yang amat tercinta bagimu?"

 Orang supak berkata: "Warna yang baik dan kulit yang bagus, juga lenyaplah kiranya penyakit yang menyebabkan orang orang merasa jijik padaku ini."

Malaikat itu lalu mengusapnya dan lenyaplah kotoran kotoran itu dari tubuhnya dan dikaruniai -oleh Allah Ta'ala - warna yang baik dan kulit yang bagus.

Malaikat itu berkata pula: "Harta macam apakah yang amat tercinta bagimu?"

Orang itu menjawab: "Unta." Atau katanya: "Lembu," yang merawikan Hadis ini sangsi - apakah unta ataukah lembu. Ia lalu dikaruniai unta yang bunting, kemudian malaikat berkata:

"Semoga Allah memberi keberkahan untukmu dalam unta ini."

Malaikat itu seterusnya mendatangi orang botak, kemudian berkata: "Keadaan yang bagaimanakah yang amat tercinta bagimu?"

Orang botak berkata: "Rambut yang bagus dan lenyaplah kiranya apa-apa yang menyebabkan orang-orang merasa jijik padaku ini."

Malaikat itu lalu mengusapnya dan lenyaplah botak itu dari kepalanya dan ia dikarunia rambut yang bagus.

Malaikat berkata pula: "Harta macam apakah yang amat tercinta bagimu?"

Ia berkata: "Lembu." lapun lalu dikarunia lembu yang bunting dan malaikat itu berkata:

"Semoga Allah memberikan keberkahan untukmu dalam lembu ini."

Akhirnya malaikat itu mendatangi orang buta lalu berkata: "Keadaan bagaimanakah yang amat tercinta bagimu?"

Orang buta menjawab: "Yaitu hendaknya Allah mengembalikan penglihatanku padaku sehingga aku dapat melihat semua orang."

Malaikat lalu mengusapnya dan Allah mengembalikan lagi penglihatan padanya.

Malaikat berkata pula: "Harta macam apakah yang amat tercinta bagimu?"

Ia menjawab: "Kambing." lapun dikarunia kambing yang bunting - hampir beranak.

Yang dua ini - unta dan lembu melahirkan anak-anaknya dan yang ini - kambing - juga melahirkan anaknya.

Kemudian yang seorang - yang supak - mempunyai selembah penuh unta dan yang satunya lagi - yang botak - mempunyai selembah lembu dan yang lainnya lagi - yang buta - mempunyai selembah kambing.

Malaikat itu lalu mendatangi lagi orang - yang asalnya - supak dalam rupa seperti orang supak itu dahulu keadannya - yakni berpakaian serba buruk - dan berkata: "Saya adalah orang miskin, sudah terputus semua sebab-sebab untuk dapat memperoleh rezeki bagiku dalam bepergianku ini. Maka tidak ada yang dapat menyampaikan maksudku pada hari ini kecuali Allah kemudian dengan pertolonganmu pula. Saya meminta padamu dengan atas nama Allah yang telah mengaruniakan padamu warna yang baik dan kulit yang bagus dan pula harta yang banyak, sudi kiranya engkau menyampaikan maksudku dalam bepergianku ini - untuk sekedar bekal perjalanannya."

Orang supak itu menjawab: "Keperluan-keperluanku masih banyak sekali." Jadi enggan memberikan sedekah padanya.

Malaikat itu berkata lagi: "Seolah-olah saya pernah mengenalmu. Bukankah engkau dahulu seorang yang berpenyakit supak yang dijijiki oleh seluruh manusia, bukankah engkau dulu seorang fakir, kemudian Allah mengaruniakan harta padamu?"

Orang supak dahulu itu menjawab: "Semua harta ini saya mewarisi dari nenek-moyangku dulu dan merekapun dari nenek-moyangnya pula."

Malaikat berkata pula: "Jikalau engkau berdusta dalam pendakwaanmu - uraianmu yang menyebutkan bahwa harta itu adalah berasal dari warisan, maka Allah pasti akan menjadikan engkau kembali seperti keadaanmu semula.

Malaikat itu selanjutnya mendatangi orang - yang asalnya -botak, dalam rupa - seperti orang botak dulu - dan keadaannya -yang hina dina, kemudian berkata kepadanya sebagaimana yang dikatakan kepada orang supak dan orang botak itu menolak permintaannya seperti halnya orang supak itu pula. Akhirnya malaikat itu berkata: "Jikalau engkau berdusta, maka Allah pasti akan menjadikan engkau kembali sebagaimana keadaanmu semula."

Seterusnya malaikat itu mendatangi orang - yang asalnya - buta dalam rupanya - seperti orang buta itu dahulu - serta keadaannya - yang menyedihkan, kemudian ia berkata: "Saya adalah orang miskin dan anak jalan - maksudnya sedang bepergian dan kehabisan bekal, sudah terputus semua sebab-sebab untuk dapat memperoleh rezeki bagiku dalam bepergianku ini, maka tidak ada yang dapat menyampaikan maksudku pada hari ini, kecuali Allah kemudian dengan pertolonganmu pula. Saya meminta padamu dengan atas nama Allah yang mengembalikan penglihatan untukmu yaitu seekor kambing yang dapat saya gunakan untuk menyampaikan tujuanku dalam bepergian ini."

Orang buta dahulu itu berkata: "Saya dahulu pernah menjadi orang buta, kemudian Allah mengembalikan penglihatan padaku. Maka oleh sebab itu ambillah mana saja yang engkau inginkan dan tinggalkanlah mana saja yang engkau inginkan. Demi Allah saya tidak akan membuat kesukaran padamu - karena tidak meluluskan permintaanmu -pada hari ini dengan sesuatu yang engkau ambil karena mengharapkan keridhaan Allah 'Azzawajalla."

Malaikat itu lalu berkata: "Tahanlah hartamu - artinya tidak diambil sedikitpun, sebab sebenarnya engkau semua ini telah diuji, kemudian Allah telah meridhai dirimu dan memurkai pada dua orang sahabatmu - yakni si supak dan si botak."  (Muttafaq alaih)