“Jadilah engkau hidup di dunia seperti orang asing atau musafir (orang yang bepergian).”
Monday, February 28, 2011
Thursday, February 17, 2011
Program Maulidur Rasul 1432 H
Aturcara Penuh Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1432 H Anjuran Surau Al - Mustaqim Taman Jawi Indah pada 26 Februari 2011:
8.15 pagi - 9.15 pagi Perarakan bermula di Surau Al - Mustaqim
9.15 pagi - 10.00 pagi Rehat
10.00 pagi - 11.30 pagi Majlis Marhaban
11.30 pagi - 11.40 pagi - Majlis Penganugerahan Tokoh Maulidur Rasul 1432 H
11.40 pagi - 12.45 tengah hari Ceramah Ustaz Wan Nizam Bin Abdullah Sabil ' Muhammad SAW Teladan Releven Sepanjang Zaman'
12.45 tengah hari - Jamuan Makan
1.30 petang - Solat Zohor
2.30 petang - Majlis Tamat
Seluruh Muslimin dan Muslimat Dijemput Hadir
Monday, February 14, 2011
Tafsir Ayat 90 Surah Ali Imran
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah, Lagi Maha Mengasihani
Bahawasanya segala orang kafir dengan Isa kemudian daripada beriman mereka itu dengan Musa kemudian bertambah mereka itu kufur dengan Muhammad, maka tidak diterima taubat mereka itu apabila nyawa di gargarah, dan bermula mereka itu, mereka itulah orang yang sesat sekaliannya.
Ayat 90 Surah Ali Imran menyatakan orang Yahudi yang mulanya beriman kepada Nabi Musa as dan kitab Taurat menjadi kafir kerana mengengkari kenabian Nabi Isa as dan kitab Injil.
Kemudian bertambah kekafiran orang Yahudi apabila menolak kerasulan Nabi Muhammad saw dan kitab Al Quran.
Taubat mereka in tidak diterima sekiranya dilakukan ketika nyawa berada di gargarah. Gargarah bererti halkum. Pintu taubat akan tertutup apabila nyawa manusia berada di gargarah iaitu berada dalam keadaan tenat atau nazak disaat menjelangnya kematian.
Maka inilah permulaan orang-orang Yahudi menjadi orang-orang yang sesat kerana keengganan mereka menuruti jalan Allah.
Padahal berita mengenai kedatangan Nabi Isa as, kitab Injil, Nabi Muhammad saw dan kitab Al – Quran telah diceritakan di dalam kitab Taurat. Penolakkan kepercayaan orang Yahudi kepada Nabi Isa as, kitab Injil, Nabi Muhammad saw dan kitab Al – Quran secara langsung membawa erti penolakkan mereka kepada isi kandungan Kitab Taurat yang mereka imani sebelum itu. Disebabkan hal berkenaan mereka menjadi kafir sesudah dahulunya mereka beriman.
Sepatutnya orang Yahudi yang menjadi pengikut Nabi Musa as dan kitab Taurat, apabila datangnya Nabi Isa as dan kitab Injil hendaklah beriman kepada keduanya. Walaubagaimanapun mereka berdegil ingin berpegang kepada kitab Taurat walaupun kedatangan kitab Injil telah memansuhkan kitab Taurat. Selepas kedatangan Nabi Muhammad saw dan kitab Al –Quran Nur Karim, maka kitab Injil pula dimansuhkan.
Peristiwa ini menjelaskan penolakkan orang-orang Yahudi daripada beriman kepada Nabi Isa as, Nabi Muhammad saw, kitab Injil dan kitab Al Quran Nur Karim.
Sunday, February 6, 2011
Friday, February 4, 2011
Penerangan
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...
Semua artikel di dalam blog ini diambil dari internet, buku-buku agama, ceramah agama, program bacaan kitab dsb. Semua dikumpulkan disini bagi bacaan semua terutamanya diri ini dalam menghayati dan menghidupkan tradisi ilmu serta meneladani suruhan Nabi Muhammad saw agar menyampaikan kepada manusia walaupun sepatah ayat dari Rasullullah saw.
Subscribe to:
Posts (Atom)